Thursday 29 March 2018

8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG ENDOKANNABINOID



GANJA: 8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG SISTEM ENDOKANNABINOD ;- DAN KENAPA KITA WAJIB HEBAHKAN KE SELURUH DUNIA.


Oleh Mary Biles
Penulis undangan Wake Up World
Terjemahan Ibnu Thohir

Tahukah anda bahawa di dalam badan anda terdapat sistem endo-kannabinod? Setahun yang lepas saya sendiri pun tidak tahu.

Saya bukanlah seorang doktor, tapi saya amat yakin yang saya ini cukup arif tentang sistem biologi yang utama dalam badan manusia. Nampaknya saya salah. Ini kerana melainkan anda seorang saintis penyelidikan atau terlibat dalam bidang ganja medik, maka besar kemungkinan anda tidak pernah terdedah kepada sistem endo-kannabinod. Akan tetapi, ianya telah dinobatkan sebagai “ sistem psikologikal paling penting yang terlibat dalam menjana dan mengekalkan taraf kesihatan manusia.”

KENAPA TAK RAMAI YANG MENGETAHUI TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Jadi, apa yang misteri sangat? Mungkin ada kena mengena dengan cara penemuan sistem endo-kannabinod ( EndoCannabiniod System)( ECS ) itu sendiri. Dalam tahun 1990an dulu, semasa para saintis cuba memahami bagaimana THC, bahan psikoaktif dalam tumbuhan ganja, memainkan peranannya ke atas badan manusia dan apa yang meraka temui adalah suatu jaringan kompleks saraf penerima (CB1) di dalam otak dan sistem saraf tunjang yang berpadanan secara sempurna dengan molekul-molekul THC.

Tidak lama selepasnya, sejenis lagi reseptor penerima (CB2) ditemui didalam sistem imunisasi (ketahanan), pencernaan dan berbagai organ-organ utama tubuh badan. Itu baru sebahagian kecil dari teka-tekinya. Pencarian diteruskan untuk mengesahkan sama ada badan menghasilkan sendiri bahan-bahan kimia seperti yang terdapat di dalam ganja,. Dan dengan mengenal pasti endo-kannabinod pertama, Anandamida, mereka mendapatkan jawapannya.

APAKAH TUGAS SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Para saintis mula sedar bahawasanya sistem endo-kannabinod memperkemas kebanyakan fungsi vital psikologi kita, membawa keseimbangan buat segalanya termasuk tidur, selera, sakit, radang, ingatan, mood dan juga sistem pembiakan. Dalam erti kata lain, ianya seperti seorang konduktor sebuah orkestra musik, memastikan tiada bahagian yang menenggelamkan bahagian yang lain, dengan hasil terakhir suatu simfoni harmoni yang sempurna antara badan dan minda.

Bunyi macam kerja penting jer...iya? Memang pun. Itulah sebabnya kenapa ECS mesti menjadi buah mulut perbualan harian sama seperti sistem imunisasi. Maka, sebagai usaha awal, dipersembahkan 8 fakta menakjubkan tentang sistem endo-kannabinod (ECS).

1. BUKAN HANYA MANUSIA MEMPUNYAI SISTEM ECS

Sebagai manusia kita tidak istimewa dalam mempunyai ECS. Bukan setakat ECS dijumpai terdapat di dalam ke semua haiwan vertebrat, malah saintis juga menemui penerima-penerima kannabinod di dalam sotong laut yang bukan dari kumpulan vertebrata, mencadangkan proses evolusi sejauh 600 juta tahun dulu.

2. CB1 MERUPAKAN PENERIMA NEUROTRANSMITTER YANG TERBANYAK DI DALAM OTAK

Kebanyakan kita telah mendengar tentang neurotransmitter – merupakan bahan kimia yang mengkomunikasikan segala maklumat ke seluruh otak dan badan. Serotonin dan dopamin antara contoh yang sangat dikenali, akan tetapi, endo-kannabinod Anandamida, juga sejenis neurotransmitter, mempunyai jumlah terbanyak saraf penerima di dalam otak.

3. ISYARAT TERBALIK ENDO-KANNABINOD

Kebanyakan Neurotransmitter berkomunikasi secara sehala; dari neuron pemberi isyarat (sinaps) kepada neuron sasaran (postsinaptik). Tetapi dalam sistem endo-kannabinod, ia berkonunikasi ke arah bertentangan, yang digelar 'isyarat mengundur”. Ini bermakna jika ada penerima yang terlebih- atau terkurang disimulasi, ia akan memberi isyarat ke belakang melalui sinaps supaya neuron pemberi isyarat tadi mengubah ciri-cirinya, seakan mewujudkan suatu kitaran maklumbalas. Maka kesannya, daripada bertindak sebagai penyebar maklumat seperti mana neurotransmitter lain, ia bertindak seakan suis penyelaras, meningkatkan atau menurunkan aktiviti-aktiviti neuron bagi memastikan badan kembali dalam keadaan homeostasis (stabil, terkawal, tenang).

4. PENINGKATAN AKTIVITI SISTEM ENDO-KANNABINOD TELAH DI KESAN DALAM KEBANYAKKAN PENYAKIT.

Memandangkan modus operandi sistem ECS adalah untuk mengembalikan keseimbangan badan, tidak mengejutkan kalau para saintis mendapati ada peningkatan aktiviti endo-kannabinod di dalam pelbagai jenis penyakit. Segala penyakit dari simpton kemerosotan saraf seperti Alzhemer dan Parkinson, sehingga rheumatoid arthritis dan kanser, telah menunjukkan perubahan kadar endo-kannabinod dan reaksi penerima yang lebih kuat. Kesimpulan yang luas diterima pakai adalah bahawa peningkatan aktiviti ini membuktikan bahawa ECS sedang menjalankan tugasnya mengembalikan semula keseimbangan tubuh badan.

5. KEKURANGAN ENDO-KANNABINOD MUNGKIN PENYEBAB BEBERAPA PENYAKIT.

Apa akan terjadi bila ECS semakin menyusut? Saintis telah memerhatikan dalam beberapa kondisi tertentu berkaitan kepekaan terlampau (oversensitivity) terhadap sakit seperti migrain, fibromyalgia dan IBS, sistem endo-kannabinod badan tersebut didapati telah menjadi lemah. Teori ini dikenali sebagai Kekurangan Endo-Kannabinod Klinikal ( Clinical Endocannabiniod Deficiency)(CECD). Natijah akhirnya disimpulkan bahawa dengan menambah unsur-unsur yang terdapat dalam tumbuhan ganja ke dalam badan, kekurangan ini dapat diatasi dan simptom penyakit dapat dikurangkan.

6. ECS MENERANGKAN SEBAB KENAPA GANJA MEDIK MENGANDUNGI KESAN PENAWAR (TERAPEUTIK).

Sebelum pengharamannya pada abad ke20, ganja telah diguna pakai beribu tahun lamanya bagi merawat segala macam penyakit termasuk epilepsi, sakit kepala, arthritis, kepedihan, depresi dan mual. Semasa itu tiada siapa yang tahu kenapa tumbuhan ganja menunjukkan sifat penawar (terapeutik) yang sangat versatil. Penemuan sistem endo-kannabinod dengan cepat memberi cahaya baru ke atas kegunaan perubatan bagi ganja. Sangat sedih penemuan ini dalam zaman di mana majoriti dari penduduk dunia terhalang dari mendapatkan ganja.

Menurut Dustin Sulak, pakar ganja medik;
“ Kajian telah menunjukkan bahawa dos-dos kecil kannabinod dari ganja dapat mengisyaratkan badan untuk menghasilkan lebih banyak endo-kannabinod dan membina lebih banyak penerima-penerima kannabinod....saya percaya bahawa dos-dos kecil dan berkala ganja dapat bertindak sebagai suatu tonik kepada tunjang sistem penyembuhan psikologik kita.”

7. ANDA TIDAK PERLU MELANGGAR UNDANG-UNDANG UNTUK MENINGKATKAN SISTEM ENDO-KANNABINOD ANDA

Buat masa ini, negara mesra ganja adalah minoriti di bumi ini. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika tidak mendapatkan akses kepada ganja secara legal? Anda boleh mencuba CBD, kompaun tanpa psikoaktif dalam ganja, yang mana mengandungi pelbagai manafaat kesihatan seperti mengurangkan radang, menenangkan gejala kebimbangan, malah dapat mengurangkan kekerapan serangan epileptik. CBD biasanya diekstrak dari tumbuhan ganja dengan kandungan THC kurang dari 0.2%, lebih dikenali sebagai hemp industri, membolehkan ia dibeli secara legal di kebanyakan negara seluruh dunia.

Pilihan lain adalah dengan bangkit dari sofa dan mula bergerak. Saintis mendapati senaman aerobik dapat meningkatkan kadar endo-kannabinod yang menyebabkan rasa tenang, Anandamida.

Diet pemakanan juga sasaran berguna. Penambahan Omega3 yang terdapat pada minyak ikan dan biji-bijiran sihat seperti flax atau hemp, dapat membantu menguatkan isyarat-isyarat endo-kannabinod otak. Sayuran berdaun hijau juga dijangka dapat menstimulasi ECS kerena megandungi beta-caryofilin yang mengaktifkan penerima CB2.

8. KEBANYAKAN DOKTOR CETEK ILMU TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD.

Dengan ECS memainkan peranan penting dalam hidup kita, anda akan terfikir bahawa setiap pegawai yang mempunyai harga diri dari bidang profesi penggubatan akan ada sedikit pengetahuan tentang kewujudan ECS. Tapi dalam bidang perubatan arus perdana, sistem endo-kannabinod kekal sebagai sesuatu yang di remehkan.

Suatu kaji selidik dijalankan pada tahun 2013 mengkaji sama ada ECS menjadi sebahagian dari kurikulum sekolah-sekolah perubatan sekitar A.S. Penulis mendapati “hanya 13% sahaja yang mengajar sistem endo-kannabinod kepada bakal-bakal doktor.”

Banyak yang boleh berubah dalam masa 4 tahun, sementara di beberapa negara Eropah seperti UK dan Sepanyol, ECS  menyelit menjadi silibus dalam beberapa sekolah perubatan, tidak dapat dinafikan bahawa majoriti dari profesional yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan kita masih kekal di dalam kegelapan kerana kekurangan ilmu.

Maka sekarang anda telah mahir tentang endo-kannabinod. Sertai saya dan mula menyebar-luaskan ilmu ini kepada semua yang sudi mendengarkannya. Sudah tiba masanya ECS di beri perhatian selayaknya oleh kedua-dua pihak pembekal penjagaan kesihatan dan juga masyarakat ramai. Kalau anda seperti saya teruja untuk bertindak, kenapa tidak mulakan dengan berbincang bersama doktor anda? Pernahkah mereka mendengar tentang sistem endo-kannabinod? Mana tahu, mungkin anda orang yang paling layak menyampaikan pada mereka.

Tenang dengan ECS

PEMUTIHAN GANJA MENURUNKAN JENAYAH DI URUGUAY



GANJA HALAL MENURUNKAN 20% KADAR JENAYAH DI URUGUAY

Oleh ZenPype
13 Mac 2018
Terjemahan Ibnu Thohir

Sejak sekian lama aktivis-aktivis ganja telah mengaitkan hubungan antara penurunan kadar jenayah dengan legalisasi ganja. Telah bertahun lama, pro-pengharaman menyangkal dakwaan bahawa “dengan meningkatkan akses kepada intoksikan (yang memabukkan), tidak akan mengurangkan jenayah”. Bagaimanapun, hari ini terdapat bukti nyata contoh kesan legalisasi ke atas jenayah.

Uruguay sekarang telah lebih dari setahun menghalalkan penggunaan ganja. Bukan sahaja mereka menghalalkan penanaman secara peribadi, malah mereka telah mewujudkan industri berasas ganja dalam negara mereka. Apakah hasilnya?

Sebanyak mana penurunan jenayah berkait dadah selama legalisasi pada tahun 2017? SEBANYAK 20%. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Uruguay hanyalah suatu kes terpencil, barang di ingat terdapat satu lagi contoh dunia nyata yang menunjukkan penurunan pada kadar jenayah, iaitu Portugal.

Pastinya, Portugal dan Uruguay mengambil cara yang berbeza dalam menangani masalah yang sama. Di Uruguay, mereka menghalalkan ganja dan menerapkan program nasional untuk mengambil alih sektor pembekalan, pengeluaran, dan pengagihan tumbuhan tersebut. Di Portugal pula, mereka hanya memutuskan untuk tidak lagi menggangap kes-kes berhubung dadah, termasuk heroin, sebagai suatu jenayah. Walau pun tidak dihalalkan sepenuhnya, namun tiada hukuman jenayah berhubung penggunaannya.

Portugal mengalami penurunan sebanyak 80% jenayah secara amnya sepanjang 10 tahun ini. Tambahan pula, median umur purata penagih dadah meningkat kepada 34 tahun. Ini bermakna polisi tersebut berjaya menjauhkan anak muda dari mengambil bahagian dalam budaya dadah, tetapi ia juga tidak menghalang mereka dari berbuat begitu.

Terdapat klinik metadon di Portugal yang membekalkan metadon kepada penagih dadah. Tindakan ini sahaja telah banyak berjasa dalam menurunkan kadar jenayah kerana kebanyakan “jenayah berhubung dadah” dilakukan oleh penagih yang mencari modal membeli dadah.

Dengan memberi meraka dadah secara percuma telah menghilangkan keperluan untuk mencuri, meragut atau merompak. Penagih pun tahu bahawa mereka boleh mendapatkan bekalan secara percuma dari agensi diiktiraf kerajaan dengan jarum yang bersih dan pengawasan pengamal perubatan.

Tiada sebab mereka harus ke penjara apabila mereka boleh mendapatkan bekalan secara percuma. Maka di Portugal, penagih tidak melakukan jenayah. Uruguay pula hanya memberi fokus kepada ganja, dan mengambil keputusan untuk keluar dari Perang Dadah yang melanda Amerika Latin. Sejak itu, mereka hanya meraih segala manfaat yang mereka dapat hasil dari menerapkan program-program ganja halal mereka.

Bila anda membawa keluar perkara yang samar ke dalam cahaya, melihat secara rasional dan menimbang secara patut... anda menjadikannya lebih selamat, lebih efisen dan menambah kembali manafaat kepada masyarakat.

Tidak kira sekuat mana pihak pro-pengharaman cuba merasionalkan bahawa “pengharaman berkesan”, terdapat lebih dari 80 tahun bukti dan sejarah mencadangkan ia berlawanan. Namun hingga hari ni, dalam tahun 2018, kita masih terpaksa berperang dengan ideologi-ideologi politik pihak kerajaan, yang mempromosikan perang dari segala arah dan hendak menghadkan kebebasan individu dalam usaha mengekalkan status quo.

Pemikiran kuno pro-pengharaman adalah agak kebudak-budakan. Ia hanya cuba menyapu realiti ke bawah tikar. Realiti sebenarnya, walaupun dengan undang-undang yang kejam terhadap kes-kes dadah masih tetap ada yang akan menyalahgunakannya.

Keadaan ini merangkumi hampir ke semua perkara yang manusia cuba haramkan pada masa lepas. Undang-undang boleh diwujudkan tetapi tiada apa yang dapat memaksa masyarakat untuk mematuhinya. Boleh di cuba dengan mewujudkan hukuman-hukuman keras bagi yang tidak mematuhi undang-undang, tetap saja ada yang akan melanggarnya demi memuaskan nafsu dan kebahagian diri masing-masing.

Maka ini sebabnya sebagai sebuah masyarakat kita harus berhenti menjadi kebudak-budakan dan menerima hakikat bahawa orang memang suka berkhayal, menikmati seks dan sebagainya. Kita sepatutnya malu dengan cara pendekatan moral kuno terhadap legalisasi dan menerima keadaan semula jadi manusia. Kalau kita berjaya melaksanakan ini, kita dapat menyelesaikan banyak masalah dunia atau setidaknya menggurangkan kesan-kesan negatif seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan sebagainya.

Ganja Medik Dari Whoopi Goldberg Untuk semua Wanita



GANJA MEDIK DARI WHOOPI GOLDBERG UNTUK SENGGUGUT.

“Saya mempunyai ramai cucu yang mempunyai masalah kekejangan senggugut yang teruk. Makanya saya mengambil keputusan untuk meneroka bidang ini”.


Oleh C.J. Ciaramella
30 Mac 2016
Terjemahan Ibnu Thohir

Whoopi Goldberg sudah tak terlarat dengan senggugut dan menyampah dengan pelecehan ganja, sekarang dia sedang berusaha mengubah kedua-duanya.

Goldberg telah merasmikan pembukaan syarikat ganja medik bersama Maya Elisabeth, peneraju utama “usahawan wanita-ganja” yang berjaya dengan menawarkan barisan produk-produk yang memberi kelegaan kepada kekejangan senggugut.

Syarikat tersebut, Maya&Whoopi akan menawarkan produk makanan berasaskan ganja, pati, ubat sapu dan sabun rendaman berinfusi-THC yang mereka katakan “amat menenangkan”. Terus-terang, senarai yang akhir sekali kedengaran amat menakjubkan!

Dalam satu temuramah dengan Vanity Fair, pengacara bersama siri The View itu mengatakan bahawa beliau ingin mencipta produk wanita yang lebih sopan, memberi kelegaan dan tidak akan membuat anda jadi letih lesu.

“Bagi saya, kalau anda tidak mahu terasa “high”, ini lah produk yang direka khas untuk menghilangkan rasa tak selesa,” katanya. “Menghisap ganja sudah memadai, tetapi tak semua orang boleh hisap ganja dan bekerja.”

“ Produk ini boleh di simpan di dalam beg tangan,” tambah Goldberg. “ Anda boleh sapu krim tersebut pada bahagian bawah perut dan pinggang di tempat kerja. Kemudian bila di rumah, anda boleh berendam atau buat teh ganja. Produk ini membolehkan anda terus melakukan tugasan seharian.

Goldberg memang lantang bersuara mengenai penggunaan ganja medik oleh beliau sedari dulu lagi. Pada tahun 2014, beliau menulis dalam The Cannabist mengenai cinta beliau kepada “pen vape” yang diisi ganja kush. Beliau mengatakan bahawa pen vape tersebut melegakan sakit kepala yang beliau hadapi akibat penyakit glukoma tanpa perlu bergantung kepada segenggam pil dadah Advil setiap hari.

“Saya menggunakan pen vape sejak saya berhenti merokok 4 tahun lepas dan saya dapati saya tak dapat menghisap ganja lagi,” katanya. “ Kelegaan yang saya dapat dari pen vape adalah berlainan berbanding dengan menghisap ganja cara biasa. Saya dapat mengawalnya dengan lebih baik.”

Kalau ia sangat berkesan untuk sakit kepala, pasti ia boleh digunakan untuk sakit-sakit yang lain. Maka Goldberg mula berhubung dengan beberapa pakar dalam industri tersebut untuk melihat sama ada sudah ada produk ganja medik untuk senggugut atau pun tidak. Mereka mengatakan tiada kerana ia dilihat sebagai satu pasaran terceruk (niche).

Pada ketika ini dalam temuramah tersebut, Goldberg terhenti untuk melepaskan gelak kehairanan.

“Hey, pasaran terceruk ini adalah merupakan separuh penduduk bumi. Nampaknya ini cara orang cuba meremehkan anda, perkara biasa bila anda berbicara mengenai senggugut. Mereka tidak memikirkan cara penyelesaiannya. Saya ada cucu-cucu muda yang menghadapi masalah besar dengan senggugut, jadi saya bertekad ini yang akan saya usahakan.”

Goldberg menghubungi Elisabeth, tuan punya syarikat ganja medik yang diuruskan oleh perempuan, Om Edibles di utara California, dan kedua mereka memulakan persepakatan.

Separuh dari penduduk dunia, lelaki dan perempuan, tidak menggunakan ganja buat masa ini,tetapi pasaran sedang meletup. Negeri Washington telah memasarkan hampir setengah billion USD ganja sejak ia dihalalkan, dan sesetengah unjuran berpendapat ia akan mencecah USD20 billion dalam pasaran A.S menjelang 2020.

Goldberg mempertahankan produk beliau dengan alasan yang sama beliau memilih ganja dari ubat tahan sakit untuk sakit kepala beliau. Beliau menegaskan bahawa anda boleh lihat senarai ramuan pada setiap prodak Maya&Whoopi dan mengetahui dengan pasti apa yang terdapat di dalam produk tersebut. ( Permaisuri Victoria dikatakan menggunakan ganja medik untuk melegakan kekejangan senggugut, maka secara asasnya Goldberg mendapat cop pengesahan dari keluarga diraja British.)

Bagi mereka-mereka yang tidak banyak pengalaman dalam bidang ini, Maya&Whoopi akan memasarkan juga produk yang hanya mengandungi CBD, kannabinod yang tidak mempunyai kesan europik yang biasa dikaitkan dengan ganja. Seluruh barisan produk akan berada di pasaran mulai bulan April. Buat masa sekarang, berbanyak terima kasih pada undang-undang kuno dan zalim yang masih mengharamkan ganja, ianya hanya akan dipasarkan di California sahaja.

Wednesday 28 March 2018

GANJA MEMBASMI KETAGIHAN ARAK DAN OPIOD, KATA KAJIAN.



ALKOHOL DAN DAN GANJA MEMBASMI KETAGIHAN DAH OPIOD


Terbitan; Marijuana Doctors
11 Januari 2018
Terjemahan Ibnu Thohir

Ganja Dan Pengurangan Penyalahgunaan Alkohol

Bukti-bukti kukuh dari kajian bulan November 2017 mendapati dengan menghalalkan penggunaan ganja akan mengurangkan penjualan alkohol dalam sesebuah negara. Serupa dengan ketagihan dadah opiod, ketagihan alkohol juga merupakan suatu isu besar yang tidak dibicarakan selayaknya. Pengurangan dalam penyalahgunaan alkohol akan menjadikan manusian lebih sihat dan penghalalan ganja sangat membantu dalam melawan krisis ketagihan alkohol dan dadah opiod.

Bagaimana Ganja Halal Memberi Kesan Kepada Penjualan Alkohol?


Para penyelidik dari 2 universiti iaitu University of Connecticut dan Georgia State University mengkaji bagaimana ganja halal memberi kesan kepada penjualan alkohol. Dalam mencari jawapan, mereka menggunapakai data penjualan alkohol dari pengkalan data Nielsen's Retail Scanner. Pengkalan data ini menyediakan maklumat bagi 90% dari jualan produk dalam pasaraya-pasaraya terkemuka di A.S, ia dapat memberikan angaran yang hampir tepat tentang apa yang dibeli oleh rakyat Amerika. Para penyelidik mendapati penjualan alkohol menjunam sebanyak 15% selepas sesebuah negeri melaksanakan program ganja medik.

Pasukan penyelidik membuat keputusan mengkaji data jualan disebabkan kesangsian besar dalam data pengakuan diri dari pesakit. Masyarakat rata-ratanya merendahkan kuantiti alkohol yang mereka ambil apabila di soal bagi kajian saintifik. Walaupun membeli tidak bererti menggunakannya, melihat kepada data penjualan memberi gambaran kepada kita tentang berapa banyaknya alkohol yang beredar di pasaran.

Walaupun kajian-kajian yang kita ada tentang penjualan alkohol dan ganja medik tidak semuanya menghasilkan kesimpulan yang sama, kebanyakkan kajian-kajian menyokong kajian terbaru ini. Dalam 39 kertas kajian yang diselidik, 16 kajian mencadangkan bahawa pengguna menggantikanalkohol dengan ganja. 10 kajian pula menunjukkan ganja meningkatkan penggunaan alkohol. Sementara 12 kajian yang lain tidak memberi sebarang keputusan.

Kajian ini menumpukan kepada penggunaan ganja medik dan bukannya ganja rekreasi, maka masih ada lagi masalah-masalah kesihatan yang belum ditangani. Hanya dengan kajian-kajian tambahan baru dapat kita pastikan bagaimana ganja medik dapat menangani kesan penyalahgunaan alkohol dan dadah.

Penyalahgunaan Alkohol Di Amerika Syarikat


Penggunaan alkohol telah menjadi budaya kuat rakyat Amerika hingga menjadi mala petaka besar kepada mereka. Arus terkini penyalahgunaan alkohol di seluruh negara menuju kepada peningkatan masalah kesihatan yang serius. Satu kajian besar-besaran penggunaan alkohol pada tahun 2001 hingga 2002 dan tahun 2012 hingga 2103 menunjukkan peningkatan ketara penggunaan alkohol –- kadar pengguanaan alkohol meningkat dari 65% orang dewasa kepada 73%!

Arus terkini juga menunjukkan peningkatan budaya minum yang tidak sihat. Penggunaan alkohol berisiko-tinggi awalnya hanya melibatkan kira-kira 10% dari peserta kajian, dan akhirnya meningkat kepada 13% peserta. Sementara 9% peserta lain yang memulai kajian sedang menghadapi masalah penyalahgunaan alkohol, diakhir kajian meningkat kepada 13%.

Rakyat dari golongan yang terpinggir menghadapi masalah peningkatan penyalahgunaan alkohol tertinggi. Wanita, penduduk bukan kulit putih dan golongan tua malah berdepan dengan risiko peningkatan penyalahgunaan alkohol yang lebih besar. Tidak kira apa jua latar belakang sosial seseorang, apa jua jenis peningkatan penggunaan alkohol bermakna peningkatan kepada masalah kesihatan yang disebabkan alkohol.

Penyalahgunaan Alkohol di Malaysia


Di Malaysia, walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain, merupakan negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia. Ini berdasarkan laporan World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011. Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja melebihi AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanya 11 liter.

Pihak Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang menggunakan alkohol adalah untuk mabuk. Alkohol juga penyebab kepada 48% kes masalah kecelaruan mental. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca dari penyalahgunaan alkohol. Manakala 4.5% bagi kes penderaan kanak-kanak.

Penyalahgunaan alkohol dan dadah opiod menjadi punca kepada jutaan kematian setiap tahun. Ini adalah masalah epidemik yang sangat serius dan perlu ditangani dengan tegas dan pantas.

Penyalahgunaan Alkohol dan Rawatan-Mandiri


Peningkatan penyalahgunaan alkohol di A.S mempunyai banyak kemungkinan. Salah satu yang akan kami tekankan ialah rawatan mandiri oleh pesakit. Apabila seseorang tidak mengetahui yang dia mempunyai masalah kesihatan dan tidak mendapat akses kepada ubatan yang diperlukan, mereka beralih ke alkohol dan dadah untuk mendapatkan kelegaan.

Kebanyakan maklumat berkenaan rawatan mandiri difokuskan kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah mental yang tidak didiagnosis. Dadah opiod serupa dengan alkohol boleh bertindak sebagai rawatan kecemasan untuk masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Kebanyakan yang menjalankan rawatan mandiri tidak sedar mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Mereka hanya mahukan kelegaan yang diperolah dari dadah dan alkohol, walau hanya kelegaan sementara.

Ada juga kajian yang menunjukkan para pesakit kronik juga menggunakan alkohol dan dadah untuk rawatan mandiri. Kajian University Boston menemui 38% peserta yang mengakui peningkatan kadar pengambilan alkohol kebelakangan ini kerana mencuba rawatan mandiri untuk sakit kronik mereka. The National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism mengganggarkan 28% dari pesakit kronik menggunakan alkohol sebagai rawatan mandiri. Apa jua kuantiti alkohol yang cukup kuat untuk menghilangkan rasa sakit adalah melebihi tahap sederhana pengunaan alkohol.

Adakah Anda Atau Kenalan Anda Mempunyai Masalah Ketagihan Alkohol Dan Dadah?

Penagih alkohol bertindak sama dan serupa dengan penagih-penagih dadah yang lain. Dengan mengenali tanda-tanda juga simptom-simptom ketagihan alkohol dan dadah, mereka yang berhadapan dengan masalah ketagihan dapat mencari jalan penyelesaian dan mendapatkan rawatan. Penagih dadah dan alkohol berdepan dengan masalah sikap seperti masalah perhubungan, masalah di sekolah atau tempat kerja, mengabaikan janji serta tanggung jawab. Tanda-tanda fizikal penagih termasuk kejatuhan berat badan, kurang kebersihan diri, dan berubahnya tabiat makan.

Alkohol mengawal setiap aspek kehidupan penagihnya. Dalam keadaan di mana manusia lebih mementingkan perkara-perkara seperti perhubungan, hobi dan tanggung jawab, alkohol yang lebih diutamakan. Hingga keadaan dimana walaupun mereka sedar alkohol menjadikan mereka teruk, mereka tetap juga terus minum. Apabila penagih tidak dapat alkohol atau dadah, mereka mula mengalami simptom penarikan (withdrawal).

Jika anda atau kenalan anda mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah, anda mempunyai beberapa pilihan. Hubungi doktor anda atau agensi pencegah ketagihan berdekatan untuk memulakan langkah penyembuhan. Penagihan adalah suatu wabak dan bukannya jenayah. Undang-undang perlu digubal untuk memperbetulkan pandangan ketagihan merupakan jenayah.

Ganja Medik Sebagai Rawatan Pembasmi Alkohol Dan Dadah Opiod.


Simptom penarikan menyebabkan rawatan ketagihan alkohol dan dadah menjadi begitu mencabar. Selalunya akan terjadi pengulangan (relapse). Tapi, semakin ramai pesakit mula menggunakan ganja medik untuk menangani kesan penarikan. Sementara badan menyah toksik dari alkohol, ganja medik dapat melegakan kesan penarikan termasuk gangguan tidur, perubahan ragam (mood), sakit dan mual. Pesakit yang memilih strategi pengurangan kesan buruk boleh menggunakan ganja untuk menggantikan alkohol dan dadah, menghalang sebahagian simptom-simptom penarikan dari mula terjadi.

Kajian pada tahun 2004 terhadap 92 pesakit yang menjalani rawatan ketagihan alkohol mengesahkan keupayaan ganja sebagai suatu pilihan yang memberangsangkan. Pesakit yang memasukkan ganja medik dalam rawatan mereka mendapati ganja medik tergulung dalam taraf efektif atau sangat efektif. 9 dari pesakit tersebut mengakui ganja menjadi punca mereka hidup tanpa alkohol lebih dari 1 tahun.

Bincang Dengan Pakar Tentang Ganja Medik


Sema seperti ubat-ubatan lain, anda sepatutnya mendapatkan nasihat pakar-pakar perubatan sebelum menerima apa jua rawatan medikal. Doktor ganja bertauliah boleh mencadangkan ganja medik yang sesuai untuk kegunaan anda. Kalau anda sudah mempunyai kad pesakit ganja medik, anda boleh bertanya pada pekerja depenseri untuk mendapatkan produk ganja medik terbaik buat anda. (Hanya di A.S).



Tuesday 27 March 2018

GANJA BUKAN PENYEBAB KETAGIHAN OPIAT; 6 KAJIAN MEMBUKTIKANNYA.


GANJA BUKAN PENYEBAB KETAGIHAN DADAH OPIOD ;
6 Kajian Membuktikannya


Oleh Dr. Jhon Regan
16 Febuari 2018
Terjemahan Ibnu Thohir


Peguam Negara A.S Jeff Sessions menganggap ganja mungkin menjadi penyebab ketagihan dadah opiod berpreskripsi dan heroin. Sebenarnya banyak kajian saintifik dan akademik membuktikan penggurangan kadar penyalahgunaan dadah opiod dan “overdos” di negeri-negeri di US yang telah menghalalkan ganja.

“ Kami tidak fikir penggunaan dadah yang diharamkan sebagai suatu “rekreasi”. Kelemahan dalam pengguatkuasaan, retorik penghalalan dan liputan media telah meremehkan keperluan asas untuk mengatakan tidak kepada dadah. Jangan mula.” kata Sessions. “ Itu apa yang dipesan oleh Presiden Trump kepada kami dalam mesyuarat semalam. Apa kata Nancy Reagan? Katakan tidak. Jangan mulakan perkara ini.”

Sessions juga ditanya semasa sesi soal jawab berkenaan krisis dadah opiod. “ Matlamat saya pada tahun 2018 adalah untuk terus melihat penurunan.” jawab beliau. “ Kita mencapai pengurangan sebanyak 7% pada tahun lepas dalam preskripsi dadah opiod. Kami fikir para doktor telah mempreskripsi terlalu banyak dadah. Pil-Pil ini menjadi sangat ketagih dan DEA (Agensi Penguatkuasaan Dadah) mengatakan peratusan terbesar ketagihan heroin bermula dari dadah opiod berpreskripsi. Mungkin angka itu diperbesar-besarkan, mereka kata hingga 80%!!!, tapi kami rasa kebanyakkannya bermula dengan ganja dan dadah-dadah lain juga. Kita akan lihat apa yang ditunjukkan fakta-fakta kajian, tapi kita perlu mengurangkan penyalahgunaan preskripsi dan berharap dapat juga menggurangkan jumlah ketagihan yang ada.”

Kalau penggunaan ganja menyebabkan ketagihan dadah opiod, kita menjangkakan di negeri-negeri yang menghalalkan ganja akan bertambahlah masalah ketagihan dadah opiod. Malah, berbagai kajian  membuktikan yang sebaliknya;


1. Kajian pada tahun 2017 yang diterbitkan dalam Drug and Alcohol Dependence mendapati negeri-negeri yang menghalalkan ganja medik melaporkan pengurangan purata sebanyak 23% kemasukan ke wad disebabkan ketagihan dadah opiod. Juga pengurangan sebanyak 13% kemasukan ke wad bagi kes terlebih dos (overdos).

2. Kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa para pesakit kronik New Mexico yang mengambil bahagian dalam program ganja medik anjuran negeri mendapati pengurangan pengambilan dos dadah opiod, malah ada yang terus berhenti menggunakan dadah opiod sama sekali.

3. Kajian pada tahun 2017 di Colorado mendapati penghalalan ganja “dikaitkan dengan pengurangan jangka pendek kematian berkaitan dadah opiod.”

4. Kajian pada tahun 2016 yang diterbitkan oleh American Journal of Public Health melaporkan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang membawa maut jarang sekali positif dadah opiod di negeri yang menghalalkan ganja.

5. Kajian pada tahun 2016 yang menyelidik tentang dadah opiod berpreskripsi yang dibiayai Medicare mendapati bahawa “ penggunaan dadah opiod berpreskripsi yang boleh digantikan dengan ganja medik, menurun dengan ketara apabila RUU ganja medik dilaksanakan.”

6. Kajian JAMA pada tahun 2014 mendapati negeri-negeri yang menghalalkan ganja secara puratanya mencatatkan hampir 25% pengurangan dalam kadar kematian akibat dadah opiod.


SELAMAT TINGGAL SENGGUGUT. TERIMA KASIH GANJA!!

MANFAAT GANJA BUAT WANITA.

TAMPON GANJA MELEGAKAN SENGGUGUT.
TERJEMAHAN: IBNU TOHIR

Berita baik buat para wanita; tampon ganja sudah sampai! Sebuah syarikat bernama Fiora baru-baru ini mencipta tampon ganja sebagai langkah membantu wanita menangani masalah kesakitan terlampau akibat senggugut yang kerap terjadi. Kini ianya sudah dipasarkan untuk umum.
Tampon tersalut ganja ini mengandungi THC dan CBD ( 2 kannabinod aktif yang utama dalam ganja), yang membantu melegakan kesakitan, membekalkan otak dengan bahan-bahan kimia penyebab keseronokan serta melembut dan menenagkan otot-otot dan juga saraf-saraf. Kebanyakan wanita yang mencubanya mengatakan ianya membantu menghadapi saat menakutkan iaitu kitaran waktu haid.
Diakui dan difahami, untuk mendapatkan tampon ganja ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk membelinya, anda perlu berdaftar dengan Fiora's Collective – dan bergantung negeri mana anda tinggal, anda mungkin perlu sertakan permohonan bersama surat rujukan pakar. Ia pun bukan sesuatu yang murah. Sekotak yang mengandunggi 4 unit berharga AS$44 ( iaitu AS$11 setiap satu).
Tapi kan... ianya mungkin berbaloi kalau bermakna anda tak perlu meringkuk seperti bayi selama seminggu setiap bulan.
Bila lagi di Malaysia???


Seorang ibu merayu agar ganja medik dihalalkan bagi membantu para pesakit seperti anaknya yang menghidapi sejenis penyakit epilepsi yang jarang di ketemui.

Karen Gray dari East Craigs di Edinburgh, merayu kepada Jabatan Dalam Negera bagi membenarkan penggunaan minyak ganja medik, yang mana sekarang masih diharamkan di U.K.

Anaknya, Murray mengalami hingga 12 kali sawan pada satu hari dan berada di dalam wad hospital selain hanya 2 minggu sepanjang tahun ini.

Karen Gray telah melancarkan suatu petisyen meminta supaya rang undang-undang baru digubal.

Beliau menyampaikan dalam program radio BBC, Good Morning Scotland, “ Saya telah berbicara dengan para ibubapa di Amerika dimana ganja medik boleh didapati, dan ganja medik ini benar-benar telah membantu anak-anak mereka menangani sawan.”

“ Sama ada ganja medik dapat mengurangkan sawan atau terus menghapuskannya. Ianya tidak berkesan bagi semua pesakit tetapi ia berkesan bagi sesetengah pesakit. Saya hanya terfikir, kenapa kita tidak menggunakannya?”

“ Negara kita merupakan pengekspot terbesar ganja medik dan saya hanya tidak faham kenapa kita tidak dapat menggunakannya?”

Home Ofice telah menyatakan bahawa “dadah” ini “tidak boleh dipreskripsi, diberi atau dibekalkan kepada umum.”

Seorang juru cakap menambah bahawa ianya hanya boleh digunakan bagi tujuan kajian sahaja.

Ahli jawatan kuasa All-Party Parlimentary Group (APPG) bagi reformasi polisi dadah meminta Setiausaha Negara, Amber Rudd, agar memberi kebenaran bagi sesetengah pesakit epilepsi untuk mendapatkan bekalan ganja medik.
Langkah ini susulan dari kegagalan rayuan untuk penggunaan ganja medik bagi membantu kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dari Warwickshire yang mengalami penyakit epilepsi yang jarang diketemui ini walaupun kanak-kanak tersebut bertambah sihat setelah menggunakan ganja medik.
Pengerusi bersama kumpulan tersebut, ahli parlimen Conservative, Crispin Blunt mengatakan “ Parlimen sepatutnya menggambil langkah-langkah reformasi undang-undang negara kita untuk membolehkan penggunaan ganja bagi tujuan medikal, yang mana mendapat sokongan besar rakyat.”
Jabatan Dalam Negara sebelum ini mengakui bahawa para pengidap sakit kronik dan penyakit-penyakit berat lain sedang mencari jalan bagi melegakan simptom penyakit mereka.”
Seorang juru cakap menambah “ Bagaimana pun, adalah penting untuk ubat-ubatan di kaji dengan mendalam bagi memastikan memenuhi piawaian tahap tinggi sebelum diedarkan ke pasaran, jadi dotor-doktor dan pesakit-pesakit dapat jaminan akan keberkesanan, kualiti dan keselamatan penggunaan.”
“ Ganja termasuk dadah Jadual 1, dalam bentuk mentah ianya tidak diiktiraf di U.K. sebagai mempunyai manafaat medikal. Maka disebabkan itu, ianya berada di bawah kawalan ketat.”
“ Jabatan Dalam Negara tidak akan memberi kebenaran bagi membolehkan penggunaan peribadi untuk dadah Jadual 1.”rujuk di sini

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...