Wednesday 14 June 2017

AKIBAT LUMPUH TIBA TIBA LELAKI INI BERALIH KEPADA GANJA



AKIBAT LUMPUH TIBA TIBA LELAKI INI BERALIH KEPADA GANJA

Nama saya Jeff dan saya berusia 61 tahun. Saya tinggal di Alaska selama 35 tahun, bekerja sebagai paramedic juga di atas bot ketam sehingga ke Siberia. Pada tahun 2014 saya berpindah ke Oregon.
Semasa saya memotong kayu api di satu kawasan di Oregon, saya mula merasa kesakitan di bahagian belakang badan hingga memaksa saya menghabiskan kerja agak awal hari itu kerana kesakitan itu kian meningkat. Keesokan paginya, saya bangun dalam kesakitan yang teramat, 100% lumpu dari pinggang ke bawah dan berlumuran dengan najis sendiri akibat hilang kawalan motor dari pinggang ke bawah.
Saya dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan untuk cakera herniated dengan serpihan tulang patah menekan  saraf tunjang saya yang memotong bekalan darah dan merosakkan saraf saya!
Saya tak boleh berjalan. Saya tidak mampu mengimbang berat sendiri.
Saya menghabiskan 28 hari di hospital dan melalui terapi fizikal. Semasa saya dibenarkan pulang dengan berkerusi roda, doctor mengatakan saya tak mungkin berjalan lagi dan tak mungkin bekerja lagi.
Saya bernasib baik kerana saya tinggal serumah dengan seorang penanam ganja. Kami menanam ganja tinggi CBd:Charlotte Web dan AC/DC. Saya belajar bagaimana untuk menghasilkan sendiri minyak ganja dan mula memakan minyak itu setiap malam sebelum tidur. Saya berjumpa doctor saya sekali lagi 30 hari selepas dibenarkan keluar dari wad dan tak pernah lagi berjumpa beliau!
Saya buang semua ubat ubatan hospital yang diberi kepada saya dan untuk dua setengah tahun ini hanya mengambil minyak ganja tinggi CBD yang saya buat sendiri.
Hari ini, saya baru saja habis bekerja untuk lapan jam di ladang hemp berdekatan Ashland,Oregon! Di ladang ini saya masih meneruskan usaha menanam Charlotte Web dan AC/DC untuk kegunaan saya juga lebih kurang 2 dozen pesakit lainnya.

Saya berharap dapat memiliki ladang hemp seluas 5 ekar untuk menanam hemp juga ganja medik untuk dijadikan minyak agar dapat terus menyebarkan khasiat ganja kepada seramai mungkin manusia.

Sumber : https://www.facebook.com/RootofMedicine/

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...