Saturday 14 April 2018

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan


FORBES ;NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN

Oleh Mona ZhangTerjemahan Ibnu Thohir

Industri Ganja negeri “perak” A.S. ini masih dalam keadaan bayi baru lahir, tapi pasaran kannabis sudah memghasilkan perolehan lebih dari USD30 juta hasil kutipan cukai bagi negeri tersebut setakat ini. Peruncit di Nevada telah menjual lebih daripada USD195 juta produk ganja dalam masa enam bulan pertama bagi pasaran pengguna dewasa.

Tidak seperti negeri lain (termasuk California, Maine dan Massachusetts) yang melegalisasikan pengunaan ganja rekriasi pada tahun 2016, Nevada telah melaksanakan programnya sepanjang enam bulan sebelum tahun baru. Negeri ini mengenakan cukai sebanyak 15% bagi jualan borong dan cukai 10% bagi jualan runcit. Cukai tersebut menghasilkan kutipan hampir USD3.7 juta dalam perolehan cukai bagi bulan Julai 2017-bulan pertama penjualan ganja rekriasi. Perolehan cukai mencapai puncaknya hampir USD5.84 juta pada Oktober 2017.

Negeri ini telah menunjukkan nilai jualan ganja jauh melebihi jualan kanabis di Colorado beberapa bulan pertama setelah pasaran dilegalkan.Syarikat penganalisis ganja, New Frontier, mengganggarkan penjualan ganja legal bagi negeri Nevada akan bernilai $622 juta menjelang tahun 2020.

Sebahagian besar kejayaan pasaran adalah disebabkan undang undang mesra pelancung di Las Vegas. Lapangan terbang antarabangsa McCarran, yang berada di Las Vegas, baru-baru ini menyediakan 20 kotak ganja “amnesty boxes” dalam premis mereka. Kotak-kotak tersebut adalah untuk para pelancong membuang kannabis dengan selamat sebelum menaiki penerbangan. Undang-undang tempatan juga melarang penggunaan ganja dalam kawasan lapangan terbang.

Walaupun ada dolak dalik politik dalam cara membahagikan wang hasil ganja, kerajaan negeri telah menghantar sebahagian besarnya untuk pendidikan. Negeri-negeri legal-ganja yang lain juga telah membuat perkara yang sama- di Colorado, cukai jualan borong ganja diketepikan untuk dana sekolah awam, sebagai tambahan pembiyaan bagi pemerhatian berkala, pencegahan ketagihan pemuda dan rawatan penyalahgunaan bahan kimia.

Kesemua hasil perolehan cukai tersebut telah menyebabkan beberapa negeri yang kekurangan aliran tunai mempertimbangkan untuk melegalkan penggunaan ganja.Potensi kanabis legal dalam membantu menyeimbangkan perbelanjaan (budget) telah menjadi kunci utama debat penglegalisasian di Connecticut. Walau Gabenor Negeri, Dannel Malloy, merupakan penentang legalisasi kannabis, namun beliau telah memasukkan kemungkinan legalisasi penggunaan rekriasi sebagai salah satu pilihan yang perlu dipertimbangkan untuk penyeimbangan budget.

Tetapi bagi para penggubal undang-undang yang mempertimbangkan reformasi kanabis sebagai wadah dalam membantu memenuhkan perbendeharaan negeri sepatutnya mempertimbangkan semula motivasi mereka. Andrew Freedman, czar ganja pertama Colorado (sekarang memiliki syarikat perunding sendiri) memberitahu wartawan pada 2016 dahulu bahawa potensi perolehan cukai tidak sepatutnya menjadi faktor dalam membuat keputusan legalisasi ganja. “Masyarakat sesungguhnya terlebih anggar akan apa yang boleh dibuat dengan duit ganja” katanya.

“pada akhirnya, debat tidak seharusnya kerana perolehan cukai”. 'Patutkah kita mengurangkan banduan terbabit ganja?' vs 'Adakah ini akan menambah beban kepada keselamatan negara?' - perkara inilah yang patut didebatkan.”

Friday 13 April 2018

Ganja Percuma Dari Kerajaan Denmark



GANJA PERCUMA KERAJAAN DENMARK 


24 Mac 2018
Terjemahan Ibnu Thohir

Negara Denmark Mengedarkan Ganja Percuma Bagi Beberapa Jenis Penyakit.

Ganja medik akan jadi ubatan bersubsidi kerajaan bagi beberapa jenis penyakit yang dialami para pesakit di Denmark. Apabila perjanjian itu dilaksanakan, pesakit Denmark yang mengidap penyakit tahap akhir (terminal) layak untuk mendapatkan ganja percuma sementara pesakit-pesakit lain, yang bukan terminal akan dapat rebat sebanyak 50% bagi ganja berpreskripsi mereka.

Keputusan dibuat berikutan kritikan yang di terima mengatakan ganja medik tidak mampu dibeli oleh para pesakit dari golongan yang sangat memerlukannya. Maka kerajaan Denmark berharap dapat membaiki keadaan dengan mensubsidi ganja sama seperti ubatan yang lain.

Sekurang-kurangnya ada satu parti pembangkang yang menyokong keputusan kerajaan tersebut.

“ Sepanjang yang saya lihat, ia adalah amat penting bagi ganja medik di subsidi agar semua rakyat dapat mengambil manafaatnya, tanpa mengira latar belakang mereka.” Liselott Blixit – jurucakap Danish People's Party baru-baru ini kepada The Copenhagen Post.

MalaysiaBilaLagi?

Tuesday 3 April 2018

KAJIAN TERBARU HARVARD MENGESAHKAN GANJA MENJADIKAN ANDA LEBIH CERDIK



KAJIAN TERBARU HARVARD MENGESAHKAN GANJA MENJADIKAN ANDA LEBIH CERDIK

9 November 2017
Terjemahan Ibnu Thohir

Sejak beberapa abad lepas, para saintis mencuba untuk membongkarkan sama ada ganja mengancam kesihatan otak dalam jangka masa.panjang. Kebanyakan penyelidikan hingga kini memfokuskan kepada penggunaan remaja dan IQ orang dewasa. Pun begitu, adalah sukar untuk memberikan banyak impak nyata. Sekarang, satu kajian kecil yang telah terbit dalam Frontiers in Pharmacology dijalankan oleh Universiti Harvard, Universiti Tufts dan Hospital McLean, mendapati bahawa ganja seolah-olah meningkatkan upaya kognisi (cognition). (Kognisi adalah segugusan proses mental yang mencakupi perhatian, ingatan, penghasilan dan pemahaman bahasa, pembelajaran, penaakulan, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan).

KAJIAN AWAL HARVARD MENDAPATI GANJA MENINGKATKAN DAYA KOGNISI


Kajian awal ini melibatkan 24 orang peserta, yang dikaji selama tempuh 3 bulan. Malangnya hanya 11 pesakit yang kekal sehingga tamat tempoh kajian. Kesemua mereka adalah pesakit yang dibenarkan menggunakan ganja medik sama ada untuk masalah kebimbangan (anxiety), sakit kronik, kemurungan dan masalah tidur. Kebanyakan pesakit mempunyai 2 atau lebih penyakit.
Selepas 3 bulan rawatan ganja, para pesakit mengambil 2 ujian kognisi yang berbeza. Yang pertama digelar ujian Stroop Color Word Test. Ujian ini menilai tahap pemikiran dengan mengukur masa yang diambil bagi seseorang untuk menentukan warna pada perkataan yang dicetak tidak sama seperti perkataan itu sendiri. Sebagai contoh, perkataan hitam yang dicetak dengan warna merah.
Pesakit juga melakukan ujian mengikut garisan, yang memerlukan mereka menyambung titik-titik bernombor.
Mata dari tiga bulan tersebut kemudiannya dibandingkan dengan garis asas yang awal. Selepas terapi herba, kajian menunjukkan pesakit menyempurnakan tugas dengan lebih pantas. Mereka juga tidak membuat sebarang kesilapan seperti yang telah mereka lakukan.
Sebagai tambahan, pesakit sendiri telah mendakwa akan penambahbaikan dalam pelbagai jenis simptom, termasuk simptom terkait-kondisi, tidur dan kesehatan badan secara keseluruhan.

PESAKIT MEMILIH GANJA BERBANDING DADAH OPIOD


Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Hospital McLean, Staci Gruber, Ph.D. Dan Pengarah Marijuana Investigations for Neuroscientific Discovery (MIND), (Penyellidikan Ganja Sebagai Penemuan Neurosintifik) menerangkan bahawa 42 peratus pesakit memilih ganja medik berbanding pil opiod tahan sakit berprisripsi. Gruber sangat teruja dengan bilangan ini. Dia menerangkan,
“Ini sangat signifikan, terutama buat kita di Massachusetts dan kawasan sekitar negeri-negeri yang mengalami masalah epidemik opiod yang melanda ramai rakyat. Penemuan awal ini sudah semestinya mewarankan akan penyelidikan yang lebih luas dan dalam.”--
Penemuan-penemuan yang serupa telah dilaporkan dalam banyak kaji selidik yang lain, seperti mana satu kajian dengan 271 responden memilih ganja dari ubat tahan sakit opiod. Masih banyak penyelidikan lain yang mencadangkan bahawa pesakit melihat ganja medik sebagai alternatif kepada ubat tahan sakit.
Gruber masih memilih jalan selamat pada subjek ini dengan menunggu sehingga kajian-kajian lain tamat dijalankan. Katanya,
”Sebagai seorang penyelidik klinikal, saya tidak berminat hanya untuk mengkaji tentang baik atau buruk, saya hanya berminat pada kebenaran. Itu apa yang para pesakit dan pengguna rekriasi berhak mengetahui dan berhak menuntut dari kami. Masyarakat akan menggunakannya. Terpulang bagi kita menentukan cara yang terbaik dan terselamat bagi rakyat untuk menggunakannya.
Walau bagaimanapun, kajian awal ini menjanjikan sesuatu. Terbaru, uji kaji ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa dos harian THC ganja meningkatkan keupayaan kognisi dan menunjukkan pengurangan kadar penuaan otak. Apabila tikus makmal yang lebih tua dirawat dengan kompaun ganja selama sebulan, mereka lebih mudah mencari jalan keluar dari maze dan mengingati perkara yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Tikus makmal muda yang dirawat dengan THC ganja mendapat tempat tercorot dalam ujian, tetapi tikus-tikus senior telah dengan pesat meningkatkan upaya kognisi. Selepas rawatan, tikus makmal senior menunjukkan fakulti minda yang sama dengan tikus makmal tanpa rawatan.

Cures Not War

KAJIAN MENGESAHKAN KANNABINOID UJUD SECARA SEMULAJADI DALAM SUSU IBU


KAJIAN MENGESAHKAN KANNABINOID WUJUD SEMULAJADI DALAM SUSU BADAN MANUSIA

Terjemahan Ibnu Thohir

Kajian mengesahkan kannabiniod wujud secara semulajadi dalam susu badan manusia menurut penemuan terkini. Badan manusia menggandungi saraf saraf penerima kannabinoid yang mana telah direka khas untuk memproses kannabinoid-kannabinoid seperti tetrahidrokannabinol (THC), salah satu komponen aktif utama ganja. Menurut beberapa penemuan unggul kajian-kajian sains, susu badan manusia secara semulajadi mengandungi kannabinoid-kannabinoid yang serupa seperti yang terdapat dalam tumbuhan ganja, YANG MANA TERAMAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN HIDUP MANUSIA SEWAJARNYA. Membran-membran sel di dalam badan secara semulajadi telah disediakan dengan penerima-penerima kannabiniod ini, yang mana apabila di aktifkan oleh kannabiniod dan juga pelbagai jenis bahan berneutrisi yang lain, ia akan melindungi sel-sel dari pelbagai virus, bakteria berbahaya, kanser, dan ketumbuhan-ketumbuhan yang lain. Dan susu badan manusia merupakan sumber yang berlimpah-ruah dengan endokannabinod, sejenis lipid saraf modular spesifik yang secara asasnya mengajar bayi baru lahir bagaimana cara makan melalui proses stimulisasi sedutan puting.

Dr. Melanie Dreher membuat kajian tentang ibu-ibu mengandung yang menggunakan ganja sepanjang kehamilan mereka, dan kemudian mengkaji tentang bayi-bayi mereka selepas 1 tahun dilahirkan. Dia mendapati bahawa bayi-bayi dari ibu-ibu yang menghisap ganja setiap hari sepanjang kehamilan lebih cepat mesra bersosial, lebih cepat membuat hubungan mata, dan lebih mudah didampingi.
Kalau bukan kerana kannabiniod-kannabiniod ini yang terdapat dalam susu badan, bayi-bayi baru lahir tidak akan tahu cara untuk makan, ataupun hanya untuk mempunyai selera/keinginan untuk makan, yang mana boleh menyebabkan kondisi teruk kekurangan neutrisi dan sehingga menyebabkan maut. Bayi baru lahir yang diberi susu badan secara semulajadi menerima dos-dos kannabiniod yang mencetuskan rasa lapar dan mengalakkan penumbuhan dan pembangunan badan.
Pemerhatian ke atas kelakuan bayi selepas diberi makan menunjukkan simptom-simptom pengguanaan ganja. Selain dari fungsi asas untuk menstimulisasi selera bayi, kannabinoid-kannabinoid juga membantu dalam menenang dan menyantaikan bayi. Kannabinoid-kannabinoid ini, bagaimanapun, tidak terdapat dalam susu formula bayi, yang mana menjadikannya jauh kekurangan berbanding susu badan.

Lagi pula, kajian tentang sistem penerima endokannabinoid yang telah diterbitkan di dalam European Journal of Pharmacology melaporkan, “ Implikasi-implikasi medikal berkaitan perkembangan-perkembangan noval ini adalah sangat jauh dan terbentang masa depan yang cerah untuk kannabinoid dalam perubatan pediatrik bagi pelbagai kondisi termasuk 'kegagalan berkembang bukan-organik' dan fibroid cyst.” Terdapat 2 jenis penerima kannabinoid didalam badan; penerima CB1 yang wujud di dalam otak, dan penerima CB2 yang wujud di dalam sistem imunisasi dan keseluruhan badan. Setiap satu penerima-penerima ini memberi tindakbalas terhadap kannabiniod-kannabiniod, sama ada dari susu badan manusia ataupun dari ganja.

Apa yang penting ini membawa makna bahawa badan manusia memerlukan dan menghasilkan kannabinoid-kannabiniod, memandangkan unsur-unsur nutrisi ini memainkan peranan sangat penting dalam melindungi sel-sel dari sebarang penyakit, merangsang fungsi imun, melindungi otak dan sistem saraf, melegakan sakit dan radang yang disebab penyakit.

Dalam kajian lain tentang endokannabinoid yang telah diterbitkan oleh jurnal Pharmacological Reviews pada tahun 2006, para penyelidik dari Makmal Physiologic Studies dalam National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism membongkar lebih banyak manafaat-manafaat kannabinoid. Ini termasuk kebolehan ganja bagi menggalakkan metabolisme tenaga yang sewajarnya dan mengawal selera, merawat gangguan metabolik, merawat sclerosis berganda, dan mencegah penyusutan saraf, diantara banyak lagi kondisi-kondisi sakit yang lain. Kannabinoid, sama ada terhasil secara semulajadi dalam badan, atau dihadam dari tumbuhan ganja, memainkan peranan penting dalam pengguatan sistem imunisasi dan melawan kebanyakkan penyakit dan kanser.

Cures Not War

Monday 2 April 2018

GANJA; SAYUR YANG AMAT PENTING DI MUKA BUMI


GANJA: SAYUR YANG SANGAT MUSTAHAK DI ATAS PLANET

Oleh Carolanne WrightPenulis Bebas  Wake Up World
Terjemahan Ibnu Thohir


“ Kalau ganja ditemui di hutan Amazon pada hari ini, manusia akan kelam-kabut memaksimakan segala kemungkinan penggunaan dari pelbagai potensi manafaat yang ada pada tumbuhan tersebut. Malangnya, ganja membawa bersamanya sebuah sejarah panjang yang difitnah sebagai tumbuhan yang merbahaya.” - Dr. Donal Abrams, Ketua Bahagian Hematology Oncology di San Francisco General Hospital.

Dianggarkan 106,000 orang rakyat Amerika mati setiap tahun akibat ubat-ubatan priskripsi farmaseutikal, menurut American Medical Association. Yang lebih membimbangkan, kesalahan medikal akibat kecuaian dipertanggungjawabkan kepada lebih dari 400,000 kematian di A.S setiap tahun – dan ianya anggap sebagai penyebab kematian ke 3 tertinggi. “ Ianya sama seperti 2,000 jet komersial yang berlepas setiap tahun dengan mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai minyak yang mencukupi bagi melengkapkan perjalanan mereka.” tambah Peter Edelstein, Pengarah Urusan. “ Mahukah anda membernarkan pasangan anda menaiki salah satu dari kapalterbang ini? Kawan anda? Orang yang tak dikenali?”

Soalan yang bagus. Perkembangan terkini, masyarakat barat sedang mencari rawatan yang bertindak harmoni dengan badan, bukan yang bertindak melawan keharmonian badan. Dengan kata lain, mereka sedang bergerak meninggalkan perubatan konvensional dan segala kebobrokannya, kesilapannya dan dadah kimia farmaseutikal. Satu kes dalam kajian adalah ganja, terutama dalam bentuk mentahnya.

KAYA DENGAN SEJARAH


Ganja merupakan suatu tumbuhan yang pada pandangan ramai, mengimbau visi serbuan-serbuan pihak berkuasa (AADK) dan penagih di dalam sarang najis dadah. Tetapi ianya tidak seperti itu suatu masa dulu,
“ Masyarakat China purba mengetahui tentang kesan ganja sebagai penahan sakit dan pengubah minda, namun penggunaan sifat-sifat psikoaktifnya tidak digunakan secara meluas, sebaliknya ia ditanam sebagai hemp dalam penghasilan tali dan tenunan. Seperti itu juga, Yunani dan Roman purba juga menggunakan hemp bagi penghasilan tali dan layar. Di sesetengah tempat lain, tak dinafikan, kesan khayal ganja diutamakan. Di India misalnya, tumbuhan ini digabungkan dalam ritual keagamaan. Pada zaman pertengahan, penggunaannya adalah perkara biasa di tanah-tanah Arab, pada kurun ke15 di Iraq, ganja digunakan untuk merawat epilepsi, di Mesir ianya diambil terutamanya kerana kesan ketenangan. Selepas Napoleon menakluki Mesir, orang Eropah mula menggunakan ganja sebagai intoksikan. Semasa perdagangan hamba, ia diangkut dari Afrika ke Mexico, kepulauan Caribbean dan Amerika Selatan. Ganja secara relatifnya masih baru diberi perhatian oleh penduduk A.S. Semasa separuh kedua kurun ke19 dan awal kurun ke20, ganja mudah didapati bagi merawat kebanyakan penyakit, termasuk migran dan ulser” Roger A Nicoll dan Bradley N Alger menginggatkan kita dalam Scientific American.
Sehinggakan Bapa Penemuan Amerika, Thomas Jefferson menggumumkan, “ Ganja merupakan keperluan yang sangat penting dalam menjana kekayaan dan demi perlindungan sesebuah negara”

JADI.... APA YANG DAH JADI?


Pada tahun 1937, Kongres A.S. memutuskan – berlawanan dengan saranan American Medical Association – untuk meluluskan Marijuana Tax Acts. Akta ini secara asasnya mengharamkan penggunaan ganja dengan menaikkan harga ganja menjadi sangat mahal dan sangat sukar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan semakin merundum sejak itu. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kempen legalisasi ganja telah meletup di A.S. untuk kedua-dua jenis kegunaan, medikal dan rekrasi. Buat kita kali ini, kita hanya akan melihat dari sudut manafaat kesihatan tumbuhan ini – di mana ianya agak mengagumkan.

SAYUR YANG AMAT MUSTAHAK


“ Ganja menjadi perangsang kepada molekul-molekul yang membantu sistem keseimbangan badan kita menjadi lebih efaktif. Pokoknya, ia adalah suatu diet yang mustahak yang membantu ke semua 210 jenis sel-sel badan berfungsi secara lebih efaktif. Saya sudah tidak merujuk kepada ganja dari sudut medikal lagi, tapi dengan tegas mengatakan ia sebagai suatu diet pemakanan yang sangat mustahak.” – Dr. William L. Courtney.
Mungkin menjadi masalah kepada sesetengah orang untuk menerima ganja mentah sebagai makanan keramat masa depan, tetapi bagi Dr. Courtney, seorang pakar perubatan dengan pengalaman medikal yang luas dan juga pakar diet pemakanan ganja, membentangkan kes yang provokatif.
Apabila anda memanaskan atau menjemur ganja, Dr. Courtney percaya anda telah kehilangan sebanyak 90% dari manafaat yang ada pada ganja. Sebaliknya, jika anda memakannya secara mentah, anda mengambil ke semua faedah yang terdapat pada tumbuhan itu. Tambahan pula, ganja mentah adalah tidak-psikoaktif, jadi anda tidak akan khayal – perkara penting bagi mereka-mereka yang ingin mengambil manafaat akan aspek penyembuhan ganja tanpa rasa khayal atau melayang. Ini bermakna anda dapat menghadam lebih banyak kompaun-kompaun berkhasiat yang membantu kesihatan dengan cara meminum jus ganja berbanding dengan menghisapnya atau dalam bentuk extrak minyak, menurut Dr. Courtney.
Terpenes, minyak esential yang terdapat dalam ganja, penyebab bau unik tumbuhan itu, secara khususnya amat menarik perhatian. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Pharmacology menyatakan bahawa terpeniod-terpeniod adalah “serbaguna secara farmakologi; ianya lipofilik, berhubung baik dengan sel membran-membran, berneuron dan penyalur ion otot, penerima neurotransmitter, penerima G-protin, sistem penyampai maklumat kedua dan juga sebagai enzim-enzim.”
Para penyelidik mengkaji kesan hebat terpenes ke atas haiwan. Limonene didapati meningkatkan serotonin dalam kortexs prefrontal otak dan juga meningkatkan dopamin di bahagian hippocampus otak – kedua-duanya membantu menghalang kemurungan dan gejala tekanan. Tambahan pula, limonen mempercepatkan apotosis ( kematian sel) barah kanser payudara dan menunjukkan sifat-sifat pemusnah radikal yang sangat berkesan. Ganja juga sangat mudah didapati secara biologi, cepat termetabolisme dan sangat tidak toksik dan tidak mendatangkan alahan.
Myrcen pula anti-radang dan pembantu tidur yang sangat efaktif, sementara pineniod bertindak sebagai Bronkodilator (memudahkan penafasan) dan antibiotik pelbagai guna – termasuk penghapusan bakteria MRSA yang memautkan. Pineniod juga menghambat radang. Linalool suatu bahan penenang dan anti-sawan. Cariofillen sejenis anti-malaria, anti-radang dan berguna dalam merawat ulser duodenal. Nerolidol menghentikan ketumbuhan fungi (kulat) dan perasit-perasit protozoal. Fitol meningkatkan pengembangan GABA, menyebabkan efak tenang. Ini hanya sebahagian dari 200 lebih variasi terpenes yang terdapat dalam ganja.

BAGAIMANA CARANYA MENIKMATI LEBIH BANYAK GANJA MENTAH DALAM HIDUP ANDA?


Untuk dos harian, Dr. Courtney mencadangkan penyediaan jus ganja dengan 15 helai daun dan 2 kuntum bunga, yang kemudian dicampurkan kepada sedikit jus buah atau jus sayuran yang boleh diminum sepanjang hari. Kalau anda teringin mempelajari ilmu membuat jus ganja, terdapat banyak artikel yang memberi tips dan cadangan. Perlu di ingat, kesilapan dalam membuat jus mungkin menyebabkan kehadiran haba, yang akan membentuk THC, bahan psikoaktif dalam ganja.
Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran......

Cures Not War.

Sunday 1 April 2018

TOP 5 RESEPI MENTEGA GANJA

CARA MEMYEDIAKAN “CANNABUTTER” : TOP 5 RESIPI MENTEGA GANJA

Oleh NCSM

Terjemahan Ibnu Thohir

Jika anda ingin mendapatkan segala manafaat mentega medik ganja tetapi ingin menghIndari kelemahan dalam menghisapnya jadi baca dengan teliti. Kami akan tunjukkan pada anda bahawa anda akan mendapat pengalaman terbaik dengan mempelajari cara-cara membuat “cannabutter” yang bagus. Anda akan dapati bahawa memasak mentega ganja adalah amat mudah malah antara cara terbaik penggunaan ganja medik.

Kebanyakan resepi di internet mengandungi kesilapan dalam cara penyediaan yang mana memungkinkan cannabutter anda menjadi lengai (tidak berkesan). Resepi pertama mudah, ringkas dan tepat, untuk memberi anda mentega ganja yang terbaik dan terkuat setiap kali.

#1. FORMULA TERBAIK PENYEDIAAN CANNABUTTER

Kami akan memberi anda resepi termudah dan terbaik dahulu supaya anda akan terus memahami proses pembuatan mentega ganja yang sangat enak. Kemudian anda boleh menyemak setiap resepi cannabutter yang lain dan memilih yang terbaik buat keperluan anda. Ini apa yang anda perlukan untuk menyediakan cannabutter secara asas:

Bahan-bahan:
1 cawan air
1lb. Butter, tanpa garam
1oz. Ganja kisar berkualiti tinggi
Peralatan:
Bekas bertutup
Twine
Mangkuk kaca atau ceremik, selamat haba dan beku
Periuk
Senduk
Pisau
Kain tapis
Talam ketuhar

Langkah 1. Penyah-karbohidritan (decarboxylate) iaitu memanaskan ganja anda selama 30 minit.
Panaskan ketuhar pada suhu 215ºF atau 102ºC. Pastikan ganja anda berderai. Jika tidak, leraikannya dengan jari-jari anda. Ratakan atas talam dan tutup dengan kertas aluminium.Bakar selama 30-40 minit.

Ini langkah pertama yang digelar nyah-karbosilasi (decarboxylation), tapi bahasa tinggi ini tak penting. Sebenarnya anda hanya memanaskan ganja anda untuk menghasilkan unsur aktif semulajadi THC dari sifat lengainya sebagai asid THCA. Unsur inilah yang mempunyai sifat psikoaktif dan juga sifat penyembuhan. Dalam kata lain, anda sedang meningkatkan kekuatan ganja anda dengan cara mengaktifkan THC. Ganja akan menjadi perang muda, kering dan kandungan aktifnya menjadi lebih pekat.
Panaskan ketuhar pada suhu 215ºF atau 102ºC. Pastikan ganja anda berderai. Jika tidak, leraikannya dengan jari-jari anda. Ratakan atas talam dan tutup dengan kertas aluminium.Bakar selama 30-40 minit.

Langkah 2. MASUKKAN MENTEGA DAN AIR KE DALAM PERIUK, MASAK DENGAN API PERLAHAN,  MASUKKAN GANJA
Masukkan 1lb. mentega dan 1 cawan air ke dalam periuk anda dan panaskan dengan  perlahan. Air akan memastikan mentega anda tidak hangus. Semasa mentega mencair, tambahkan 1oz. ganja kisar. Ini adalah resepi cannabutter yang kuat. Untuk merendahkan kekuatan cannabutter anda, kurangkan kuantiti ganja berbanding kuantiti mentega.

Langkah 3. RENEH SELAMA 3 JAM
Renehkan campuran tersebut selama 3 jam dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Pastikan ia tidak mendidih. Setelah itu, jauhkan dari api dan biarkannya sejuk.

Langkah 4. TAPIS SEPAH GANJA DENGAN KAIN TAPIS
Ikat kain tapis anda menutupi mangkuk kaca. Dengan hati-hati, tuangkan kandungan dari periuk panas ke dalam mangkuk kaca tersebut sambil menapis semua sepah pokok ganja dengan kain tapis. Segala kandungan ganja sekarang sudah berada di dalam cannabutter.

Langkah 5. SEJUKKAN UNTUK MENGERASKANNYA
Alihkan kain tapis. Tutup mangkuk kaca dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. Mentega akan terpisah dari air dan anda boleh mengasingkannya menggunakan senduk. Simpan cannabutter anda di dalam bekas untuk digunakan nanti. Buangkan air yang tidak diperlukan.

Sekarang tiba masa untuk menikmati cannabutter anda. Bila anda sedia untuk menggunakannya, biarkan di suhu bilik supaya mentega menjadi lembut.

KESAN CANNABUTTER
Apabila anda telah gunakan recipi cannabutter THC ini dan masanya telah tiba untuk menikmati hasil kerja anda, anda memerlukan sedikit informasi tentang kuantiti dos yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.

MENYUKAT DOS : BAHAGIKAN KEPADA 28 BAHAGIAN
Menyukat dos cannabutter boleh menjadi begitu rumit. Kesilapan pertama yang selalu dibuat adalah mengambil dos yang terlalu tinggi. Maka, Cara mudah ini boleh membantu anda. Anda telah guna 1 oz ganja untuk recipi ini. Bermakna secara teori anda mempunyai 28 gram ganja dalam cannabutter (tolak sepah pokok). Jadi, bahagikan cannabutter anda kepada 28 bahagian. Setiap ketul akan mempunyai kesan seberat 1 gram ganja, lebih kurang 1 dapur besar bong. Pengguna baru perlu mula dengan ½ ketul atau kurang dari itu. Undang-Undangnya, “mula sedikit dan kayuh perlahan-lahan” bagi makanan berganja. Tunggu 45 minit hingga 2 jam sebelum menambah dos. Jangan beranggapan anda perlu ambil lagi kalau tidak dapat merasa kesan serta merta. Kesan makanan berganja mula dengan perlahan dan meningkat dengan stabil. Kalau anda tambah dos sebelum kesannya muncul, anda akan makan berlebihan dan merasa khayal yang kurang selesa bagi beberapa jam. Apa-apa pun, jangan makan kesemuanya sekali dalam satu masa.

Cannabutter akan memberi kesan khayal yang perlahan dan tenang dan menghilangkan sakit. Ia akan lebih berkesan dari menghisap ganja bagi mereka yang mengidap penyakit kronik kerana kesannya akan lambat memuncak dan tahan lebih lama.
Sekarang setelah anda tahu cara asas menyediakan cannabutter dan apa kesan yang dijangka, mari lihat beberapa resepi menyelerakan dari kawan-kawan pencinta ganja yang lain yang telah menemui cara memperibadikan cannabutter mereka.

Ingat:
Setiap 1/28 ketul = 1 dapur besar bong tanpa tembakau
Tunggu 45 minit hingga 2 jam sebelum menambah dos

#2. KAEDAH “SLOWCOOKER”

Sesetengan pengguna lebih suka menggunakan “slowcooker” untuk mendapatkan cannabutter yang lebih tinggi kepekatannya. Ini apa yang anda perlukan.
Bahan-bahan
1oz. bunga ganja
1lb. mentega tanpa garam
2 titik ekstrak vanila
Peralatan
“Slowcooker”
Pisau
Kain tapis
Bekas tahan panas
Sudu

Langkah 1. Setkan “slowcooker” ke paras tertinggi.

Langkah 2. Masukkan mentega dan ekstrak vanila ke dalam “slowcooker”. Tunggu sehingga mentega cair

Langkah 3. Leraikan bunga ganja anda dan masukkan ke dalam “slowcooker”.

Langkah 4. Setkan masa untuk 8 jam, kacau setiap ½ jam.

Langkah 5. Selepas 8 jam, biarkan seketika sehingga selamat dipegang. Tapis campuran tersebut menggunakan kain tapis. Anda boleh gunakan corong atau ikat kain tapis ke mulut bekas tahan panas anda. Dengan hati-hati tuang cannabutter anda ke atas kain tapis masuk ke dalam bekas untuk menapis sepah bunga ganja.

Langkah 6. Masukkan bekas yang bertutup ke dalam peti sejuk selama 6-8 jam.

Langkah 7. Keluarkan cannabutter dari peti sejuk. Kerik bahagian bawah yang berketul dan nikmatinya.

#3. KAEDAH SATU PERIUK

Ini merupakan kaedah yang paling mudah bagi mereka yang tidak minat memasak. Kaedah ini kalau dilakukan dengan teliti dapat menghasilkan antara cannabutter berTHC yang kuat. Ini disebabkan kurangnya bahan untuk kannabinod berpaut dan ia tidak menggunakan penapis.

Bahan-bahan dan peralatan
1lb. Mentega tanpa garam
1oz. Bunga ganja
Pengisar
Air
Periuk

Isikan periuk bersaiz sederhana dengan air dan biarkannya mendidih. Masukkan mentega dan ganja serta tutup periuk tersebut. Didihkan pada 210ºF selama 90 minit, pastikan ia tidak melimpah. Selepas 90 minit, jauhkan dari api supaya ia sejuk hingga sesuai dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman atau sehingga cannabutter tersebut membeku yang mana menggambil masa beberapa jam. Anda akan dapat lapisan cannabutter yang cantik terapung di permukaan periuk anda. Keruk disekelilingnya dan keluarkan dengan sudu. Kebanyakan sepah bunga akan mendap ke bawah. Sedikit serdak yang terdapat dalam cannabutter tersebut menambahkan perisa herbanya. Bahagikan cannabutter anda kepada beberapa bahagian dos-dos tertentu dan gunakannya dalam recipi kegemaran anda.

#4. CANNABUTTER MINYAK KELAPA


Walaupun mentega tanpa garam yang biasa menggandungi unsur-unsur sihat MCT dan asid lemak yang lain, sesetengah orang lebih gemar menggunakan minyak kelapa yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan semulajadi yang menakjubkan serta rasanya yang sedap. Ia juga sangat berkesan dalam mengekstrak THC. Minyak ganja boleh digunakan dalam masakan atau sebagai bahan dalam produk kesihatan oleh penggamal perubatan alternatif.

Ini apa yang anda perlukan
½ cawan minyak kelapa
¼ oz. Potongan ganja
1 sudu Lecithin soya
Peralatan
Dapur
Penapis
Gunting
Pinggan ceramik
Potong ganja anda dengan gunting menjadi ketulan-ketulan halus (tidak terlalu halus). Panaskan ketuhar pada 220ºF. Ratakan ganja anda atas pinggan ceramik tahan haba dan ditutup dengan kertas aluminium selama 30 minit untuk “decarb” ganja anda. Keluarkan pinggan dari ketuhar dan biarkan menyejuk (ketuhar dibiarkan panas).
Masukkan minyak kelapa ke dalam periuk dan panaskan di atas dapur dengan api perlahan sementara menunggu herba anda menyejuk. Hancurkan herba tersebut dengan sudu, taburkannya ke dalam minyak kelapa bersama ½ sudu lecithin, kacau, tutup dan masukkan semula ke dalam ketuhar pada 220ºF selama 50 minit.
Matikan ketuhar dan biarkan ia menyejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan panaskan sehingga ia mencair. Seterusnya tapis sepah bunga dan nikmatilah cannabutter minyak kelapa anda.
Tambahan, minyak kelapa dara memberikan kesan yang lebih baik.

#5. MENTEGA KELAPA GANJA


Kalau anda mahukan mentega kelapa ganja dan bukannya minyak kelapa, gunakan resepi yang sama tetapi pastikan anda guna mentega kelapa bukannya minyak kelapa. Selepas anda tapis mentega anda, masukkan dalam peti sejuk semalaman untuk mengeraskannya. Nikmatilah mentega cannabutter kelapa anda.

KESAN MAKANAN KELAPA BERGANJA


Makanan kelapa berganja termasuk mentega dan minyaknya sedang mendapat sambutan hangat dan semakin popular. Sesetengah peminat setia bersumpah ianya jauh lebih hebat berbanding mentega biasa di dalam mengekstrak THC dan segala unsur penawar yang wujud di dalam ganja. Ia juga mempunyai manafaat kesihatan tersendiri dari menyeimbangkan kadar kolestrol sehingga merawat radang kulit. Cannabutter kelapa mungkin lebih kuat berbanding cannabutter biasa disebabkan kadar penyerapan kannabinod yang lebih tinggi dan keboleh-gunaan biologi yang lebih tinggi. Kesannya datang secara perlahan dan meningkat secara stabil, maka jaga kadar pengambilan anda. Dalam recipi kami, kami menggunakan 1/4oz ganja, lebih kurang 7 gram, seperti 7 penghisapan dapur besar bong. Jadi, bahagi kepada 7 hingga 21 ketulan bergantung kepada kadar toleransi badan anda. Sebaiknya anda periksa kadar toleransi badan dengan mengambil dos kecil setiap 2 jam dan menambahnya sehingga anda berjumpa dengan dos yang sesuai untuk anda.

Thursday 29 March 2018

8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG ENDOKANNABINOID



GANJA: 8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG SISTEM ENDOKANNABINOD ;- DAN KENAPA KITA WAJIB HEBAHKAN KE SELURUH DUNIA.


Oleh Mary Biles
Penulis undangan Wake Up World
Terjemahan Ibnu Thohir

Tahukah anda bahawa di dalam badan anda terdapat sistem endo-kannabinod? Setahun yang lepas saya sendiri pun tidak tahu.

Saya bukanlah seorang doktor, tapi saya amat yakin yang saya ini cukup arif tentang sistem biologi yang utama dalam badan manusia. Nampaknya saya salah. Ini kerana melainkan anda seorang saintis penyelidikan atau terlibat dalam bidang ganja medik, maka besar kemungkinan anda tidak pernah terdedah kepada sistem endo-kannabinod. Akan tetapi, ianya telah dinobatkan sebagai “ sistem psikologikal paling penting yang terlibat dalam menjana dan mengekalkan taraf kesihatan manusia.”

KENAPA TAK RAMAI YANG MENGETAHUI TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Jadi, apa yang misteri sangat? Mungkin ada kena mengena dengan cara penemuan sistem endo-kannabinod ( EndoCannabiniod System)( ECS ) itu sendiri. Dalam tahun 1990an dulu, semasa para saintis cuba memahami bagaimana THC, bahan psikoaktif dalam tumbuhan ganja, memainkan peranannya ke atas badan manusia dan apa yang meraka temui adalah suatu jaringan kompleks saraf penerima (CB1) di dalam otak dan sistem saraf tunjang yang berpadanan secara sempurna dengan molekul-molekul THC.

Tidak lama selepasnya, sejenis lagi reseptor penerima (CB2) ditemui didalam sistem imunisasi (ketahanan), pencernaan dan berbagai organ-organ utama tubuh badan. Itu baru sebahagian kecil dari teka-tekinya. Pencarian diteruskan untuk mengesahkan sama ada badan menghasilkan sendiri bahan-bahan kimia seperti yang terdapat di dalam ganja,. Dan dengan mengenal pasti endo-kannabinod pertama, Anandamida, mereka mendapatkan jawapannya.

APAKAH TUGAS SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Para saintis mula sedar bahawasanya sistem endo-kannabinod memperkemas kebanyakan fungsi vital psikologi kita, membawa keseimbangan buat segalanya termasuk tidur, selera, sakit, radang, ingatan, mood dan juga sistem pembiakan. Dalam erti kata lain, ianya seperti seorang konduktor sebuah orkestra musik, memastikan tiada bahagian yang menenggelamkan bahagian yang lain, dengan hasil terakhir suatu simfoni harmoni yang sempurna antara badan dan minda.

Bunyi macam kerja penting jer...iya? Memang pun. Itulah sebabnya kenapa ECS mesti menjadi buah mulut perbualan harian sama seperti sistem imunisasi. Maka, sebagai usaha awal, dipersembahkan 8 fakta menakjubkan tentang sistem endo-kannabinod (ECS).

1. BUKAN HANYA MANUSIA MEMPUNYAI SISTEM ECS

Sebagai manusia kita tidak istimewa dalam mempunyai ECS. Bukan setakat ECS dijumpai terdapat di dalam ke semua haiwan vertebrat, malah saintis juga menemui penerima-penerima kannabinod di dalam sotong laut yang bukan dari kumpulan vertebrata, mencadangkan proses evolusi sejauh 600 juta tahun dulu.

2. CB1 MERUPAKAN PENERIMA NEUROTRANSMITTER YANG TERBANYAK DI DALAM OTAK

Kebanyakan kita telah mendengar tentang neurotransmitter – merupakan bahan kimia yang mengkomunikasikan segala maklumat ke seluruh otak dan badan. Serotonin dan dopamin antara contoh yang sangat dikenali, akan tetapi, endo-kannabinod Anandamida, juga sejenis neurotransmitter, mempunyai jumlah terbanyak saraf penerima di dalam otak.

3. ISYARAT TERBALIK ENDO-KANNABINOD

Kebanyakan Neurotransmitter berkomunikasi secara sehala; dari neuron pemberi isyarat (sinaps) kepada neuron sasaran (postsinaptik). Tetapi dalam sistem endo-kannabinod, ia berkonunikasi ke arah bertentangan, yang digelar 'isyarat mengundur”. Ini bermakna jika ada penerima yang terlebih- atau terkurang disimulasi, ia akan memberi isyarat ke belakang melalui sinaps supaya neuron pemberi isyarat tadi mengubah ciri-cirinya, seakan mewujudkan suatu kitaran maklumbalas. Maka kesannya, daripada bertindak sebagai penyebar maklumat seperti mana neurotransmitter lain, ia bertindak seakan suis penyelaras, meningkatkan atau menurunkan aktiviti-aktiviti neuron bagi memastikan badan kembali dalam keadaan homeostasis (stabil, terkawal, tenang).

4. PENINGKATAN AKTIVITI SISTEM ENDO-KANNABINOD TELAH DI KESAN DALAM KEBANYAKKAN PENYAKIT.

Memandangkan modus operandi sistem ECS adalah untuk mengembalikan keseimbangan badan, tidak mengejutkan kalau para saintis mendapati ada peningkatan aktiviti endo-kannabinod di dalam pelbagai jenis penyakit. Segala penyakit dari simpton kemerosotan saraf seperti Alzhemer dan Parkinson, sehingga rheumatoid arthritis dan kanser, telah menunjukkan perubahan kadar endo-kannabinod dan reaksi penerima yang lebih kuat. Kesimpulan yang luas diterima pakai adalah bahawa peningkatan aktiviti ini membuktikan bahawa ECS sedang menjalankan tugasnya mengembalikan semula keseimbangan tubuh badan.

5. KEKURANGAN ENDO-KANNABINOD MUNGKIN PENYEBAB BEBERAPA PENYAKIT.

Apa akan terjadi bila ECS semakin menyusut? Saintis telah memerhatikan dalam beberapa kondisi tertentu berkaitan kepekaan terlampau (oversensitivity) terhadap sakit seperti migrain, fibromyalgia dan IBS, sistem endo-kannabinod badan tersebut didapati telah menjadi lemah. Teori ini dikenali sebagai Kekurangan Endo-Kannabinod Klinikal ( Clinical Endocannabiniod Deficiency)(CECD). Natijah akhirnya disimpulkan bahawa dengan menambah unsur-unsur yang terdapat dalam tumbuhan ganja ke dalam badan, kekurangan ini dapat diatasi dan simptom penyakit dapat dikurangkan.

6. ECS MENERANGKAN SEBAB KENAPA GANJA MEDIK MENGANDUNGI KESAN PENAWAR (TERAPEUTIK).

Sebelum pengharamannya pada abad ke20, ganja telah diguna pakai beribu tahun lamanya bagi merawat segala macam penyakit termasuk epilepsi, sakit kepala, arthritis, kepedihan, depresi dan mual. Semasa itu tiada siapa yang tahu kenapa tumbuhan ganja menunjukkan sifat penawar (terapeutik) yang sangat versatil. Penemuan sistem endo-kannabinod dengan cepat memberi cahaya baru ke atas kegunaan perubatan bagi ganja. Sangat sedih penemuan ini dalam zaman di mana majoriti dari penduduk dunia terhalang dari mendapatkan ganja.

Menurut Dustin Sulak, pakar ganja medik;
“ Kajian telah menunjukkan bahawa dos-dos kecil kannabinod dari ganja dapat mengisyaratkan badan untuk menghasilkan lebih banyak endo-kannabinod dan membina lebih banyak penerima-penerima kannabinod....saya percaya bahawa dos-dos kecil dan berkala ganja dapat bertindak sebagai suatu tonik kepada tunjang sistem penyembuhan psikologik kita.”

7. ANDA TIDAK PERLU MELANGGAR UNDANG-UNDANG UNTUK MENINGKATKAN SISTEM ENDO-KANNABINOD ANDA

Buat masa ini, negara mesra ganja adalah minoriti di bumi ini. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika tidak mendapatkan akses kepada ganja secara legal? Anda boleh mencuba CBD, kompaun tanpa psikoaktif dalam ganja, yang mana mengandungi pelbagai manafaat kesihatan seperti mengurangkan radang, menenangkan gejala kebimbangan, malah dapat mengurangkan kekerapan serangan epileptik. CBD biasanya diekstrak dari tumbuhan ganja dengan kandungan THC kurang dari 0.2%, lebih dikenali sebagai hemp industri, membolehkan ia dibeli secara legal di kebanyakan negara seluruh dunia.

Pilihan lain adalah dengan bangkit dari sofa dan mula bergerak. Saintis mendapati senaman aerobik dapat meningkatkan kadar endo-kannabinod yang menyebabkan rasa tenang, Anandamida.

Diet pemakanan juga sasaran berguna. Penambahan Omega3 yang terdapat pada minyak ikan dan biji-bijiran sihat seperti flax atau hemp, dapat membantu menguatkan isyarat-isyarat endo-kannabinod otak. Sayuran berdaun hijau juga dijangka dapat menstimulasi ECS kerena megandungi beta-caryofilin yang mengaktifkan penerima CB2.

8. KEBANYAKAN DOKTOR CETEK ILMU TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD.

Dengan ECS memainkan peranan penting dalam hidup kita, anda akan terfikir bahawa setiap pegawai yang mempunyai harga diri dari bidang profesi penggubatan akan ada sedikit pengetahuan tentang kewujudan ECS. Tapi dalam bidang perubatan arus perdana, sistem endo-kannabinod kekal sebagai sesuatu yang di remehkan.

Suatu kaji selidik dijalankan pada tahun 2013 mengkaji sama ada ECS menjadi sebahagian dari kurikulum sekolah-sekolah perubatan sekitar A.S. Penulis mendapati “hanya 13% sahaja yang mengajar sistem endo-kannabinod kepada bakal-bakal doktor.”

Banyak yang boleh berubah dalam masa 4 tahun, sementara di beberapa negara Eropah seperti UK dan Sepanyol, ECS  menyelit menjadi silibus dalam beberapa sekolah perubatan, tidak dapat dinafikan bahawa majoriti dari profesional yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan kita masih kekal di dalam kegelapan kerana kekurangan ilmu.

Maka sekarang anda telah mahir tentang endo-kannabinod. Sertai saya dan mula menyebar-luaskan ilmu ini kepada semua yang sudi mendengarkannya. Sudah tiba masanya ECS di beri perhatian selayaknya oleh kedua-dua pihak pembekal penjagaan kesihatan dan juga masyarakat ramai. Kalau anda seperti saya teruja untuk bertindak, kenapa tidak mulakan dengan berbincang bersama doktor anda? Pernahkah mereka mendengar tentang sistem endo-kannabinod? Mana tahu, mungkin anda orang yang paling layak menyampaikan pada mereka.

Tenang dengan ECS

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...