Friday 21 April 2017

KANABIS DAPAT MEMBANTU PESAKIT DARAH TINGGI

Terdapat pelbagai bukti bahawa ganja menyembuhkan penyakit darah tinggi atau disebut juga hipertensi. Tekanan darah tinggi bukanlah penyakit asing bagi sebahagian besar dari kita. Malah mungkin ada antara ahli keluarga kita yang menghidapnya. Penyakit ini tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya tidak dikawal, ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya yang lain seperti serangan strok serta penyakit kardiovaskular.

Penjelasan Penyakit Darah Tinggi

Anda mungkin pernah melakukan pemeriksaan tekanan darah tetapi tidak pasti maksud bacaannya. Tekanan darah adalah jumlah daya yang dikenakan terhadap dinding arteri darah yang mengalir melaluinya. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi ia bermaksud bahawa dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan berulang kali (seseorang yang disahkan mengidap tekanan darah tinggi mempunyai tekanan yang tinggi secara kronik). Dalam terma perubatan, kronik membawa maksud untuk jangka masa yang panjang (melebihi tempoh 3 ke 6 bulan).

Statistik Penghidap

Lebih kurang 17.2 juta manusia seluruh dunia meninggal akibat dari penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan penyakit kardiovaskular sebagai pembunuh utama di dunia. Di Malaysia, sejak 10 tahun kebelakangan ini, terdapat kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi. 43 peratus rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menderita penyakit ini, iaitu peningkatan sebanyak 33 peratus semenjak tahun 1996.

Endocannabinoid Dan Jantung Anda

Sistem endocannabinoid adalah sekumpulan bahan kimia dan reseptor yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan untuk mengawal banyak fungsi penting tubuh. Kajian mendapati, antara fungsi penting ini termasuklah pengaturan sistem kardiovaskular. Pengkaji mendapati sebahagian dari endocannabinoid ini membantu jantung dengan menstabilkan tekanan darah dan melegakan hipertensi. Memandangkan sistem endocannabinoid ini adalah satu-satunya sistem yang memberikan kesan yang sama sepertimana kesan ganja terhadap otak, maka ianya masuk akal bila dikatakan tumbuhan ganja membantu memodulasi organ jantung.

Ganja Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Satu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang menghidap darah tinggi. Pengkaji menyuntik tikus dengan THC (salah satu sebatian di dalam pohon ganja) dan mula merekod tekanan darah tikus ini. Apa yang ditemui pengkaji amat memberangsangkan. Sebaik disuntik dengan THC, tekanan darah tikus-tikus hipertensi ini jatuh dengan ketara. Setelah beberapa hari disuntik dengan THC, tikus-tikus ini masih merekodkan tekanan darah yang rendah berbanding tikus yang tidak disuntik dengan THC.

Satu lagi kajian yang seakan sama dijalankan dengan menjadikan kucing sebagai subjek. Walaupun kucing-kucing ini tidak menghidap penyakit tekanan darah tinggi, namun tekanan darah kucing kucing ini turut menurun. Ini adalah bukti bahawa THC merendahkan tekanan darah walaupun pada bukan penghidap darah tinggi.

Sementara itu, satu lagi kajian menumpukan pada keupayaan tubuh sebelum dan selepas menghisap ganja. Pengkaji mendapati terdapat penurunan tekanan darah sistolik dan diastolik selepas menghisap ganja adalah lebih besar dari mereka yang diberi rokok ganja plasebo. Walaubagaimanapun, ganja yang digunakan untuk kajian ini hanya mempunyai 3 peratus kandungan THC sedangkan kebanyakan ganja yang berlegar di pasaran mempunyai kandungan sehingga 20 peratus. Memandangkan pengkaji ini hanya menggunakan ganja dgn kepekatan 3 peratus tidak mustahil ganja komersial mampu meningkatkan keupayaan tubuh dalam merendahkan tekanan darah. Pada tahun 2012, sekumpulan pengkaji yang mengkaji simptom pemberhentian pengambilan (withdrawal) ganja ke atas pengguna tegar mendapati tekanan darah subjek meningkat selepas berhenti menggunakan ganja. Apa yang lebih ketara adalah tekanan darah pesakit kembali normal selepas dibenarkan menggunakan ganja semula.

Kesimpulan

Bukti-bukti yang diperolehi dari kajian-kajian ini mendapati ganja amat sinonim dalam merendahkan tekanan darah sekaligus mengelakkan penyakit lain yang lebih berbahaya seperti strok dan penyakit kardiovaskular lain. Dengan sebegini banyak hasil kajian, adalah amat tidak adil jika kita tidak mengkaji penggunaan ganja dalam konteks perubatan.

Link
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3045206/ https://www.greenrushdaily.com/2016/04/28/growing-stronger-weed/ http://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1038/jcbfm.1992.106 http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.2042-7158.1974.tb09252.x/abstract http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1476-5381.1973.tb08236.x/pdf https://www.greenrushdaily.com/2016/07/15/cannabinoids/ http://circ.ahajournals.org/content/110/14/1996.full https://www.greenrushdaily.com/2016/07/20/what-is-the-endocannabinoid-system/ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0321&sec=Kesihatan&pg=kn_06.html

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...