Thursday 29 March 2018

PEMUTIHAN GANJA MENURUNKAN JENAYAH DI URUGUAY



GANJA HALAL MENURUNKAN 20% KADAR JENAYAH DI URUGUAY

Oleh ZenPype
13 Mac 2018
Terjemahan Ibnu Thohir

Sejak sekian lama aktivis-aktivis ganja telah mengaitkan hubungan antara penurunan kadar jenayah dengan legalisasi ganja. Telah bertahun lama, pro-pengharaman menyangkal dakwaan bahawa “dengan meningkatkan akses kepada intoksikan (yang memabukkan), tidak akan mengurangkan jenayah”. Bagaimanapun, hari ini terdapat bukti nyata contoh kesan legalisasi ke atas jenayah.

Uruguay sekarang telah lebih dari setahun menghalalkan penggunaan ganja. Bukan sahaja mereka menghalalkan penanaman secara peribadi, malah mereka telah mewujudkan industri berasas ganja dalam negara mereka. Apakah hasilnya?

Sebanyak mana penurunan jenayah berkait dadah selama legalisasi pada tahun 2017? SEBANYAK 20%. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Uruguay hanyalah suatu kes terpencil, barang di ingat terdapat satu lagi contoh dunia nyata yang menunjukkan penurunan pada kadar jenayah, iaitu Portugal.

Pastinya, Portugal dan Uruguay mengambil cara yang berbeza dalam menangani masalah yang sama. Di Uruguay, mereka menghalalkan ganja dan menerapkan program nasional untuk mengambil alih sektor pembekalan, pengeluaran, dan pengagihan tumbuhan tersebut. Di Portugal pula, mereka hanya memutuskan untuk tidak lagi menggangap kes-kes berhubung dadah, termasuk heroin, sebagai suatu jenayah. Walau pun tidak dihalalkan sepenuhnya, namun tiada hukuman jenayah berhubung penggunaannya.

Portugal mengalami penurunan sebanyak 80% jenayah secara amnya sepanjang 10 tahun ini. Tambahan pula, median umur purata penagih dadah meningkat kepada 34 tahun. Ini bermakna polisi tersebut berjaya menjauhkan anak muda dari mengambil bahagian dalam budaya dadah, tetapi ia juga tidak menghalang mereka dari berbuat begitu.

Terdapat klinik metadon di Portugal yang membekalkan metadon kepada penagih dadah. Tindakan ini sahaja telah banyak berjasa dalam menurunkan kadar jenayah kerana kebanyakan “jenayah berhubung dadah” dilakukan oleh penagih yang mencari modal membeli dadah.

Dengan memberi meraka dadah secara percuma telah menghilangkan keperluan untuk mencuri, meragut atau merompak. Penagih pun tahu bahawa mereka boleh mendapatkan bekalan secara percuma dari agensi diiktiraf kerajaan dengan jarum yang bersih dan pengawasan pengamal perubatan.

Tiada sebab mereka harus ke penjara apabila mereka boleh mendapatkan bekalan secara percuma. Maka di Portugal, penagih tidak melakukan jenayah. Uruguay pula hanya memberi fokus kepada ganja, dan mengambil keputusan untuk keluar dari Perang Dadah yang melanda Amerika Latin. Sejak itu, mereka hanya meraih segala manfaat yang mereka dapat hasil dari menerapkan program-program ganja halal mereka.

Bila anda membawa keluar perkara yang samar ke dalam cahaya, melihat secara rasional dan menimbang secara patut... anda menjadikannya lebih selamat, lebih efisen dan menambah kembali manafaat kepada masyarakat.

Tidak kira sekuat mana pihak pro-pengharaman cuba merasionalkan bahawa “pengharaman berkesan”, terdapat lebih dari 80 tahun bukti dan sejarah mencadangkan ia berlawanan. Namun hingga hari ni, dalam tahun 2018, kita masih terpaksa berperang dengan ideologi-ideologi politik pihak kerajaan, yang mempromosikan perang dari segala arah dan hendak menghadkan kebebasan individu dalam usaha mengekalkan status quo.

Pemikiran kuno pro-pengharaman adalah agak kebudak-budakan. Ia hanya cuba menyapu realiti ke bawah tikar. Realiti sebenarnya, walaupun dengan undang-undang yang kejam terhadap kes-kes dadah masih tetap ada yang akan menyalahgunakannya.

Keadaan ini merangkumi hampir ke semua perkara yang manusia cuba haramkan pada masa lepas. Undang-undang boleh diwujudkan tetapi tiada apa yang dapat memaksa masyarakat untuk mematuhinya. Boleh di cuba dengan mewujudkan hukuman-hukuman keras bagi yang tidak mematuhi undang-undang, tetap saja ada yang akan melanggarnya demi memuaskan nafsu dan kebahagian diri masing-masing.

Maka ini sebabnya sebagai sebuah masyarakat kita harus berhenti menjadi kebudak-budakan dan menerima hakikat bahawa orang memang suka berkhayal, menikmati seks dan sebagainya. Kita sepatutnya malu dengan cara pendekatan moral kuno terhadap legalisasi dan menerima keadaan semula jadi manusia. Kalau kita berjaya melaksanakan ini, kita dapat menyelesaikan banyak masalah dunia atau setidaknya menggurangkan kesan-kesan negatif seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...