Tuesday 3 April 2018

KAJIAN TERBARU HARVARD MENGESAHKAN GANJA MENJADIKAN ANDA LEBIH CERDIK



KAJIAN TERBARU HARVARD MENGESAHKAN GANJA MENJADIKAN ANDA LEBIH CERDIK

9 November 2017
Terjemahan Ibnu Thohir

Sejak beberapa abad lepas, para saintis mencuba untuk membongkarkan sama ada ganja mengancam kesihatan otak dalam jangka masa.panjang. Kebanyakan penyelidikan hingga kini memfokuskan kepada penggunaan remaja dan IQ orang dewasa. Pun begitu, adalah sukar untuk memberikan banyak impak nyata. Sekarang, satu kajian kecil yang telah terbit dalam Frontiers in Pharmacology dijalankan oleh Universiti Harvard, Universiti Tufts dan Hospital McLean, mendapati bahawa ganja seolah-olah meningkatkan upaya kognisi (cognition). (Kognisi adalah segugusan proses mental yang mencakupi perhatian, ingatan, penghasilan dan pemahaman bahasa, pembelajaran, penaakulan, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan).

KAJIAN AWAL HARVARD MENDAPATI GANJA MENINGKATKAN DAYA KOGNISI


Kajian awal ini melibatkan 24 orang peserta, yang dikaji selama tempuh 3 bulan. Malangnya hanya 11 pesakit yang kekal sehingga tamat tempoh kajian. Kesemua mereka adalah pesakit yang dibenarkan menggunakan ganja medik sama ada untuk masalah kebimbangan (anxiety), sakit kronik, kemurungan dan masalah tidur. Kebanyakan pesakit mempunyai 2 atau lebih penyakit.
Selepas 3 bulan rawatan ganja, para pesakit mengambil 2 ujian kognisi yang berbeza. Yang pertama digelar ujian Stroop Color Word Test. Ujian ini menilai tahap pemikiran dengan mengukur masa yang diambil bagi seseorang untuk menentukan warna pada perkataan yang dicetak tidak sama seperti perkataan itu sendiri. Sebagai contoh, perkataan hitam yang dicetak dengan warna merah.
Pesakit juga melakukan ujian mengikut garisan, yang memerlukan mereka menyambung titik-titik bernombor.
Mata dari tiga bulan tersebut kemudiannya dibandingkan dengan garis asas yang awal. Selepas terapi herba, kajian menunjukkan pesakit menyempurnakan tugas dengan lebih pantas. Mereka juga tidak membuat sebarang kesilapan seperti yang telah mereka lakukan.
Sebagai tambahan, pesakit sendiri telah mendakwa akan penambahbaikan dalam pelbagai jenis simptom, termasuk simptom terkait-kondisi, tidur dan kesehatan badan secara keseluruhan.

PESAKIT MEMILIH GANJA BERBANDING DADAH OPIOD


Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Hospital McLean, Staci Gruber, Ph.D. Dan Pengarah Marijuana Investigations for Neuroscientific Discovery (MIND), (Penyellidikan Ganja Sebagai Penemuan Neurosintifik) menerangkan bahawa 42 peratus pesakit memilih ganja medik berbanding pil opiod tahan sakit berprisripsi. Gruber sangat teruja dengan bilangan ini. Dia menerangkan,
“Ini sangat signifikan, terutama buat kita di Massachusetts dan kawasan sekitar negeri-negeri yang mengalami masalah epidemik opiod yang melanda ramai rakyat. Penemuan awal ini sudah semestinya mewarankan akan penyelidikan yang lebih luas dan dalam.”--
Penemuan-penemuan yang serupa telah dilaporkan dalam banyak kaji selidik yang lain, seperti mana satu kajian dengan 271 responden memilih ganja dari ubat tahan sakit opiod. Masih banyak penyelidikan lain yang mencadangkan bahawa pesakit melihat ganja medik sebagai alternatif kepada ubat tahan sakit.
Gruber masih memilih jalan selamat pada subjek ini dengan menunggu sehingga kajian-kajian lain tamat dijalankan. Katanya,
”Sebagai seorang penyelidik klinikal, saya tidak berminat hanya untuk mengkaji tentang baik atau buruk, saya hanya berminat pada kebenaran. Itu apa yang para pesakit dan pengguna rekriasi berhak mengetahui dan berhak menuntut dari kami. Masyarakat akan menggunakannya. Terpulang bagi kita menentukan cara yang terbaik dan terselamat bagi rakyat untuk menggunakannya.
Walau bagaimanapun, kajian awal ini menjanjikan sesuatu. Terbaru, uji kaji ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa dos harian THC ganja meningkatkan keupayaan kognisi dan menunjukkan pengurangan kadar penuaan otak. Apabila tikus makmal yang lebih tua dirawat dengan kompaun ganja selama sebulan, mereka lebih mudah mencari jalan keluar dari maze dan mengingati perkara yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Tikus makmal muda yang dirawat dengan THC ganja mendapat tempat tercorot dalam ujian, tetapi tikus-tikus senior telah dengan pesat meningkatkan upaya kognisi. Selepas rawatan, tikus makmal senior menunjukkan fakulti minda yang sama dengan tikus makmal tanpa rawatan.

Cures Not War

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...