Thursday 29 March 2018

8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG ENDOKANNABINOID



GANJA: 8 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG SISTEM ENDOKANNABINOD ;- DAN KENAPA KITA WAJIB HEBAHKAN KE SELURUH DUNIA.


Oleh Mary Biles
Penulis undangan Wake Up World
Terjemahan Ibnu Thohir

Tahukah anda bahawa di dalam badan anda terdapat sistem endo-kannabinod? Setahun yang lepas saya sendiri pun tidak tahu.

Saya bukanlah seorang doktor, tapi saya amat yakin yang saya ini cukup arif tentang sistem biologi yang utama dalam badan manusia. Nampaknya saya salah. Ini kerana melainkan anda seorang saintis penyelidikan atau terlibat dalam bidang ganja medik, maka besar kemungkinan anda tidak pernah terdedah kepada sistem endo-kannabinod. Akan tetapi, ianya telah dinobatkan sebagai “ sistem psikologikal paling penting yang terlibat dalam menjana dan mengekalkan taraf kesihatan manusia.”

KENAPA TAK RAMAI YANG MENGETAHUI TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Jadi, apa yang misteri sangat? Mungkin ada kena mengena dengan cara penemuan sistem endo-kannabinod ( EndoCannabiniod System)( ECS ) itu sendiri. Dalam tahun 1990an dulu, semasa para saintis cuba memahami bagaimana THC, bahan psikoaktif dalam tumbuhan ganja, memainkan peranannya ke atas badan manusia dan apa yang meraka temui adalah suatu jaringan kompleks saraf penerima (CB1) di dalam otak dan sistem saraf tunjang yang berpadanan secara sempurna dengan molekul-molekul THC.

Tidak lama selepasnya, sejenis lagi reseptor penerima (CB2) ditemui didalam sistem imunisasi (ketahanan), pencernaan dan berbagai organ-organ utama tubuh badan. Itu baru sebahagian kecil dari teka-tekinya. Pencarian diteruskan untuk mengesahkan sama ada badan menghasilkan sendiri bahan-bahan kimia seperti yang terdapat di dalam ganja,. Dan dengan mengenal pasti endo-kannabinod pertama, Anandamida, mereka mendapatkan jawapannya.

APAKAH TUGAS SISTEM ENDO-KANNABINOD?


Para saintis mula sedar bahawasanya sistem endo-kannabinod memperkemas kebanyakan fungsi vital psikologi kita, membawa keseimbangan buat segalanya termasuk tidur, selera, sakit, radang, ingatan, mood dan juga sistem pembiakan. Dalam erti kata lain, ianya seperti seorang konduktor sebuah orkestra musik, memastikan tiada bahagian yang menenggelamkan bahagian yang lain, dengan hasil terakhir suatu simfoni harmoni yang sempurna antara badan dan minda.

Bunyi macam kerja penting jer...iya? Memang pun. Itulah sebabnya kenapa ECS mesti menjadi buah mulut perbualan harian sama seperti sistem imunisasi. Maka, sebagai usaha awal, dipersembahkan 8 fakta menakjubkan tentang sistem endo-kannabinod (ECS).

1. BUKAN HANYA MANUSIA MEMPUNYAI SISTEM ECS

Sebagai manusia kita tidak istimewa dalam mempunyai ECS. Bukan setakat ECS dijumpai terdapat di dalam ke semua haiwan vertebrat, malah saintis juga menemui penerima-penerima kannabinod di dalam sotong laut yang bukan dari kumpulan vertebrata, mencadangkan proses evolusi sejauh 600 juta tahun dulu.

2. CB1 MERUPAKAN PENERIMA NEUROTRANSMITTER YANG TERBANYAK DI DALAM OTAK

Kebanyakan kita telah mendengar tentang neurotransmitter – merupakan bahan kimia yang mengkomunikasikan segala maklumat ke seluruh otak dan badan. Serotonin dan dopamin antara contoh yang sangat dikenali, akan tetapi, endo-kannabinod Anandamida, juga sejenis neurotransmitter, mempunyai jumlah terbanyak saraf penerima di dalam otak.

3. ISYARAT TERBALIK ENDO-KANNABINOD

Kebanyakan Neurotransmitter berkomunikasi secara sehala; dari neuron pemberi isyarat (sinaps) kepada neuron sasaran (postsinaptik). Tetapi dalam sistem endo-kannabinod, ia berkonunikasi ke arah bertentangan, yang digelar 'isyarat mengundur”. Ini bermakna jika ada penerima yang terlebih- atau terkurang disimulasi, ia akan memberi isyarat ke belakang melalui sinaps supaya neuron pemberi isyarat tadi mengubah ciri-cirinya, seakan mewujudkan suatu kitaran maklumbalas. Maka kesannya, daripada bertindak sebagai penyebar maklumat seperti mana neurotransmitter lain, ia bertindak seakan suis penyelaras, meningkatkan atau menurunkan aktiviti-aktiviti neuron bagi memastikan badan kembali dalam keadaan homeostasis (stabil, terkawal, tenang).

4. PENINGKATAN AKTIVITI SISTEM ENDO-KANNABINOD TELAH DI KESAN DALAM KEBANYAKKAN PENYAKIT.

Memandangkan modus operandi sistem ECS adalah untuk mengembalikan keseimbangan badan, tidak mengejutkan kalau para saintis mendapati ada peningkatan aktiviti endo-kannabinod di dalam pelbagai jenis penyakit. Segala penyakit dari simpton kemerosotan saraf seperti Alzhemer dan Parkinson, sehingga rheumatoid arthritis dan kanser, telah menunjukkan perubahan kadar endo-kannabinod dan reaksi penerima yang lebih kuat. Kesimpulan yang luas diterima pakai adalah bahawa peningkatan aktiviti ini membuktikan bahawa ECS sedang menjalankan tugasnya mengembalikan semula keseimbangan tubuh badan.

5. KEKURANGAN ENDO-KANNABINOD MUNGKIN PENYEBAB BEBERAPA PENYAKIT.

Apa akan terjadi bila ECS semakin menyusut? Saintis telah memerhatikan dalam beberapa kondisi tertentu berkaitan kepekaan terlampau (oversensitivity) terhadap sakit seperti migrain, fibromyalgia dan IBS, sistem endo-kannabinod badan tersebut didapati telah menjadi lemah. Teori ini dikenali sebagai Kekurangan Endo-Kannabinod Klinikal ( Clinical Endocannabiniod Deficiency)(CECD). Natijah akhirnya disimpulkan bahawa dengan menambah unsur-unsur yang terdapat dalam tumbuhan ganja ke dalam badan, kekurangan ini dapat diatasi dan simptom penyakit dapat dikurangkan.

6. ECS MENERANGKAN SEBAB KENAPA GANJA MEDIK MENGANDUNGI KESAN PENAWAR (TERAPEUTIK).

Sebelum pengharamannya pada abad ke20, ganja telah diguna pakai beribu tahun lamanya bagi merawat segala macam penyakit termasuk epilepsi, sakit kepala, arthritis, kepedihan, depresi dan mual. Semasa itu tiada siapa yang tahu kenapa tumbuhan ganja menunjukkan sifat penawar (terapeutik) yang sangat versatil. Penemuan sistem endo-kannabinod dengan cepat memberi cahaya baru ke atas kegunaan perubatan bagi ganja. Sangat sedih penemuan ini dalam zaman di mana majoriti dari penduduk dunia terhalang dari mendapatkan ganja.

Menurut Dustin Sulak, pakar ganja medik;
“ Kajian telah menunjukkan bahawa dos-dos kecil kannabinod dari ganja dapat mengisyaratkan badan untuk menghasilkan lebih banyak endo-kannabinod dan membina lebih banyak penerima-penerima kannabinod....saya percaya bahawa dos-dos kecil dan berkala ganja dapat bertindak sebagai suatu tonik kepada tunjang sistem penyembuhan psikologik kita.”

7. ANDA TIDAK PERLU MELANGGAR UNDANG-UNDANG UNTUK MENINGKATKAN SISTEM ENDO-KANNABINOD ANDA

Buat masa ini, negara mesra ganja adalah minoriti di bumi ini. Jadi apa yang perlu anda lakukan jika tidak mendapatkan akses kepada ganja secara legal? Anda boleh mencuba CBD, kompaun tanpa psikoaktif dalam ganja, yang mana mengandungi pelbagai manafaat kesihatan seperti mengurangkan radang, menenangkan gejala kebimbangan, malah dapat mengurangkan kekerapan serangan epileptik. CBD biasanya diekstrak dari tumbuhan ganja dengan kandungan THC kurang dari 0.2%, lebih dikenali sebagai hemp industri, membolehkan ia dibeli secara legal di kebanyakan negara seluruh dunia.

Pilihan lain adalah dengan bangkit dari sofa dan mula bergerak. Saintis mendapati senaman aerobik dapat meningkatkan kadar endo-kannabinod yang menyebabkan rasa tenang, Anandamida.

Diet pemakanan juga sasaran berguna. Penambahan Omega3 yang terdapat pada minyak ikan dan biji-bijiran sihat seperti flax atau hemp, dapat membantu menguatkan isyarat-isyarat endo-kannabinod otak. Sayuran berdaun hijau juga dijangka dapat menstimulasi ECS kerena megandungi beta-caryofilin yang mengaktifkan penerima CB2.

8. KEBANYAKAN DOKTOR CETEK ILMU TENTANG SISTEM ENDO-KANNABINOD.

Dengan ECS memainkan peranan penting dalam hidup kita, anda akan terfikir bahawa setiap pegawai yang mempunyai harga diri dari bidang profesi penggubatan akan ada sedikit pengetahuan tentang kewujudan ECS. Tapi dalam bidang perubatan arus perdana, sistem endo-kannabinod kekal sebagai sesuatu yang di remehkan.

Suatu kaji selidik dijalankan pada tahun 2013 mengkaji sama ada ECS menjadi sebahagian dari kurikulum sekolah-sekolah perubatan sekitar A.S. Penulis mendapati “hanya 13% sahaja yang mengajar sistem endo-kannabinod kepada bakal-bakal doktor.”

Banyak yang boleh berubah dalam masa 4 tahun, sementara di beberapa negara Eropah seperti UK dan Sepanyol, ECS  menyelit menjadi silibus dalam beberapa sekolah perubatan, tidak dapat dinafikan bahawa majoriti dari profesional yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan kita masih kekal di dalam kegelapan kerana kekurangan ilmu.

Maka sekarang anda telah mahir tentang endo-kannabinod. Sertai saya dan mula menyebar-luaskan ilmu ini kepada semua yang sudi mendengarkannya. Sudah tiba masanya ECS di beri perhatian selayaknya oleh kedua-dua pihak pembekal penjagaan kesihatan dan juga masyarakat ramai. Kalau anda seperti saya teruja untuk bertindak, kenapa tidak mulakan dengan berbincang bersama doktor anda? Pernahkah mereka mendengar tentang sistem endo-kannabinod? Mana tahu, mungkin anda orang yang paling layak menyampaikan pada mereka.

Tenang dengan ECS

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...