Tuesday 1 August 2017

MEDIKAL KANABIS DI MALAYSIA

Aura legalisasi ganja aka kanabis kini telah menebar keseluruh dunia. Di sana sini kebanyakkan negara mula menjalankan kajian demi kajian. Kajian ini bukan setakat meliputi isu kesihatan malah menjangkaui isu alam sekitar. Ganja kini di war warkan sebagai pembunuh kanser nombor satu dengan paten minyak ganja di pegang oleh kerajaan US.
Tidak dinafikan dewasa ini banyak isu2 kesihatan dibangkitkan. Kanser kini adalah di antara pembunuh nombor satu dan kimoterapi melalui kajian kajian terbaru didapati kurang berkesan membendung penyakit ini. Umum juga mengetahui kimoterapi membunuh bukan hanya sel sel kanser malah keseluruhan sel sel sihat bersama sistem imun turut terancam.
Mengapa legalisasi ganja tersebar dengan meluas dan dengan cepat keseluruh dunia? Ini berlaku selepas saintis mendapati kandungan kemikal di dalam ganja yang juga disebut sebagai cannabinoids amat berkesan untuk melawan penyakit2 yang masih tiada penawar dalam dunia perubatan. Sawan yang teruk mampu dilenyapkan dengan ganja malah terdapat beribu testimoni dari seluruh dunia menyatakan ganja menyembuhkan kanser.
Malang bagi rakyat Malaysia, kita masih terpasung dan masih di atur oleh manusia manusia yang tidak peduli dan tidak mahu pula mengkaji. Apabila bercakap tentang legalisasi ganja di sini, kebanyakkan mereka ini akan menunjukkan muka skeptikal. Alasan utama mereka menghalang legalisasi adalah kerana ganja menyebabkan anda 'high'. Maka disebabkan sifat ganja yg satu ini, segala kebaikan dan manfaat ganja diketepikan tanpa dikaji lagi.
Dalam usaha untuk menjadikan negara sebagai pusat perubatan nombor satu asia tenggara,sesungguhnya kita telah gagal dalam langkah pertama lagi. Kita sepatutnya memberi alternatif kepada pesakit terminal dan kronik sebaliknya kita menghantar mereka pulang untuk mati apabila segala usaha perubatan gagal. Adakah ini sifat kemanusiaan kita? Mengapa kita tak mau memberi alternatif kepada mereka? Adakah hanya kerana ganja menyebabkan 'high'?



Baca ulasan mereka ini disini -->http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/will-we-ever-see-the-introduction-of-medical-marijuana-here

No comments:

Post a Comment

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...