Wednesday 28 March 2018

GANJA MEMBASMI KETAGIHAN ARAK DAN OPIOD, KATA KAJIAN.



ALKOHOL DAN DAN GANJA MEMBASMI KETAGIHAN DAH OPIOD


Terbitan; Marijuana Doctors
11 Januari 2018
Terjemahan Ibnu Thohir

Ganja Dan Pengurangan Penyalahgunaan Alkohol

Bukti-bukti kukuh dari kajian bulan November 2017 mendapati dengan menghalalkan penggunaan ganja akan mengurangkan penjualan alkohol dalam sesebuah negara. Serupa dengan ketagihan dadah opiod, ketagihan alkohol juga merupakan suatu isu besar yang tidak dibicarakan selayaknya. Pengurangan dalam penyalahgunaan alkohol akan menjadikan manusian lebih sihat dan penghalalan ganja sangat membantu dalam melawan krisis ketagihan alkohol dan dadah opiod.

Bagaimana Ganja Halal Memberi Kesan Kepada Penjualan Alkohol?


Para penyelidik dari 2 universiti iaitu University of Connecticut dan Georgia State University mengkaji bagaimana ganja halal memberi kesan kepada penjualan alkohol. Dalam mencari jawapan, mereka menggunapakai data penjualan alkohol dari pengkalan data Nielsen's Retail Scanner. Pengkalan data ini menyediakan maklumat bagi 90% dari jualan produk dalam pasaraya-pasaraya terkemuka di A.S, ia dapat memberikan angaran yang hampir tepat tentang apa yang dibeli oleh rakyat Amerika. Para penyelidik mendapati penjualan alkohol menjunam sebanyak 15% selepas sesebuah negeri melaksanakan program ganja medik.

Pasukan penyelidik membuat keputusan mengkaji data jualan disebabkan kesangsian besar dalam data pengakuan diri dari pesakit. Masyarakat rata-ratanya merendahkan kuantiti alkohol yang mereka ambil apabila di soal bagi kajian saintifik. Walaupun membeli tidak bererti menggunakannya, melihat kepada data penjualan memberi gambaran kepada kita tentang berapa banyaknya alkohol yang beredar di pasaran.

Walaupun kajian-kajian yang kita ada tentang penjualan alkohol dan ganja medik tidak semuanya menghasilkan kesimpulan yang sama, kebanyakkan kajian-kajian menyokong kajian terbaru ini. Dalam 39 kertas kajian yang diselidik, 16 kajian mencadangkan bahawa pengguna menggantikanalkohol dengan ganja. 10 kajian pula menunjukkan ganja meningkatkan penggunaan alkohol. Sementara 12 kajian yang lain tidak memberi sebarang keputusan.

Kajian ini menumpukan kepada penggunaan ganja medik dan bukannya ganja rekreasi, maka masih ada lagi masalah-masalah kesihatan yang belum ditangani. Hanya dengan kajian-kajian tambahan baru dapat kita pastikan bagaimana ganja medik dapat menangani kesan penyalahgunaan alkohol dan dadah.

Penyalahgunaan Alkohol Di Amerika Syarikat


Penggunaan alkohol telah menjadi budaya kuat rakyat Amerika hingga menjadi mala petaka besar kepada mereka. Arus terkini penyalahgunaan alkohol di seluruh negara menuju kepada peningkatan masalah kesihatan yang serius. Satu kajian besar-besaran penggunaan alkohol pada tahun 2001 hingga 2002 dan tahun 2012 hingga 2103 menunjukkan peningkatan ketara penggunaan alkohol –- kadar pengguanaan alkohol meningkat dari 65% orang dewasa kepada 73%!

Arus terkini juga menunjukkan peningkatan budaya minum yang tidak sihat. Penggunaan alkohol berisiko-tinggi awalnya hanya melibatkan kira-kira 10% dari peserta kajian, dan akhirnya meningkat kepada 13% peserta. Sementara 9% peserta lain yang memulai kajian sedang menghadapi masalah penyalahgunaan alkohol, diakhir kajian meningkat kepada 13%.

Rakyat dari golongan yang terpinggir menghadapi masalah peningkatan penyalahgunaan alkohol tertinggi. Wanita, penduduk bukan kulit putih dan golongan tua malah berdepan dengan risiko peningkatan penyalahgunaan alkohol yang lebih besar. Tidak kira apa jua latar belakang sosial seseorang, apa jua jenis peningkatan penggunaan alkohol bermakna peningkatan kepada masalah kesihatan yang disebabkan alkohol.

Penyalahgunaan Alkohol di Malaysia


Di Malaysia, walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain, merupakan negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia. Ini berdasarkan laporan World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011. Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja melebihi AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanya 11 liter.

Pihak Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang menggunakan alkohol adalah untuk mabuk. Alkohol juga penyebab kepada 48% kes masalah kecelaruan mental. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca dari penyalahgunaan alkohol. Manakala 4.5% bagi kes penderaan kanak-kanak.

Penyalahgunaan alkohol dan dadah opiod menjadi punca kepada jutaan kematian setiap tahun. Ini adalah masalah epidemik yang sangat serius dan perlu ditangani dengan tegas dan pantas.

Penyalahgunaan Alkohol dan Rawatan-Mandiri


Peningkatan penyalahgunaan alkohol di A.S mempunyai banyak kemungkinan. Salah satu yang akan kami tekankan ialah rawatan mandiri oleh pesakit. Apabila seseorang tidak mengetahui yang dia mempunyai masalah kesihatan dan tidak mendapat akses kepada ubatan yang diperlukan, mereka beralih ke alkohol dan dadah untuk mendapatkan kelegaan.

Kebanyakan maklumat berkenaan rawatan mandiri difokuskan kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah mental yang tidak didiagnosis. Dadah opiod serupa dengan alkohol boleh bertindak sebagai rawatan kecemasan untuk masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Kebanyakan yang menjalankan rawatan mandiri tidak sedar mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Mereka hanya mahukan kelegaan yang diperolah dari dadah dan alkohol, walau hanya kelegaan sementara.

Ada juga kajian yang menunjukkan para pesakit kronik juga menggunakan alkohol dan dadah untuk rawatan mandiri. Kajian University Boston menemui 38% peserta yang mengakui peningkatan kadar pengambilan alkohol kebelakangan ini kerana mencuba rawatan mandiri untuk sakit kronik mereka. The National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism mengganggarkan 28% dari pesakit kronik menggunakan alkohol sebagai rawatan mandiri. Apa jua kuantiti alkohol yang cukup kuat untuk menghilangkan rasa sakit adalah melebihi tahap sederhana pengunaan alkohol.

Adakah Anda Atau Kenalan Anda Mempunyai Masalah Ketagihan Alkohol Dan Dadah?

Penagih alkohol bertindak sama dan serupa dengan penagih-penagih dadah yang lain. Dengan mengenali tanda-tanda juga simptom-simptom ketagihan alkohol dan dadah, mereka yang berhadapan dengan masalah ketagihan dapat mencari jalan penyelesaian dan mendapatkan rawatan. Penagih dadah dan alkohol berdepan dengan masalah sikap seperti masalah perhubungan, masalah di sekolah atau tempat kerja, mengabaikan janji serta tanggung jawab. Tanda-tanda fizikal penagih termasuk kejatuhan berat badan, kurang kebersihan diri, dan berubahnya tabiat makan.

Alkohol mengawal setiap aspek kehidupan penagihnya. Dalam keadaan di mana manusia lebih mementingkan perkara-perkara seperti perhubungan, hobi dan tanggung jawab, alkohol yang lebih diutamakan. Hingga keadaan dimana walaupun mereka sedar alkohol menjadikan mereka teruk, mereka tetap juga terus minum. Apabila penagih tidak dapat alkohol atau dadah, mereka mula mengalami simptom penarikan (withdrawal).

Jika anda atau kenalan anda mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah, anda mempunyai beberapa pilihan. Hubungi doktor anda atau agensi pencegah ketagihan berdekatan untuk memulakan langkah penyembuhan. Penagihan adalah suatu wabak dan bukannya jenayah. Undang-undang perlu digubal untuk memperbetulkan pandangan ketagihan merupakan jenayah.

Ganja Medik Sebagai Rawatan Pembasmi Alkohol Dan Dadah Opiod.


Simptom penarikan menyebabkan rawatan ketagihan alkohol dan dadah menjadi begitu mencabar. Selalunya akan terjadi pengulangan (relapse). Tapi, semakin ramai pesakit mula menggunakan ganja medik untuk menangani kesan penarikan. Sementara badan menyah toksik dari alkohol, ganja medik dapat melegakan kesan penarikan termasuk gangguan tidur, perubahan ragam (mood), sakit dan mual. Pesakit yang memilih strategi pengurangan kesan buruk boleh menggunakan ganja untuk menggantikan alkohol dan dadah, menghalang sebahagian simptom-simptom penarikan dari mula terjadi.

Kajian pada tahun 2004 terhadap 92 pesakit yang menjalani rawatan ketagihan alkohol mengesahkan keupayaan ganja sebagai suatu pilihan yang memberangsangkan. Pesakit yang memasukkan ganja medik dalam rawatan mereka mendapati ganja medik tergulung dalam taraf efektif atau sangat efektif. 9 dari pesakit tersebut mengakui ganja menjadi punca mereka hidup tanpa alkohol lebih dari 1 tahun.

Bincang Dengan Pakar Tentang Ganja Medik


Sema seperti ubat-ubatan lain, anda sepatutnya mendapatkan nasihat pakar-pakar perubatan sebelum menerima apa jua rawatan medikal. Doktor ganja bertauliah boleh mencadangkan ganja medik yang sesuai untuk kegunaan anda. Kalau anda sudah mempunyai kad pesakit ganja medik, anda boleh bertanya pada pekerja depenseri untuk mendapatkan produk ganja medik terbaik buat anda. (Hanya di A.S).



No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...