Tuesday 25 April 2017

Yang mana bagus? CBD? THC? Atau sifat keseluruhan?


Raphael Mechoulam,P.H.D  professor of Medicinal Chemistry at the Hebrew University of Jerusalem, Israel.


MEDIKAL MARIJUANA DAN KESAN KESELURUHANNYA

ARTIKEL INI DISIARKAN OLEH DR.SUNJAY GUPTA, CNN chief medical correspondent dan di alih bahasa oleh TripleM.

Pada awal tahun 60 an, seorang pelajar kedoktoran menyedari sesuatu yang mengelirukannya.
Selepas membaca kesusasteraan mengenai ganja, beliau merasa agak terkejut kerana kita sudah mula mengekstrak bahan aktif morphine dari pohon opium dan cocaine dari pohon koka, kita masih gagal untuk mengenal pasti komponen aktif di dalam pohon ganja.
Pemerhatian mudah inilah yang melancarkan kerjaya anak muda ini.
Pengkaji muda dari Israel itu, Raphael Mechoulam, adalah saintis terulung abad ini dengan pelbagai anugerah yang diberi dan pada baru baru ini tercalon untuk anugerah berprestij Rotschild Prize. Walaubagaimanapun, perjalanan saintifik beliau 50 tahun yang lalu ternyata berliku.
Sebagai contoh, sewaktu ingin memulakan kajian saintifik berkenaan ganja beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Akhirnya dengan bantuan rakan beliau yang juga seorang anggota polis, saintis muda ini berjaya memulakan kajiannya tanpa melalui kelulusan Kementerian Kesihatan Israel.
“Ya, saya melanggar undang undang,” katanya ketika ditemuramah oleh Dr. Sanjay Gupta, “tapi saya telah memohon maaf dan menerangkan tujuan saya.”
Rapahel Mecholum sangat bernasib baik kerana kerajaan Israel tidak mahu melambatkan usaha saintifik beliau kerana Mecholum bekerja dengan amat pantas.
Pada tahun 1963, beliau telah mengenal pasti komponen cannabidiol (CBD),salah satu komponen penting dalam pohon ganja. Setahun selepas itu, beliau menjadi saintis pertama yang berjaya mengasingkan delta-9 tetrahydrocannabinol (THC), bahan psikoaktif di dalam pohon ganja.
Hasil kerja beliau tidak hanya terhad pada pengasingan komponen, beliau dan pasukan saintis beliau turut mengkaji bagaimana ganja mempengaruhi otak. Apabila beliau dan pasukannya mengenal pasti cannabinoids semulajadi yang dihasilkan sendiri oleh otak, beliau menamakannya “anandamide”. Dalam Bahasa Sanskrit “ananda” bermakna kebahagiaan tertinggi, jadi anda mungkin boleh faham apa yang difikirkan oleh Mecholum tentang ganja secara keseluruhannya.
Perbincangan kami berpanjangan pada petang itu sehinggalah Mecholum, kini berusia 83 tahun mengeluarkan kertas kajian yang ditulis beliau pada tahun 1999, yang menggambarkan tentang “kesan keseluruhan ganja”.
Fikirkan ia seperti ini; Terdapat lebih dari 480 komponen semulajadi ditemui pada pohon ganja dan 66 dari komponen ini telah diklasifikasi sebagai “cannabinoids”. Ia adalah kemikal unik yang hanya ditemui pada pohon ganja termasuklah delta-9-tetrahydrocannabinol and cannabidiols. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi cannabinoids dalam pohon ganja termasuklah,
-- Cannabigerols (CBG);
-- Cannabichromenes (CBC);
-- Cannabidiols (CBD);
-- Tetrahydrocannabinols (THC);
-- Cannabinol (CBN) dan cannabinodiol (CBDL);
-- cannabinoids lainnya seperti cannabicyclol (CBL), cannabielsoin (CBE), cannabitriol (CBT) dan jenis jenis yang lain.
Juzuk lain pohon ganja adalah; kompaun nitrogen (27 diketahui), amino acid (18), proteins (3), glycoproteins (6), enzymes (2), gula dan komponen berkenaannya (34), hydrocarbon (50), alcohol mudah (7), aldehydes (13), ketones (13),asid mudah (21), fatty acid (22), simple esters (12), lactones (1), steroids (11), terpenes (120), non-cannabinoid phenols (25), flavonoids (21), vitamins (1), pigments (2) dan elemen lainnya (9).
Apa yang paling penting, Mecholum, bersama sama saintis lainnya percaya kesemua komponen di dalam pohon ganja adalah lebih berkesan daripada mana mana sebatian tunggal sahaja.
Walaupun sains masih belum mampu menjelaskan bagaimana keseluruhan komponen lebih berkesan berbanding komponen tunggal, bukti bahawa perkara ini adalah benar semakin menimbun. Dan inilah yang dikatan “kesan keseluruhan”.
Sebagai contoh Marinol, iaitu sintesis asli THC. Semasa mereka mula mengedarkan Marinol pada pertengahan 80 an, saintis berpendapat Marinol adalah sebaik ganja asli sehinggalah akhirnya mereka mendapati pesakit lebih suka menggunakan ganja asli dari mengambil Marinol.
Pengkaji akhirnya menyedari bahawa komponen lain pohon ganja, seperti CBD, juga mungkin mempunyai peranan lebih besar dari yang mereka sedari dulunya.
Untuk lebih memafahi sis ‘kesan keseluruhan” ini, Dr Sanjay Gupta telah melawat makmal rahsia GW Pharmaceutical, di luar bandar London. Dalam menghasilkan Sativex, sejenis ubat dari ganja untuk merawat pesakit Multiple Sclerosis, pengerusi syarikat, Dr. Geoffrey Guy, mengakui syarikatnya menghadapi masalh yang sama dihadapi oleh Marinol.
Lebih sedekad kajian mendapati, ekstark keseluruhan pohon ganja yang mengandungi jumlah sama CBD dan THC bersama sama komponen lainnya adalah lebih berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan kekejangan berbanding ekstrak dari kompaun tunggal.
Ini mungkin bermakana pelbagai kompaun individual memainkan peranan atau ia mungkin bermakna cara kemikal kemikal ini berinteraksi dengan badan atau mungkin kedua duanya sekali, kata Guy.
Mungkin semua ini nampak lebih ketara sekarang. Sebagai contoh, pengambilan buah buahan setiap hari memberi lebih banyak nutrien kepada tubuh dari mengambil pil vitamin yang hanya menumpukan pada sejenis nutrien atau mineral. Sains membuktikan perkara yang sama ke atas pohon ganja.
Selari perkembangan kita dalam mencipta ubat seperti Charlotte Web untuk pesakit yang bakal mendapat manfaat dari ganja, “kesan keseluruhan” ini harus selalu kita ingat.
Tidak seperti ubat ubatan lain yang boleh bekerja dengan baik sebagai sebatian tunggal, disentesis di dalam makmal, ganja, amat bermanfaat dan memberi faedah sekiranya digunakan secara keseluruhannya, seperti yang dicadangkan oleh Mecholum lebih dari sedekad yang lalu.

Rujukan kami -->>http://edition.cnn.com/2014/03/11/health/gupta-marijuana-entourage/

Friday 21 April 2017

KANABIS DAPAT MEMBANTU PESAKIT DARAH TINGGI

Terdapat pelbagai bukti bahawa ganja menyembuhkan penyakit darah tinggi atau disebut juga hipertensi. Tekanan darah tinggi bukanlah penyakit asing bagi sebahagian besar dari kita. Malah mungkin ada antara ahli keluarga kita yang menghidapnya. Penyakit ini tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya tidak dikawal, ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya yang lain seperti serangan strok serta penyakit kardiovaskular.

Penjelasan Penyakit Darah Tinggi

Anda mungkin pernah melakukan pemeriksaan tekanan darah tetapi tidak pasti maksud bacaannya. Tekanan darah adalah jumlah daya yang dikenakan terhadap dinding arteri darah yang mengalir melaluinya. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi ia bermaksud bahawa dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan berulang kali (seseorang yang disahkan mengidap tekanan darah tinggi mempunyai tekanan yang tinggi secara kronik). Dalam terma perubatan, kronik membawa maksud untuk jangka masa yang panjang (melebihi tempoh 3 ke 6 bulan).

Statistik Penghidap

Lebih kurang 17.2 juta manusia seluruh dunia meninggal akibat dari penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan penyakit kardiovaskular sebagai pembunuh utama di dunia. Di Malaysia, sejak 10 tahun kebelakangan ini, terdapat kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi. 43 peratus rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menderita penyakit ini, iaitu peningkatan sebanyak 33 peratus semenjak tahun 1996.

Endocannabinoid Dan Jantung Anda

Sistem endocannabinoid adalah sekumpulan bahan kimia dan reseptor yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan untuk mengawal banyak fungsi penting tubuh. Kajian mendapati, antara fungsi penting ini termasuklah pengaturan sistem kardiovaskular. Pengkaji mendapati sebahagian dari endocannabinoid ini membantu jantung dengan menstabilkan tekanan darah dan melegakan hipertensi. Memandangkan sistem endocannabinoid ini adalah satu-satunya sistem yang memberikan kesan yang sama sepertimana kesan ganja terhadap otak, maka ianya masuk akal bila dikatakan tumbuhan ganja membantu memodulasi organ jantung.

Ganja Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Satu kajian telah dijalankan ke atas tikus yang menghidap darah tinggi. Pengkaji menyuntik tikus dengan THC (salah satu sebatian di dalam pohon ganja) dan mula merekod tekanan darah tikus ini. Apa yang ditemui pengkaji amat memberangsangkan. Sebaik disuntik dengan THC, tekanan darah tikus-tikus hipertensi ini jatuh dengan ketara. Setelah beberapa hari disuntik dengan THC, tikus-tikus ini masih merekodkan tekanan darah yang rendah berbanding tikus yang tidak disuntik dengan THC.

Satu lagi kajian yang seakan sama dijalankan dengan menjadikan kucing sebagai subjek. Walaupun kucing-kucing ini tidak menghidap penyakit tekanan darah tinggi, namun tekanan darah kucing kucing ini turut menurun. Ini adalah bukti bahawa THC merendahkan tekanan darah walaupun pada bukan penghidap darah tinggi.

Sementara itu, satu lagi kajian menumpukan pada keupayaan tubuh sebelum dan selepas menghisap ganja. Pengkaji mendapati terdapat penurunan tekanan darah sistolik dan diastolik selepas menghisap ganja adalah lebih besar dari mereka yang diberi rokok ganja plasebo. Walaubagaimanapun, ganja yang digunakan untuk kajian ini hanya mempunyai 3 peratus kandungan THC sedangkan kebanyakan ganja yang berlegar di pasaran mempunyai kandungan sehingga 20 peratus. Memandangkan pengkaji ini hanya menggunakan ganja dgn kepekatan 3 peratus tidak mustahil ganja komersial mampu meningkatkan keupayaan tubuh dalam merendahkan tekanan darah. Pada tahun 2012, sekumpulan pengkaji yang mengkaji simptom pemberhentian pengambilan (withdrawal) ganja ke atas pengguna tegar mendapati tekanan darah subjek meningkat selepas berhenti menggunakan ganja. Apa yang lebih ketara adalah tekanan darah pesakit kembali normal selepas dibenarkan menggunakan ganja semula.

Kesimpulan

Bukti-bukti yang diperolehi dari kajian-kajian ini mendapati ganja amat sinonim dalam merendahkan tekanan darah sekaligus mengelakkan penyakit lain yang lebih berbahaya seperti strok dan penyakit kardiovaskular lain. Dengan sebegini banyak hasil kajian, adalah amat tidak adil jika kita tidak mengkaji penggunaan ganja dalam konteks perubatan.

Link
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3045206/ https://www.greenrushdaily.com/2016/04/28/growing-stronger-weed/ http://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1038/jcbfm.1992.106 http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.2042-7158.1974.tb09252.x/abstract http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1476-5381.1973.tb08236.x/pdf https://www.greenrushdaily.com/2016/07/15/cannabinoids/ http://circ.ahajournals.org/content/110/14/1996.full https://www.greenrushdaily.com/2016/07/20/what-is-the-endocannabinoid-system/ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0321&sec=Kesihatan&pg=kn_06.html

Thursday 20 April 2017

5 Termasuk Seorang Wartawan Ditahan Hasil Biskut Ganja


Kuala Lumpur, 20 April. – Lima lelaki termasuk seorang wartawan dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi hari ini tewas di tangan Polis Daerah Ampang Jaya.
Serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis di Bukit Antarabangsa membawa kepada rampasan 4 ketulan mampat disyaki ganja seberat 733gram setiap satu, sebuah bekas berisi serbuk kheif dan beberapa kepingan biskut ganja dipercayai buatan sendiri.
Kejadian malang ini yang berlaku kira kira pukul 9 malam, 18 April membawa kepada penahanan lima orang suspek yang masih belia berusia di antara 24 hingga 27 tahun.

Kesemua mereka kini di tahan reman sehingga 25 Mei ini bagi membantu siasatan.

Sumber --->> http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-5-ditahan-hasil-biskut-ganja-1.471829


Kisah Pengguna Medikal Marijuana Di Malaysia



Kisah ini mungkin hanya boleh terjadi di negara seperti Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya cuma polisi yang di amalkan mereka yang saya benci.Saya rasa saya seorang rakyat yang baik. Saya mempunyai pekerjaan yang bagus, membayar cukai setiap tahun dan saya mempunyai sebuah keluarga Anak sulung saya berusia 21 tahun kini dipenjara di Penjara Sungai Buloh kerana pemilikan sebahagian kecil ganja dan anak bongsu saya separuh buta dan bertaraf OKU, sakit semenjak lahir. Saya menghabiskan 3 bulan pertama hidupnya menjaganya di hospital. Keadaannya begitu teruk sehingga pakar mengatakan dia mungkin buta, pekak dan bakal lumpuh selamanya. Selama bertahun, perlahan lahan dia mula sembuh. Dia tidak lagi pekak atau lumpuh walaupun tak mampu untuk melihat dengan jelas. Tak apalah, yang penting dia hidup dan sihat bersama saya, saya sudah cukup bersyukur.
Saya penghidap hypokalimia. Ia bermakna saya mempunyai paras potasium yang rendah dalam darah. Potasium adalah sejenis kompaun yang amat diperlukan bagi memastikan saraf dan otot berfungsi dengan sempurna terutamanya otot jantung.
Paras potasium bagi manusia normal adalah lebih kurang 3.6 ke 5.2 millimoles per liter (mmol/L). Paras potasium yang terlalu rendah (kurang dari 2.5 mmol/L) boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera. Saya menghidap penyakit ini sejak saya berusia 21 tahun.
Saya tak tahu pun penyakit seperti ini wujud sehinggalah apabila saya bangun suatu pagi, saya dalam keadaan lumpuh. Saya tak mampu untuk menggerakkan jaripun. Keluarga segera menghantar saya ke HUKM dan disinilah saya di diagnos dengan penyakit ini.
Tiada penawar untuk penyakit ini. Doktor saya selalu mengatakan pada saya, terimalah hakikat yang saya akan membawa penyakit ini ke kubur. Tapi saya cuma seorang gadis yang masih terlalu muda pada saat itu. Seorang gadis yang sukakan aktiviti luar. Saya suka berenang. Saya suka menghabiskan masa dengan rakan rakan berjalan dari satu kompleks perniagaan ke kompleks perniagaan yang lain berjam jam melepak di kedai kopi. Saya suka menari. Penyakit ini menjadikan saya tidak mampu untuk melakukan semua aktiviti yang saya suka. Terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan saya lumpuh. Beberapa tahun selepas itu keadaan saya semakin teruk. Saya kemudiannya di diagnos menghidap kencing manis yang serius. Bacaan gula saya pernah naik lebih dari 18 dan saya mula mengambil insulin untuk penyakit ini. 2 kali sehari, 38 unit setiap kali.
Tidak lama selepas itu pakar memberitahu buah pinggang saya telah rosak. Menurutnya sekiranya saya kehilangan 3% fungsi buah pinggang, saya akan terpaksa melalui dialisis setiap hari. Saya di dalam kesakitan setiap hari. Saya hampir hampir kehilangan keupayaan untuk berjalan dan bergantung dengan pil tahan sakit dan satu satunya pil tahan sakit yang mampu di terima buah pinggang saya adalah dehydrocodone. Saya mengambil 10 ke 12 pil sehari dan pil ini mempunyai kesan yang amat buruk pada saya. Saya kehilangan deria rasa. Semua yang dimakan rasa seperti kertas. Saya selalu dalam keadaan khayal kesan dari pil tahan sakit. Saya tak dapat fokus pada satu satu perkara dan mudah marah. Pil ini tak berkesan untuk menghilangkan kesakitan saya selain hanya menjadikan saya separuh gila . Saya rasa badan saya berat dan sukar digerakkan kesan dari ubat ini. Saya pada waktu itu berusia 28 tahun , mempunyai masalah kegemukan. Saya mudah marah, insomnia adalah perkara biasa bagi saya dan saya telah kehilangan semua harapan untuk hidup.
Setiap malam saya berdoa untuk mati. “Saya sudah tak tahan lagi dengan penyakit ini”.
Suami saya adalah orang pertama yang mencadangkan saya menggunakan ganja. Kali pertama saya menghisapnya, semua masalah saya terasa hilang. Semuanya kelihatan amat tenang dan buat pertama kali saya makan 2 pinggan nasi! Selepas makan saya tidur. Saya tidur untuk 12 jam yang berikutnya dan bangun berasa amat segar. Saya tak pernah menoleh ke belakang selepas itu. Saya berhenti mengambil semua pil tahan sakit dan insulin dan menggantikannya dengan ganja! Perlahan lahan saya mula berjalan dan kemudia berlari. Berat saya 56 kg sekarang iaitu berat ideal saya dan sentiasa positif. Tiada lagi saya yang mudah marah.
Tapi, saya hidup di Malaysia. Kerajaan saya ada cara lain untuk mengawal mereka yang memerlukan medikal kanabis seperti saya. Malah, kami berhadapan dengan hukuman yang amat berat sekiranya tertangkap.
Suami saya sekarang adalah suami kedua saya. Usia perkahwinan kami akan menginjak 10 tahun tak lama lagi tapi kami gagal mempunyai anak disebabkan keadaan saya yang sakit dan bergantung pada insulin ketika itu. Sehinggalah suatu pagi 3 tahun dulu, saya dapati diri saya mengandung. Saya pergi ke HUKM untuk mengesahkan kandungan saya. Doktor doktor pakar saya terkejut saya mengandung. Saya dimasukkan ke wad. Melihat pada fail perubatan saya, mereka bercakap sesama sendiri ia mustahil untuk saya mengandung. Ketika itulah hospital mengetahui saya sudah tidak lagi mengambil ubat ubatan yang mereka berikan dan saya telah menggantikannya dengan ganja. Pakar perubatan saya hampir tak percaya ganja membantu saya menjadi lebih sihat. Menurutnya, apa yang saya lakukan ternyata berkesan untuk saya tapi dia takkan mengakuinya di dalam fail perubatan saya cuma mengatakan saya menggunakan ganja untuk membantu mengawal kesakitan. Kandungan saya berterusan sehinggalah bulan ke 6.
Suatu malam saya mengalami pendarahan. Suami berkejar membawa saya ke HUKM malangnya, jururawat yang bertugas pada malam itu enggan merawat saya apabila melihat di dalam fail saya yang mengatakan saya adalah pengguna medikal kanabis. Saya di dalam kesakitan tapi jururawat itu masih enggan merawat saya dengan kata kata seperti “Kami tak rawat penagih kat sini. Awak menipu, saya tak nampak pun kandungan awak”. Itu antara kata katanya yang masih saya ingat. Dia mengatakan saya menipu dan dia tak nampak pun kandungan saya sewaktu dia melakukan ujian ‘scan’. Suami saya merayu jururawat itu supaya memanggilkan doktor pakar saya tapi dia enggan. Akhirnya suami membawa saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam itu. Malangnya ia sudah terlambat. Kami kehilangan bayi kami yang pertama selepas 7 tahun berkahwin malam itu.
Setahun selepas itu kehidupan kami mula bergelora. Apabila ramai yang mengetahui saya menggunakan ganja walaupun jelas ia untuk kegunaan medikal, saya dan keluarga menjadi target mudah. Di negara ini, sekiranya ujian air kencing anda mengandungi THC anda boleh dipenjara sehingga 2 tahun dan didenda sehingga RM 5 ribu. Ada yang kata, kencing kami perniagaan untuk mereka. Entahlah, anda setuju?
Suami saya seorang pengurus di Western Union Kuala Lumpur pada ketika itu. Dia baru mula bekerja dan kami menyewa di sebuah hotel berdekatan tempat kerjanya ketika itu sementara mencari rumah sewa yang sesuai di Kuala Lumpur. Suatu malam bilik hotel kami di serbu dan suami saya ditangkap dan didakwa di bawah seksyen 39A(1) ADB yang membawa hukuman 3 sebatan sekiranya di dapati bersalah. Mungkin anda pernah melihat di dalam filem di mana hamba abdi di ikat dan di rotan. Tapi itu di dalam filem. Kita sekarang di tahun 2016. Bayangkan. Bagaimana perasaan anda bila mengetahui orang yang anda sayang akan di ikat dan dirotan dengan kejam hanya kerana ganja.
Perbicaraan berlangsung sehingga setahun setengah. Suami saya akhirnya didapati tak bersalah bagi pemilikan tetapi didapati bersalah memasukkan THC ke dalam air kencingnya. Ini bermakan 2 tahun pengawasan di bawah AADK dan polis. Suami saya tak lagi dibenarkan meninggalkan Kuala Lumpur tanpa kebenaran kedua badan ini. Dia melalui ujian air kencing setiap bulan di AADK dan sekiranya air kencingnya positif THC dia berkemungkinan di penjara sehingga 3 tahun.
Ketidakadilan ini harus dihentikan. Ini adalah suatu bentuk penganiayaan kemanusiaan jadi saya tak berhenti melawan ketidakadilan ini. Akhirnya kami berjaya mendapat perhatian rakyat Malaysia. Medikal marijuana tiba tiba menjadi viral di sini. Pengetahuan tentang medikal marijuana mula berkembang di sini walaupun mengahadapi halangan bahasa.
Saya memulakan MalaysiaMedikalMarijuana di facebook. Niat saya hanya untuk memberitahu orang ramai tentang medikal kanabis. Saya cuba mengalih bahasa kajian kajian dari luar negara ke dalam bahasa Malaysia dan berkongsi maklumat perubatan dan kajian di page ini. Saya mahu orang ramai tahu bahawa terdapat penawar untuk kesakitan dan penderitaan mereka. Malah kita sebenarnya telah ada penawar untuk kanser. Sejak sekian lama hospital di Malaysia hanya mempunyai 2 pendekatan rawatan untuk penghidap kanser; kemoterapi atau paliatif. Dalam erti kata lainnya, bersedia untuk di racun atau balik ke rumah dan bersedia untuk mati! Tapi sekarang, kita telah ada penawar untuk kanser tapi kerajaan ini menghalang penggunaannya. Perasaannya pada saya seperti ia menghalang saya untuk terus hidup dan berkeadaan sihat.
Page MalaysiaMedikalMarijuana ini malah mendapat perhatian dari ahli parlimen di sini. Mereka membuat laporan polis kepada kami. Mereka mengatakan kami menghasut anak anak muda untuk menghisap ganja. Saya menafikan sekeras kerasnya pernyataah ini. Manusia berhak untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu tidak harus disekat. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penafian mereka tambahan pula apabila saya sihat kerana menggunakan ganja.

Akhirnya kami sekeluarga berjaya mendapat sebuah apartment di tengah Kuala Lumpur. Suami saya tidak lagi bekerja dengan Western Union. Dia sekarang menguruskan 2 buag kantin. Pada masa ini saya menggunakan ganja setiap hari. Saya membelinya dari pasaran gelap atau lebih dikenali dengan perkataan ‘tokan’. Membeli dari ‘tokan’, saya amat sedar dengan bahaya yang mendepani saya. Sekiranya saya tertangkap, saya mungkin tidak akan pulang ke rumah untuk masa yang lama. Tapi apa pilihan yang saya ada? Ganja memastikan saya terus sihat, kualiti hidup saya bertambah baik, ganja adalah ubat tahan sakit saya dan ubat untuk menurunkan paras gula dalam darah saya. 12 biji dehydrocodone, 4 biji Slow-K, 2 biji Aldecton dan 76 unit insulin kesemuanya digantikan dengan ganja. Selera makan saya bertambah baik begitu juga hubungan suami isteri. Kami adalah sebuah keluarga bahagia. Anak sulung saya baru habis sekolah menengah dan kini membantu suami di kantinnya.
Suatu petang kira kira pukul 4 petang rumah kami di serbu sekumpulan polis. Mereka berlapan. Saya masih ingat ia adalah cuti sekolah. Saya dan suami sedang bersiap untuk berjumpa kawan. Anak sulung saya sedang tidur di dalam biliknya sementara suami dan anak bongsu saya menonton TV sementara menunggu saya bersiap. Mereka masuk ke rumah kami yang tidak berkunci tanpa mengenalkan diri. Mereka menjawab soalan soalan suami saya dengan penumbuk ke muka dan perutnya. Mereka mengejutkan anak sulong saya dan kesemua kami di gari dan di bawa ke IPD Cheras. Malunya hanya tuhan yang tahu. Rumah kami di tingkat 15 dan semua jiran jiran keluar untuk mengetahui apa yang terjadi seperti kami sekeluarga penjenayah besar.
Di IPD Cheras mereka mengambil sampel air kencing kami. Suami saya sekali lagi dipukul bila dia cuba melihat strip ujian air kencingnya. Dia amat pasti kencingnya negatif tapi polis polis ini memukulnya berkali dan menafikan haknya. Pegawai penyiasat tiba tak lama selepas itu dan dia agak terkejut melihat satu keluarga dengan seorang anak yang separuh buta berada di dalam lokap. Dia bertanya apa yang terjadi dan kenapa saya menggunakan kanabis. Apabila mengetahui penyakit saya, dia berjanji untuk cuba membantu kami sekeluarga. 3 dari kami, saya, suami dan anak sulong di dapati positif THC.  Polis mengatakan mereka menjumpai kanabis di dalam bilik anak sulong saya dan mendakwa anak sulong dan suami saya di bawah seksyen 39A(1) juga di bawah seksyen 6 untuk urin. Saya juga boleh di dakwa di bawah seksyen 6 sementara anak bongsu saya tidak mempunyai kesan THC di dalam urinnya. Walaupun begitu anak bongsu saya terpaksa di tahan reman selama 3 hari bersama sama kami di IPD Dang Wangi.
Keluarga saya termasuk anak bongsu saya yang separuh buta di tahan di IPD Dang Wangi. Anak bongsu saya tidak menghisap rokok pun dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis penjenayah di dalam reman. Mereka meletakkan saya ke dalam lokap wanita. Lokap itu lebih kurang sebesar gelanggang tenis. Terdapat kira kira 50 wanita di dalamnya dengan pelbagai warganegara yang dituduh melakukan ‘jenayah’. Kebanyakkannya adalah pendatang dari Indonesia yang menunggu masa untuk dihantar ke depoh tahanan imigresen. Terdapat sekumpulan wanita
dari Nepal yang bekerja sebagai penari. Mereka amat cantik pada pendapat saya dan bekerja di sebuah kelab di Bukit Bintang sebelum di tangkap. Bersebelahan kumpulan dari Nepal tadi, ada sekumpulan wanita dari China yang bekerja sebagai GRO. Terdapat sekumpulan wanita kulit hitam yang ditangkap semata mata kerana gagal menunjukkan visa. Mereka menunggu saudara mara untuk datang membawa visa ke balai sebelum boleh dilepaskan. Terdapat juga beberapa wanita tempatan yang kebanyakkannya penagih dadah jenis methampethamine juga heroine.
Boleh dikatakan kebanyakkan wanita di dalam lokap ini pengguna tegar methampethamine atau ‘ice’ juga di gelar ‘sejuk’ dan pengguna heroine tegar yang digelar ‘panas’. Anda tentu tak percaya dadah jenis panas dan sejuk ini dengan mudah boleh didapati didalam lokap ini. Terdapat beberapa tahanan lelaki ditugaskan untuk menjadi ‘runner’. ‘Runner’ ini akan berdiri di depan pintu lokap sambil menunggu pesanan. Harga bermula dari RM50 untuk dadah ‘sejuk’ atau RM100 untuk dadah ‘panas’. Oh, ye, mereka beri pemetik api percuma bila anda membeli. Selain dari dadah, anda juga boleh meminta ‘runner’ membelikan anda rokok atau mencari telepon bimbit untuk anda menghubungi keluarga. Seperti biasa, harga bermula dari RM50.
Suatu hari seorang anggota polis berdiri di depan pintu lokap saya menunggu seorang tahanan yang menggunakan telepon bimbitnya untuk menghubungi seseorang. Saya bertanya apa logiknya menjual dadah dadah ini di dalam lokap. Menurutnya mereka terpaksa. Penagih penagih ini menurutnya sekiranya tidak mendapat bekalan dadah mereka akan menjadi ‘gian’. Kesan gian ini amat buruk, menurutnya. Tahanan tahanan ini akan mula menjerit, meraung malah berkemungkinan mencederakan diri mereka sendiri. Saya faham maksudnya tapi yang saya gagal faham adalah mengapa saya di situ. Di dalam lokap yang penuh penagih itu sedangkan saya bukan penagih? Selama 3 hari di dalam lokap saya tidak mengalami apa apa kesan ‘gian’. Saya tidak menggigil gigil kegianan atau menjerit jerit meminta ganja. Saya hanya duduk di satu sudut memerhatikan mereka menghisap dadah.  Yang kurang bernasib baik, tertangkap tanpa duit tapi penagih menjerit dan meraung. Tiada katil di dalam lokap itu. Kami semua tidur beralaskan lantai yang keras. Makanan yang diberikan di dalam lokap itu amat memualkan. Nasi kepal dengan ikan sardin busuk goreng adalah makanan ruji. Saya hampir hampir muntah sebaik makan ikan itu. Selama 3 hari saya tidak makan atau tidur dan pada hari ke 3 pegawai penyiasat saya melepaskan saya dibawah jaminan polis, katanya, dia mungkin mendakwa saya pada bila bila masa.
Pada hari ketiga, saya dan anak bongsu saya dilepaskan sementara suami dan anak sulong saya dihantar ke Penjara Kajang sementara menanti sebutan di bawah seksyen 39A(1) dan Seksyen 6. Jaminan bagi akta 39A(1) di tetapkan rm 4 ribu dengan seorang penjamin manakal bagi Seksyen 6 jaminan di tetapkan RM 3 ribu setiap seorang dengan seorang penjamin.
Suami saya dibebaskan kerana urinnya negatif sementara anak sulong saya di hantar ke Penjara Kajang dan dihukum penjara 6 bulan.
Buat masa ini cerita saya berakhir di sini. Semasa cerita ini ditulis, anak sulong saya telahpun melengkapkan hukuman 6 bulan penjaranya dan kini kembali pada kami. Suami saya masih belum mahu berhenti untuk menjaga dan melindungi saya dari undang undang keras negara ini. Dan saya masih bergantung pada ganja untuk kelangsungan hidup.
Tekanan ini menyebabkan stress tapi saya masih belum mahu berhenti menyebarkan kebenaran sebenar pokok ganja. Ramai rakan rakan saya yang sama sama memperjuangkan kebenaran ini telah ditangkap dan sebahagiannya menghadapi pertuduhan di bawah akta 39B yang membawa hukuman gantung. Mereka adalah wira dan wirawati saya yang tidak berhenti memperjuangkan nyawa pesakit pesakit medikal kanabis, memperjuangkan kebebasan kami sementara mereka di tawan..

Kisah ini turut di siarkan oleh Cannabis Culture.. -->>> http://www.cannabisculture.com/content/2016/05/23/struggle-medical-cannabis-patients-malaysia-part-one

Wednesday 19 April 2017

GANJA LEBIH SELAMAT DARI ROKOK MENURUT SAINTIS???!!!



ADAKAH GANJA LEBIH MERBAHAYA DARI ROKOK?

Menurut saintis ia adalah sebaliknya.. Rokok dikatakan penyebab kepada pelbagai penyakit respiratori sementara ganja di khabarkan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik termasuk respiratori..

Oleh kerana ganja dan tembakau biasanya dinikmati dengan cara yang sama, ramai beranggapan ganja menyebabkan kanser dan penyakit penyakit yang sama dengan penghisap rokok.
Bila kita halusi, kita dapat melihat perbezaan nyata antara perokok ganja dengan perokok tembakau..

1 # Kajian dari Universiti of Alabama,Birmingham mendapati

merokok amat merbahaya kepada paru paru tetapi menghisap marijuana sekali sekala dapat membantu memperbaiki fungsi paru paru dan mengembangkan saluran pernafasan.

2 # Menurut buku penulisan Leslie L Iverson,professor 

di Universiti of Cambridge, perokok menghadapi tahap ketagihan paling tinggi, 30% dari mereka yang mencuba merokok meneruskan tabiat mereka tetapi cuma 9% pengguna marijuana yang akan merasa ketagih.

3 # Berhenti merokok adalah lebih payah dari berhenti 

menghisap ganja.Perokok amat sukar menghentikan tabiat mereka walaupun mereka tahu merokok itu merbahaya dan boleh membunuh.Kebanyakan pengguna rekreasi marijuana pula menggunakan marijuana untuk melepaskan stress atau bersosial dengan kawan kawan,bila marijuana tiada,mereka biasanya boleh berhenti serta merta tanpa kesan sampingan. Sekiranya ada pun kesan sampingan,kesan kesan itu hanyalah seperti susah tidur dan loya.

4 # Merokok menyebabkan kemerosotan fungsi tubuh sementara marijuana pula meningkat dan memperbaiki sistem tubuh. Rokok terbukti sebagai penyebab kepada serangan jantung, kanser dan penyakit paru paru sedangkan marijuana pula terbukti menyembuhkan kanser,tumor malah memperbaiki sistem badan.


5 # Perokok bukan saja menyebabkan diri sendiri mendapat

risiko kanser malah orang orang di sekelilingnya. Asap marijuana pula adalah lebih kurang merbahaya.

Sila ambil perhatian,menurut undang undang Malaysia, merokok adalah dibenarkan tetapi marijuana boleh menyebabkan anda berdepan hukuman berat. Jadi sila gunakan budi bicara anda sebelum ingin mencubanya.


Baca lagi -->>https://www.psychologytoday.com/blog/the-teenage-mind/201012/is-marijuana-addictive

Sunday 16 April 2017

Global Marijuana March(GMM) Mereka ini di antara pencetusnya di Malaysia


Global Marijuana March 2012
Global Marijuana March (GMM) disambut seluruh dunia pada hari Sabtu minggu pertama bulan May. Di Malaysia, sambutan pertama kali diadakan pada 2012 disekitar Dataran Merdeka dan KLCC.
Sambutan GMM diadakan bertujuan menyampaikan mesej edukasi kepada masyarakat umum secara langsung dan bersesuaian dengan tatasusila adat tempatan, berbanding sambutan luar negara yang dipenuhi kepulan asap THC.
Baca lebih lanjut..

45 FAKTA MENARIK TENTANG GANJA.. OWH,GANJA MULA DIDOKUMENKAN SEBAGAI UBAT OLEH RAJA CHINA SHEN NUNG 2000 B.C!! SEHINGGA KINI 158.8 BILLION PENDUDUK DUNIA MENGGUNAKAN GANJA!!

1.       9% dari pengguna ganja akan mengalami ketagihan;berbanding 15% ketagihan pada pengguna kokain dan 24% ketagihan pada pengguna heroin.

2.       Lebih ramai remaja menggunakan ganja di negeri dimana ganja diharamkan berbanding dengan negeri yang melegalkan penggunaan ganja.

3.       Perkataan ‘canvas’dikatakan berasal dari perkataan ‘cannabis’. Menurut sejarah,kanvas suatu masa dahulu diperbuat dari serat ganja.

4.       Dikatakan di US sahaja setiap tahun lebih kurang 750 ribu tangkapan berkaitan ganja tetapi tidak semua tangkapan berakhir dengan hukuman penjara. Cuma 1% dari mereka yang ditangkap di penjara dan kebanyakannya kerana kesalahan pemilikan secara haram.

5.       Pengguna tegar ganja berkemungkinan mendapat penyakit yg sama seperti perokok;antaranya batuk dan masalah pernafasan lainnya.

6.       Bob Marley dikuburkan bersama sama gitarnya,sebuah bible dan sejambak bunga ganja.

7.       Saintis mendapati sebatian kemikal dalam ganja mampu menghentikan beberapa jenis kanser yang agresif dari membiak.

8.       Thomas Jefferson dan George Washington menanam hemp di lading mereka atas arahan colonial British.

9.       DMHP adalah sejenis ganja yang disentesis. Dibuat oleh US Military, kesan ganja sintesis ini tahan berhari hari.

10.   Sewaktu berada di kolej, Barrack Obama adalah ahli kepada kumpulan ‘Choom Gang’. Mereka adalah sekumpulan remaja yangg gemar menghabiskan masa bermain bola keranjang sambil menghisap ganja.

11.   Semenjak tahun 2015,industri ganja adalah salah satu industri yang berkembang pesat di US. Sekiranya keseluruhan 50 negeri menghalalkan penggunaan ganja, industri ganja akan menjadi lebih besar dari industri penghasilan makanan organic.

12.   ‘Bhang” adalah sejenis susu kocak yg berasal dari India dan bahan utamanya adalah ganja.

13.   Barang pertama yang dijual di internet adalah ganja iaitu lebih 40 tahun yang lalu. Seorang pelajar dari Stanford menggunakan Arapnet(internet paling awal)untuk membeli ganja dari rakan subahatnya di MIT.

14.   Ganja digunakan dengan meluas di US. Lebih kurang 100 juta rakyat US pernah mencuba ganja sekurang kurangnya sekali dan lebih kurang 25 juta rakyat US menghisap ganja pada tahun lepas.

15.   Menurut U.N,lebih kurang 158.8 bilion penduduk dunia menggunakan ganja dan itu lebih kurang 3.8% dari penduduk bumi.

16.   Menurut salah satu survey yang dijalankan, setiap hari lebih kurang 6 ribu rakyat US akan mencuba menggunakan ganja untuk pertama kali.

17.   Perkataan marijuana berasal dari slang Mexican untuk ganja dan dipercayai berasal dari perkataan ‘Mary’ dan ‘Jane’. 2 perkataan ini adalah slang yang selalu digunakan oleh askar2 Mexico pd pelacur.Perkataan Marijuana mula digunakan di US pada tahun 1800.

18.   Lelaki lebih berkemungkinan untuk menggunakan ganja berbanding perempuan.

19.   Penggunaan ganja di US adalah 3 kali lebih tinggi dari purata penggunaan dunia.

20.   Berbagai kajian menunjukkan penggunaan alcohol dan rokok adalah lebih merbahaya dari ganja. Ganja dikatakan paling kurang merbahaya jika dibandingkan dengan kokain dan heroin.

21.   Bahan aktif utama di dalam ganja adalah THC. Bahan ini menghasilkan kesan mind-altering.

22.   Biji ganja digunakan sebagai bahan makanan di china semenjak 6000 B.C.

23.   Penggunaan ganja sebagai perubatan pertama kali direkodkan pada 2737 B.C oleh Raja China Shen Nung. Dokumen di raja itu menyatakan ganja dapat merawat rheumatism dan gout dengan berkesan.

24.   Sepanjang Pergerakan Kesederhanaan pada tahun 1890an, ganja dicadangkan untuk menggantikan penggunaan alkhol. Ini kerana penggunaan ganja tidak membawa kepada keganasan tidak seperti penggunaan alkohol.

25.   Pada October tahun 1937, Samuel Caldwell adalah rakyat US pertama yg didakwa di bawah akta marijuana kerana gagal membayar cukai. Dia didenda sebanyak seribu dollar dan kerja berat selama 4 tahun di penjara Leavenworth.
26.   Paraguay dipercayai negara pengelua rganja terbesar dunia.

27.   Agama Rastafari menganggap ganja sebagai sesuatu yang suci.

28.   Dari tahun 1850an sehingga 1942, ganja disenaraikan sebagai ubat untuk muntah2,rheaumatism dan sakit bersalin. Ganja boleh didapati dengan mudah pada masa ini di mana mana kedai runcit dan farmasi.

29.   Pada tahun 2003, Kanada menjadi negara pertama yang membenarkan penggunaan ganja untuk mengawal kesakitan.

30.   Pada tahun 1996, California menjadi negeri pertama yang membenarkan penggunaan medical ganja dengan perskripsi doktor.

31.   Perbezaan sangat besardi antara Hemp dan Ganja adalah;Hemp tidak menghasilkan bahan psiko aktif seperti ganja iaitu THC.

32.   Tenaga yang diperlukan untuk menanam 2.2 paun ganja secara indoor adalah bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyeberangi US sebanyak 5 kali di dalam sebuah kereta yang bergerak dengan kelajuan 44 batu segalon.

33.   Selepas kematian Tupac Shakur, rakan2 muziknya mencampurkan abu Tupac dengan ganja dan menghisapnya.

34.   Perkataan biasa untuk ganja adalah reefer,pot,herba,marijuana,grass,old man,yau,weed,dam,blanch,sinsemilia,bhang,usin,dagga,smoke,hash,tar dan oil.

35.   Ganja meningkatkan rentak jantung. Ini bermakna penggunaannya agak berisiko kepada mereka dengan penyakit jantung.

36.   Seseorang perlu merokok lebih kurang seribu paun ganja dalam masa 15 minit untuk mengakibatkan kematian mengejut. Dalam erti kata lainnya, mati akibat terlebih penggunaan ganja adalah mustahil.

37.   Para pengkaji mendapati coklat juga menghasilkan reaksi yang sama terhadap otak seperti ganja.

38.   Tali,kain layar dan gala kapal bersejarah Mayflower adalah diperbuat dari serat hemp.

39.   Bendera pertama US diperbuat dari serat Hemp.

40.   Lebih 120 ribu paun serat hemp digunakan untuk pembinaan kapal U.S.S Constitution,kapal perang tertua US Navy.

41.   Semenjak ganja di legalkan di Colorado, kemalangan jalan raya menurun dengan drastic.

42.   Seattle bandarpertama yang menjual ganja di dalam vending mesin. Mesin ini hanya menerima duit kertas dan syiling.

43.   2 lakaran awal deklarasi kemerdekaan US ditulis di atas kertas hemp.

Published on
44.   Pengkaji mengesahkan ganja dapat membantu penyakit fizikal dan juga mental termasuklah PTSD, kesakitan melampau dan depresi.



45.   Penggunaan ganja adalah legal di Alaska semenjak tahun 1975 dan masih legal sehingga ke hari ini.

Rujukan:


Wednesday 5 April 2017

Kajian dari university of boon Germany 2017

Kajian menunjukkan sebatian kompaun di dalam marijuana adalah bersifat antioksidan..


baca lagi -->>http://rstb.royalsocietypublishing.org/content/367/1607/3326.abstract?sid=20cf2c23-e4fd-49e3-9398-ec8be2e00226

#TripleM
#CuresNotWar

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...