Monday 2 April 2018

GANJA; SAYUR YANG AMAT PENTING DI MUKA BUMI


GANJA: SAYUR YANG SANGAT MUSTAHAK DI ATAS PLANET

Oleh Carolanne WrightPenulis Bebas  Wake Up World
Terjemahan Ibnu Thohir


“ Kalau ganja ditemui di hutan Amazon pada hari ini, manusia akan kelam-kabut memaksimakan segala kemungkinan penggunaan dari pelbagai potensi manafaat yang ada pada tumbuhan tersebut. Malangnya, ganja membawa bersamanya sebuah sejarah panjang yang difitnah sebagai tumbuhan yang merbahaya.” - Dr. Donal Abrams, Ketua Bahagian Hematology Oncology di San Francisco General Hospital.

Dianggarkan 106,000 orang rakyat Amerika mati setiap tahun akibat ubat-ubatan priskripsi farmaseutikal, menurut American Medical Association. Yang lebih membimbangkan, kesalahan medikal akibat kecuaian dipertanggungjawabkan kepada lebih dari 400,000 kematian di A.S setiap tahun – dan ianya anggap sebagai penyebab kematian ke 3 tertinggi. “ Ianya sama seperti 2,000 jet komersial yang berlepas setiap tahun dengan mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai minyak yang mencukupi bagi melengkapkan perjalanan mereka.” tambah Peter Edelstein, Pengarah Urusan. “ Mahukah anda membernarkan pasangan anda menaiki salah satu dari kapalterbang ini? Kawan anda? Orang yang tak dikenali?”

Soalan yang bagus. Perkembangan terkini, masyarakat barat sedang mencari rawatan yang bertindak harmoni dengan badan, bukan yang bertindak melawan keharmonian badan. Dengan kata lain, mereka sedang bergerak meninggalkan perubatan konvensional dan segala kebobrokannya, kesilapannya dan dadah kimia farmaseutikal. Satu kes dalam kajian adalah ganja, terutama dalam bentuk mentahnya.

KAYA DENGAN SEJARAH


Ganja merupakan suatu tumbuhan yang pada pandangan ramai, mengimbau visi serbuan-serbuan pihak berkuasa (AADK) dan penagih di dalam sarang najis dadah. Tetapi ianya tidak seperti itu suatu masa dulu,
“ Masyarakat China purba mengetahui tentang kesan ganja sebagai penahan sakit dan pengubah minda, namun penggunaan sifat-sifat psikoaktifnya tidak digunakan secara meluas, sebaliknya ia ditanam sebagai hemp dalam penghasilan tali dan tenunan. Seperti itu juga, Yunani dan Roman purba juga menggunakan hemp bagi penghasilan tali dan layar. Di sesetengah tempat lain, tak dinafikan, kesan khayal ganja diutamakan. Di India misalnya, tumbuhan ini digabungkan dalam ritual keagamaan. Pada zaman pertengahan, penggunaannya adalah perkara biasa di tanah-tanah Arab, pada kurun ke15 di Iraq, ganja digunakan untuk merawat epilepsi, di Mesir ianya diambil terutamanya kerana kesan ketenangan. Selepas Napoleon menakluki Mesir, orang Eropah mula menggunakan ganja sebagai intoksikan. Semasa perdagangan hamba, ia diangkut dari Afrika ke Mexico, kepulauan Caribbean dan Amerika Selatan. Ganja secara relatifnya masih baru diberi perhatian oleh penduduk A.S. Semasa separuh kedua kurun ke19 dan awal kurun ke20, ganja mudah didapati bagi merawat kebanyakan penyakit, termasuk migran dan ulser” Roger A Nicoll dan Bradley N Alger menginggatkan kita dalam Scientific American.
Sehinggakan Bapa Penemuan Amerika, Thomas Jefferson menggumumkan, “ Ganja merupakan keperluan yang sangat penting dalam menjana kekayaan dan demi perlindungan sesebuah negara”

JADI.... APA YANG DAH JADI?


Pada tahun 1937, Kongres A.S. memutuskan – berlawanan dengan saranan American Medical Association – untuk meluluskan Marijuana Tax Acts. Akta ini secara asasnya mengharamkan penggunaan ganja dengan menaikkan harga ganja menjadi sangat mahal dan sangat sukar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan semakin merundum sejak itu. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kempen legalisasi ganja telah meletup di A.S. untuk kedua-dua jenis kegunaan, medikal dan rekrasi. Buat kita kali ini, kita hanya akan melihat dari sudut manafaat kesihatan tumbuhan ini – di mana ianya agak mengagumkan.

SAYUR YANG AMAT MUSTAHAK


“ Ganja menjadi perangsang kepada molekul-molekul yang membantu sistem keseimbangan badan kita menjadi lebih efaktif. Pokoknya, ia adalah suatu diet yang mustahak yang membantu ke semua 210 jenis sel-sel badan berfungsi secara lebih efaktif. Saya sudah tidak merujuk kepada ganja dari sudut medikal lagi, tapi dengan tegas mengatakan ia sebagai suatu diet pemakanan yang sangat mustahak.” – Dr. William L. Courtney.
Mungkin menjadi masalah kepada sesetengah orang untuk menerima ganja mentah sebagai makanan keramat masa depan, tetapi bagi Dr. Courtney, seorang pakar perubatan dengan pengalaman medikal yang luas dan juga pakar diet pemakanan ganja, membentangkan kes yang provokatif.
Apabila anda memanaskan atau menjemur ganja, Dr. Courtney percaya anda telah kehilangan sebanyak 90% dari manafaat yang ada pada ganja. Sebaliknya, jika anda memakannya secara mentah, anda mengambil ke semua faedah yang terdapat pada tumbuhan itu. Tambahan pula, ganja mentah adalah tidak-psikoaktif, jadi anda tidak akan khayal – perkara penting bagi mereka-mereka yang ingin mengambil manafaat akan aspek penyembuhan ganja tanpa rasa khayal atau melayang. Ini bermakna anda dapat menghadam lebih banyak kompaun-kompaun berkhasiat yang membantu kesihatan dengan cara meminum jus ganja berbanding dengan menghisapnya atau dalam bentuk extrak minyak, menurut Dr. Courtney.
Terpenes, minyak esential yang terdapat dalam ganja, penyebab bau unik tumbuhan itu, secara khususnya amat menarik perhatian. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Pharmacology menyatakan bahawa terpeniod-terpeniod adalah “serbaguna secara farmakologi; ianya lipofilik, berhubung baik dengan sel membran-membran, berneuron dan penyalur ion otot, penerima neurotransmitter, penerima G-protin, sistem penyampai maklumat kedua dan juga sebagai enzim-enzim.”
Para penyelidik mengkaji kesan hebat terpenes ke atas haiwan. Limonene didapati meningkatkan serotonin dalam kortexs prefrontal otak dan juga meningkatkan dopamin di bahagian hippocampus otak – kedua-duanya membantu menghalang kemurungan dan gejala tekanan. Tambahan pula, limonen mempercepatkan apotosis ( kematian sel) barah kanser payudara dan menunjukkan sifat-sifat pemusnah radikal yang sangat berkesan. Ganja juga sangat mudah didapati secara biologi, cepat termetabolisme dan sangat tidak toksik dan tidak mendatangkan alahan.
Myrcen pula anti-radang dan pembantu tidur yang sangat efaktif, sementara pineniod bertindak sebagai Bronkodilator (memudahkan penafasan) dan antibiotik pelbagai guna – termasuk penghapusan bakteria MRSA yang memautkan. Pineniod juga menghambat radang. Linalool suatu bahan penenang dan anti-sawan. Cariofillen sejenis anti-malaria, anti-radang dan berguna dalam merawat ulser duodenal. Nerolidol menghentikan ketumbuhan fungi (kulat) dan perasit-perasit protozoal. Fitol meningkatkan pengembangan GABA, menyebabkan efak tenang. Ini hanya sebahagian dari 200 lebih variasi terpenes yang terdapat dalam ganja.

BAGAIMANA CARANYA MENIKMATI LEBIH BANYAK GANJA MENTAH DALAM HIDUP ANDA?


Untuk dos harian, Dr. Courtney mencadangkan penyediaan jus ganja dengan 15 helai daun dan 2 kuntum bunga, yang kemudian dicampurkan kepada sedikit jus buah atau jus sayuran yang boleh diminum sepanjang hari. Kalau anda teringin mempelajari ilmu membuat jus ganja, terdapat banyak artikel yang memberi tips dan cadangan. Perlu di ingat, kesilapan dalam membuat jus mungkin menyebabkan kehadiran haba, yang akan membentuk THC, bahan psikoaktif dalam ganja.
Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran......

Cures Not War.

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...