Thursday 29 March 2018

Ganja Medik Dari Whoopi Goldberg Untuk semua Wanita



GANJA MEDIK DARI WHOOPI GOLDBERG UNTUK SENGGUGUT.

“Saya mempunyai ramai cucu yang mempunyai masalah kekejangan senggugut yang teruk. Makanya saya mengambil keputusan untuk meneroka bidang ini”.


Oleh C.J. Ciaramella
30 Mac 2016
Terjemahan Ibnu Thohir

Whoopi Goldberg sudah tak terlarat dengan senggugut dan menyampah dengan pelecehan ganja, sekarang dia sedang berusaha mengubah kedua-duanya.

Goldberg telah merasmikan pembukaan syarikat ganja medik bersama Maya Elisabeth, peneraju utama “usahawan wanita-ganja” yang berjaya dengan menawarkan barisan produk-produk yang memberi kelegaan kepada kekejangan senggugut.

Syarikat tersebut, Maya&Whoopi akan menawarkan produk makanan berasaskan ganja, pati, ubat sapu dan sabun rendaman berinfusi-THC yang mereka katakan “amat menenangkan”. Terus-terang, senarai yang akhir sekali kedengaran amat menakjubkan!

Dalam satu temuramah dengan Vanity Fair, pengacara bersama siri The View itu mengatakan bahawa beliau ingin mencipta produk wanita yang lebih sopan, memberi kelegaan dan tidak akan membuat anda jadi letih lesu.

“Bagi saya, kalau anda tidak mahu terasa “high”, ini lah produk yang direka khas untuk menghilangkan rasa tak selesa,” katanya. “Menghisap ganja sudah memadai, tetapi tak semua orang boleh hisap ganja dan bekerja.”

“ Produk ini boleh di simpan di dalam beg tangan,” tambah Goldberg. “ Anda boleh sapu krim tersebut pada bahagian bawah perut dan pinggang di tempat kerja. Kemudian bila di rumah, anda boleh berendam atau buat teh ganja. Produk ini membolehkan anda terus melakukan tugasan seharian.

Goldberg memang lantang bersuara mengenai penggunaan ganja medik oleh beliau sedari dulu lagi. Pada tahun 2014, beliau menulis dalam The Cannabist mengenai cinta beliau kepada “pen vape” yang diisi ganja kush. Beliau mengatakan bahawa pen vape tersebut melegakan sakit kepala yang beliau hadapi akibat penyakit glukoma tanpa perlu bergantung kepada segenggam pil dadah Advil setiap hari.

“Saya menggunakan pen vape sejak saya berhenti merokok 4 tahun lepas dan saya dapati saya tak dapat menghisap ganja lagi,” katanya. “ Kelegaan yang saya dapat dari pen vape adalah berlainan berbanding dengan menghisap ganja cara biasa. Saya dapat mengawalnya dengan lebih baik.”

Kalau ia sangat berkesan untuk sakit kepala, pasti ia boleh digunakan untuk sakit-sakit yang lain. Maka Goldberg mula berhubung dengan beberapa pakar dalam industri tersebut untuk melihat sama ada sudah ada produk ganja medik untuk senggugut atau pun tidak. Mereka mengatakan tiada kerana ia dilihat sebagai satu pasaran terceruk (niche).

Pada ketika ini dalam temuramah tersebut, Goldberg terhenti untuk melepaskan gelak kehairanan.

“Hey, pasaran terceruk ini adalah merupakan separuh penduduk bumi. Nampaknya ini cara orang cuba meremehkan anda, perkara biasa bila anda berbicara mengenai senggugut. Mereka tidak memikirkan cara penyelesaiannya. Saya ada cucu-cucu muda yang menghadapi masalah besar dengan senggugut, jadi saya bertekad ini yang akan saya usahakan.”

Goldberg menghubungi Elisabeth, tuan punya syarikat ganja medik yang diuruskan oleh perempuan, Om Edibles di utara California, dan kedua mereka memulakan persepakatan.

Separuh dari penduduk dunia, lelaki dan perempuan, tidak menggunakan ganja buat masa ini,tetapi pasaran sedang meletup. Negeri Washington telah memasarkan hampir setengah billion USD ganja sejak ia dihalalkan, dan sesetengah unjuran berpendapat ia akan mencecah USD20 billion dalam pasaran A.S menjelang 2020.

Goldberg mempertahankan produk beliau dengan alasan yang sama beliau memilih ganja dari ubat tahan sakit untuk sakit kepala beliau. Beliau menegaskan bahawa anda boleh lihat senarai ramuan pada setiap prodak Maya&Whoopi dan mengetahui dengan pasti apa yang terdapat di dalam produk tersebut. ( Permaisuri Victoria dikatakan menggunakan ganja medik untuk melegakan kekejangan senggugut, maka secara asasnya Goldberg mendapat cop pengesahan dari keluarga diraja British.)

Bagi mereka-mereka yang tidak banyak pengalaman dalam bidang ini, Maya&Whoopi akan memasarkan juga produk yang hanya mengandungi CBD, kannabinod yang tidak mempunyai kesan europik yang biasa dikaitkan dengan ganja. Seluruh barisan produk akan berada di pasaran mulai bulan April. Buat masa sekarang, berbanyak terima kasih pada undang-undang kuno dan zalim yang masih mengharamkan ganja, ianya hanya akan dipasarkan di California sahaja.

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...