Monday 7 August 2017

HUKUMAN MATI DIKAJI SEMULA

Kami sangat mengalu alukan langkah kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati terutama sekali bagi pengguna ganja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang bicara kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman. Hakim kini mempunyai lebih kuasa untuk menentukan samaada pesalah itu layak dihukum mati atau sekadar di hukum penjara.
Dalam sesetengah keadaan, adalah lebih wajar untuk pesalah dihukum penjara tetapi disebabkan peruntukan yang ada,pesalah terpaksa dihukum mati.
"Tetapi mungkin peruntukan sedia ada menyebabkan hakim tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati."
"Justeru mesyuarat kabinet pada 1 Mac lalu bersetuju dan memutuskan bahawa pindaan di buat pada Seksyen 39B akta tersebut," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di bangunan parlimen baru baru ini.
Beliau menjawab soalan P.Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tentang pindaan yang dibuat ke atas Seksyen 39B akta tersebut yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman selain dari hukuman gantung mandatori.
Menurut Azalina lagi, kementerian serta agensi berkaitan seterusnya akan menyediakan memorandum kabinet yang baru bersama sama dengan cadangan pindaan kepada Akta Dadah Merbahaya 1952 untuk pertimbangan dan kelulusan kabinet.
Dalam perkembangan berkaitan beliau memaklumkan sebanyak 651 banduan yang juga rakyat tempatan telah dijatuhkan hukuman gantumg sampai mati di negara ini semenjak 1992.
"Daripada jumlah itu sebanyak 398 orang disasbitkan hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.
Kami berharap pindaan ini dapat di buat secepatnya supaya dapat menggantikan hukuman mati. Sekiranya seseorang itu menyalahi undang undang negara,hukumlah mereka tapi janganlah kita mengganti kerja Tuhan dengan mengambil nyawa mereka.
dari utusan malaysia

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...