Tuesday 27 March 2018

GANJA BUKAN PENYEBAB KETAGIHAN OPIAT; 6 KAJIAN MEMBUKTIKANNYA.


GANJA BUKAN PENYEBAB KETAGIHAN DADAH OPIOD ;
6 Kajian Membuktikannya


Oleh Dr. Jhon Regan
16 Febuari 2018
Terjemahan Ibnu Thohir


Peguam Negara A.S Jeff Sessions menganggap ganja mungkin menjadi penyebab ketagihan dadah opiod berpreskripsi dan heroin. Sebenarnya banyak kajian saintifik dan akademik membuktikan penggurangan kadar penyalahgunaan dadah opiod dan “overdos” di negeri-negeri di US yang telah menghalalkan ganja.

“ Kami tidak fikir penggunaan dadah yang diharamkan sebagai suatu “rekreasi”. Kelemahan dalam pengguatkuasaan, retorik penghalalan dan liputan media telah meremehkan keperluan asas untuk mengatakan tidak kepada dadah. Jangan mula.” kata Sessions. “ Itu apa yang dipesan oleh Presiden Trump kepada kami dalam mesyuarat semalam. Apa kata Nancy Reagan? Katakan tidak. Jangan mulakan perkara ini.”

Sessions juga ditanya semasa sesi soal jawab berkenaan krisis dadah opiod. “ Matlamat saya pada tahun 2018 adalah untuk terus melihat penurunan.” jawab beliau. “ Kita mencapai pengurangan sebanyak 7% pada tahun lepas dalam preskripsi dadah opiod. Kami fikir para doktor telah mempreskripsi terlalu banyak dadah. Pil-Pil ini menjadi sangat ketagih dan DEA (Agensi Penguatkuasaan Dadah) mengatakan peratusan terbesar ketagihan heroin bermula dari dadah opiod berpreskripsi. Mungkin angka itu diperbesar-besarkan, mereka kata hingga 80%!!!, tapi kami rasa kebanyakkannya bermula dengan ganja dan dadah-dadah lain juga. Kita akan lihat apa yang ditunjukkan fakta-fakta kajian, tapi kita perlu mengurangkan penyalahgunaan preskripsi dan berharap dapat juga menggurangkan jumlah ketagihan yang ada.”

Kalau penggunaan ganja menyebabkan ketagihan dadah opiod, kita menjangkakan di negeri-negeri yang menghalalkan ganja akan bertambahlah masalah ketagihan dadah opiod. Malah, berbagai kajian  membuktikan yang sebaliknya;


1. Kajian pada tahun 2017 yang diterbitkan dalam Drug and Alcohol Dependence mendapati negeri-negeri yang menghalalkan ganja medik melaporkan pengurangan purata sebanyak 23% kemasukan ke wad disebabkan ketagihan dadah opiod. Juga pengurangan sebanyak 13% kemasukan ke wad bagi kes terlebih dos (overdos).

2. Kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa para pesakit kronik New Mexico yang mengambil bahagian dalam program ganja medik anjuran negeri mendapati pengurangan pengambilan dos dadah opiod, malah ada yang terus berhenti menggunakan dadah opiod sama sekali.

3. Kajian pada tahun 2017 di Colorado mendapati penghalalan ganja “dikaitkan dengan pengurangan jangka pendek kematian berkaitan dadah opiod.”

4. Kajian pada tahun 2016 yang diterbitkan oleh American Journal of Public Health melaporkan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang membawa maut jarang sekali positif dadah opiod di negeri yang menghalalkan ganja.

5. Kajian pada tahun 2016 yang menyelidik tentang dadah opiod berpreskripsi yang dibiayai Medicare mendapati bahawa “ penggunaan dadah opiod berpreskripsi yang boleh digantikan dengan ganja medik, menurun dengan ketara apabila RUU ganja medik dilaksanakan.”

6. Kajian JAMA pada tahun 2014 mendapati negeri-negeri yang menghalalkan ganja secara puratanya mencatatkan hampir 25% pengurangan dalam kadar kematian akibat dadah opiod.


No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...