Thursday 20 April 2017

Kisah Pengguna Medikal Marijuana Di Malaysia



Kisah ini mungkin hanya boleh terjadi di negara seperti Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya cuma polisi yang di amalkan mereka yang saya benci.Saya rasa saya seorang rakyat yang baik. Saya mempunyai pekerjaan yang bagus, membayar cukai setiap tahun dan saya mempunyai sebuah keluarga Anak sulung saya berusia 21 tahun kini dipenjara di Penjara Sungai Buloh kerana pemilikan sebahagian kecil ganja dan anak bongsu saya separuh buta dan bertaraf OKU, sakit semenjak lahir. Saya menghabiskan 3 bulan pertama hidupnya menjaganya di hospital. Keadaannya begitu teruk sehingga pakar mengatakan dia mungkin buta, pekak dan bakal lumpuh selamanya. Selama bertahun, perlahan lahan dia mula sembuh. Dia tidak lagi pekak atau lumpuh walaupun tak mampu untuk melihat dengan jelas. Tak apalah, yang penting dia hidup dan sihat bersama saya, saya sudah cukup bersyukur.
Saya penghidap hypokalimia. Ia bermakna saya mempunyai paras potasium yang rendah dalam darah. Potasium adalah sejenis kompaun yang amat diperlukan bagi memastikan saraf dan otot berfungsi dengan sempurna terutamanya otot jantung.
Paras potasium bagi manusia normal adalah lebih kurang 3.6 ke 5.2 millimoles per liter (mmol/L). Paras potasium yang terlalu rendah (kurang dari 2.5 mmol/L) boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera. Saya menghidap penyakit ini sejak saya berusia 21 tahun.
Saya tak tahu pun penyakit seperti ini wujud sehinggalah apabila saya bangun suatu pagi, saya dalam keadaan lumpuh. Saya tak mampu untuk menggerakkan jaripun. Keluarga segera menghantar saya ke HUKM dan disinilah saya di diagnos dengan penyakit ini.
Tiada penawar untuk penyakit ini. Doktor saya selalu mengatakan pada saya, terimalah hakikat yang saya akan membawa penyakit ini ke kubur. Tapi saya cuma seorang gadis yang masih terlalu muda pada saat itu. Seorang gadis yang sukakan aktiviti luar. Saya suka berenang. Saya suka menghabiskan masa dengan rakan rakan berjalan dari satu kompleks perniagaan ke kompleks perniagaan yang lain berjam jam melepak di kedai kopi. Saya suka menari. Penyakit ini menjadikan saya tidak mampu untuk melakukan semua aktiviti yang saya suka. Terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan saya lumpuh. Beberapa tahun selepas itu keadaan saya semakin teruk. Saya kemudiannya di diagnos menghidap kencing manis yang serius. Bacaan gula saya pernah naik lebih dari 18 dan saya mula mengambil insulin untuk penyakit ini. 2 kali sehari, 38 unit setiap kali.
Tidak lama selepas itu pakar memberitahu buah pinggang saya telah rosak. Menurutnya sekiranya saya kehilangan 3% fungsi buah pinggang, saya akan terpaksa melalui dialisis setiap hari. Saya di dalam kesakitan setiap hari. Saya hampir hampir kehilangan keupayaan untuk berjalan dan bergantung dengan pil tahan sakit dan satu satunya pil tahan sakit yang mampu di terima buah pinggang saya adalah dehydrocodone. Saya mengambil 10 ke 12 pil sehari dan pil ini mempunyai kesan yang amat buruk pada saya. Saya kehilangan deria rasa. Semua yang dimakan rasa seperti kertas. Saya selalu dalam keadaan khayal kesan dari pil tahan sakit. Saya tak dapat fokus pada satu satu perkara dan mudah marah. Pil ini tak berkesan untuk menghilangkan kesakitan saya selain hanya menjadikan saya separuh gila . Saya rasa badan saya berat dan sukar digerakkan kesan dari ubat ini. Saya pada waktu itu berusia 28 tahun , mempunyai masalah kegemukan. Saya mudah marah, insomnia adalah perkara biasa bagi saya dan saya telah kehilangan semua harapan untuk hidup.
Setiap malam saya berdoa untuk mati. “Saya sudah tak tahan lagi dengan penyakit ini”.
Suami saya adalah orang pertama yang mencadangkan saya menggunakan ganja. Kali pertama saya menghisapnya, semua masalah saya terasa hilang. Semuanya kelihatan amat tenang dan buat pertama kali saya makan 2 pinggan nasi! Selepas makan saya tidur. Saya tidur untuk 12 jam yang berikutnya dan bangun berasa amat segar. Saya tak pernah menoleh ke belakang selepas itu. Saya berhenti mengambil semua pil tahan sakit dan insulin dan menggantikannya dengan ganja! Perlahan lahan saya mula berjalan dan kemudia berlari. Berat saya 56 kg sekarang iaitu berat ideal saya dan sentiasa positif. Tiada lagi saya yang mudah marah.
Tapi, saya hidup di Malaysia. Kerajaan saya ada cara lain untuk mengawal mereka yang memerlukan medikal kanabis seperti saya. Malah, kami berhadapan dengan hukuman yang amat berat sekiranya tertangkap.
Suami saya sekarang adalah suami kedua saya. Usia perkahwinan kami akan menginjak 10 tahun tak lama lagi tapi kami gagal mempunyai anak disebabkan keadaan saya yang sakit dan bergantung pada insulin ketika itu. Sehinggalah suatu pagi 3 tahun dulu, saya dapati diri saya mengandung. Saya pergi ke HUKM untuk mengesahkan kandungan saya. Doktor doktor pakar saya terkejut saya mengandung. Saya dimasukkan ke wad. Melihat pada fail perubatan saya, mereka bercakap sesama sendiri ia mustahil untuk saya mengandung. Ketika itulah hospital mengetahui saya sudah tidak lagi mengambil ubat ubatan yang mereka berikan dan saya telah menggantikannya dengan ganja. Pakar perubatan saya hampir tak percaya ganja membantu saya menjadi lebih sihat. Menurutnya, apa yang saya lakukan ternyata berkesan untuk saya tapi dia takkan mengakuinya di dalam fail perubatan saya cuma mengatakan saya menggunakan ganja untuk membantu mengawal kesakitan. Kandungan saya berterusan sehinggalah bulan ke 6.
Suatu malam saya mengalami pendarahan. Suami berkejar membawa saya ke HUKM malangnya, jururawat yang bertugas pada malam itu enggan merawat saya apabila melihat di dalam fail saya yang mengatakan saya adalah pengguna medikal kanabis. Saya di dalam kesakitan tapi jururawat itu masih enggan merawat saya dengan kata kata seperti “Kami tak rawat penagih kat sini. Awak menipu, saya tak nampak pun kandungan awak”. Itu antara kata katanya yang masih saya ingat. Dia mengatakan saya menipu dan dia tak nampak pun kandungan saya sewaktu dia melakukan ujian ‘scan’. Suami saya merayu jururawat itu supaya memanggilkan doktor pakar saya tapi dia enggan. Akhirnya suami membawa saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam itu. Malangnya ia sudah terlambat. Kami kehilangan bayi kami yang pertama selepas 7 tahun berkahwin malam itu.
Setahun selepas itu kehidupan kami mula bergelora. Apabila ramai yang mengetahui saya menggunakan ganja walaupun jelas ia untuk kegunaan medikal, saya dan keluarga menjadi target mudah. Di negara ini, sekiranya ujian air kencing anda mengandungi THC anda boleh dipenjara sehingga 2 tahun dan didenda sehingga RM 5 ribu. Ada yang kata, kencing kami perniagaan untuk mereka. Entahlah, anda setuju?
Suami saya seorang pengurus di Western Union Kuala Lumpur pada ketika itu. Dia baru mula bekerja dan kami menyewa di sebuah hotel berdekatan tempat kerjanya ketika itu sementara mencari rumah sewa yang sesuai di Kuala Lumpur. Suatu malam bilik hotel kami di serbu dan suami saya ditangkap dan didakwa di bawah seksyen 39A(1) ADB yang membawa hukuman 3 sebatan sekiranya di dapati bersalah. Mungkin anda pernah melihat di dalam filem di mana hamba abdi di ikat dan di rotan. Tapi itu di dalam filem. Kita sekarang di tahun 2016. Bayangkan. Bagaimana perasaan anda bila mengetahui orang yang anda sayang akan di ikat dan dirotan dengan kejam hanya kerana ganja.
Perbicaraan berlangsung sehingga setahun setengah. Suami saya akhirnya didapati tak bersalah bagi pemilikan tetapi didapati bersalah memasukkan THC ke dalam air kencingnya. Ini bermakan 2 tahun pengawasan di bawah AADK dan polis. Suami saya tak lagi dibenarkan meninggalkan Kuala Lumpur tanpa kebenaran kedua badan ini. Dia melalui ujian air kencing setiap bulan di AADK dan sekiranya air kencingnya positif THC dia berkemungkinan di penjara sehingga 3 tahun.
Ketidakadilan ini harus dihentikan. Ini adalah suatu bentuk penganiayaan kemanusiaan jadi saya tak berhenti melawan ketidakadilan ini. Akhirnya kami berjaya mendapat perhatian rakyat Malaysia. Medikal marijuana tiba tiba menjadi viral di sini. Pengetahuan tentang medikal marijuana mula berkembang di sini walaupun mengahadapi halangan bahasa.
Saya memulakan MalaysiaMedikalMarijuana di facebook. Niat saya hanya untuk memberitahu orang ramai tentang medikal kanabis. Saya cuba mengalih bahasa kajian kajian dari luar negara ke dalam bahasa Malaysia dan berkongsi maklumat perubatan dan kajian di page ini. Saya mahu orang ramai tahu bahawa terdapat penawar untuk kesakitan dan penderitaan mereka. Malah kita sebenarnya telah ada penawar untuk kanser. Sejak sekian lama hospital di Malaysia hanya mempunyai 2 pendekatan rawatan untuk penghidap kanser; kemoterapi atau paliatif. Dalam erti kata lainnya, bersedia untuk di racun atau balik ke rumah dan bersedia untuk mati! Tapi sekarang, kita telah ada penawar untuk kanser tapi kerajaan ini menghalang penggunaannya. Perasaannya pada saya seperti ia menghalang saya untuk terus hidup dan berkeadaan sihat.
Page MalaysiaMedikalMarijuana ini malah mendapat perhatian dari ahli parlimen di sini. Mereka membuat laporan polis kepada kami. Mereka mengatakan kami menghasut anak anak muda untuk menghisap ganja. Saya menafikan sekeras kerasnya pernyataah ini. Manusia berhak untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu tidak harus disekat. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penafian mereka tambahan pula apabila saya sihat kerana menggunakan ganja.

Akhirnya kami sekeluarga berjaya mendapat sebuah apartment di tengah Kuala Lumpur. Suami saya tidak lagi bekerja dengan Western Union. Dia sekarang menguruskan 2 buag kantin. Pada masa ini saya menggunakan ganja setiap hari. Saya membelinya dari pasaran gelap atau lebih dikenali dengan perkataan ‘tokan’. Membeli dari ‘tokan’, saya amat sedar dengan bahaya yang mendepani saya. Sekiranya saya tertangkap, saya mungkin tidak akan pulang ke rumah untuk masa yang lama. Tapi apa pilihan yang saya ada? Ganja memastikan saya terus sihat, kualiti hidup saya bertambah baik, ganja adalah ubat tahan sakit saya dan ubat untuk menurunkan paras gula dalam darah saya. 12 biji dehydrocodone, 4 biji Slow-K, 2 biji Aldecton dan 76 unit insulin kesemuanya digantikan dengan ganja. Selera makan saya bertambah baik begitu juga hubungan suami isteri. Kami adalah sebuah keluarga bahagia. Anak sulung saya baru habis sekolah menengah dan kini membantu suami di kantinnya.
Suatu petang kira kira pukul 4 petang rumah kami di serbu sekumpulan polis. Mereka berlapan. Saya masih ingat ia adalah cuti sekolah. Saya dan suami sedang bersiap untuk berjumpa kawan. Anak sulung saya sedang tidur di dalam biliknya sementara suami dan anak bongsu saya menonton TV sementara menunggu saya bersiap. Mereka masuk ke rumah kami yang tidak berkunci tanpa mengenalkan diri. Mereka menjawab soalan soalan suami saya dengan penumbuk ke muka dan perutnya. Mereka mengejutkan anak sulong saya dan kesemua kami di gari dan di bawa ke IPD Cheras. Malunya hanya tuhan yang tahu. Rumah kami di tingkat 15 dan semua jiran jiran keluar untuk mengetahui apa yang terjadi seperti kami sekeluarga penjenayah besar.
Di IPD Cheras mereka mengambil sampel air kencing kami. Suami saya sekali lagi dipukul bila dia cuba melihat strip ujian air kencingnya. Dia amat pasti kencingnya negatif tapi polis polis ini memukulnya berkali dan menafikan haknya. Pegawai penyiasat tiba tak lama selepas itu dan dia agak terkejut melihat satu keluarga dengan seorang anak yang separuh buta berada di dalam lokap. Dia bertanya apa yang terjadi dan kenapa saya menggunakan kanabis. Apabila mengetahui penyakit saya, dia berjanji untuk cuba membantu kami sekeluarga. 3 dari kami, saya, suami dan anak sulong di dapati positif THC.  Polis mengatakan mereka menjumpai kanabis di dalam bilik anak sulong saya dan mendakwa anak sulong dan suami saya di bawah seksyen 39A(1) juga di bawah seksyen 6 untuk urin. Saya juga boleh di dakwa di bawah seksyen 6 sementara anak bongsu saya tidak mempunyai kesan THC di dalam urinnya. Walaupun begitu anak bongsu saya terpaksa di tahan reman selama 3 hari bersama sama kami di IPD Dang Wangi.
Keluarga saya termasuk anak bongsu saya yang separuh buta di tahan di IPD Dang Wangi. Anak bongsu saya tidak menghisap rokok pun dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis penjenayah di dalam reman. Mereka meletakkan saya ke dalam lokap wanita. Lokap itu lebih kurang sebesar gelanggang tenis. Terdapat kira kira 50 wanita di dalamnya dengan pelbagai warganegara yang dituduh melakukan ‘jenayah’. Kebanyakkannya adalah pendatang dari Indonesia yang menunggu masa untuk dihantar ke depoh tahanan imigresen. Terdapat sekumpulan wanita
dari Nepal yang bekerja sebagai penari. Mereka amat cantik pada pendapat saya dan bekerja di sebuah kelab di Bukit Bintang sebelum di tangkap. Bersebelahan kumpulan dari Nepal tadi, ada sekumpulan wanita dari China yang bekerja sebagai GRO. Terdapat sekumpulan wanita kulit hitam yang ditangkap semata mata kerana gagal menunjukkan visa. Mereka menunggu saudara mara untuk datang membawa visa ke balai sebelum boleh dilepaskan. Terdapat juga beberapa wanita tempatan yang kebanyakkannya penagih dadah jenis methampethamine juga heroine.
Boleh dikatakan kebanyakkan wanita di dalam lokap ini pengguna tegar methampethamine atau ‘ice’ juga di gelar ‘sejuk’ dan pengguna heroine tegar yang digelar ‘panas’. Anda tentu tak percaya dadah jenis panas dan sejuk ini dengan mudah boleh didapati didalam lokap ini. Terdapat beberapa tahanan lelaki ditugaskan untuk menjadi ‘runner’. ‘Runner’ ini akan berdiri di depan pintu lokap sambil menunggu pesanan. Harga bermula dari RM50 untuk dadah ‘sejuk’ atau RM100 untuk dadah ‘panas’. Oh, ye, mereka beri pemetik api percuma bila anda membeli. Selain dari dadah, anda juga boleh meminta ‘runner’ membelikan anda rokok atau mencari telepon bimbit untuk anda menghubungi keluarga. Seperti biasa, harga bermula dari RM50.
Suatu hari seorang anggota polis berdiri di depan pintu lokap saya menunggu seorang tahanan yang menggunakan telepon bimbitnya untuk menghubungi seseorang. Saya bertanya apa logiknya menjual dadah dadah ini di dalam lokap. Menurutnya mereka terpaksa. Penagih penagih ini menurutnya sekiranya tidak mendapat bekalan dadah mereka akan menjadi ‘gian’. Kesan gian ini amat buruk, menurutnya. Tahanan tahanan ini akan mula menjerit, meraung malah berkemungkinan mencederakan diri mereka sendiri. Saya faham maksudnya tapi yang saya gagal faham adalah mengapa saya di situ. Di dalam lokap yang penuh penagih itu sedangkan saya bukan penagih? Selama 3 hari di dalam lokap saya tidak mengalami apa apa kesan ‘gian’. Saya tidak menggigil gigil kegianan atau menjerit jerit meminta ganja. Saya hanya duduk di satu sudut memerhatikan mereka menghisap dadah.  Yang kurang bernasib baik, tertangkap tanpa duit tapi penagih menjerit dan meraung. Tiada katil di dalam lokap itu. Kami semua tidur beralaskan lantai yang keras. Makanan yang diberikan di dalam lokap itu amat memualkan. Nasi kepal dengan ikan sardin busuk goreng adalah makanan ruji. Saya hampir hampir muntah sebaik makan ikan itu. Selama 3 hari saya tidak makan atau tidur dan pada hari ke 3 pegawai penyiasat saya melepaskan saya dibawah jaminan polis, katanya, dia mungkin mendakwa saya pada bila bila masa.
Pada hari ketiga, saya dan anak bongsu saya dilepaskan sementara suami dan anak sulong saya dihantar ke Penjara Kajang sementara menanti sebutan di bawah seksyen 39A(1) dan Seksyen 6. Jaminan bagi akta 39A(1) di tetapkan rm 4 ribu dengan seorang penjamin manakal bagi Seksyen 6 jaminan di tetapkan RM 3 ribu setiap seorang dengan seorang penjamin.
Suami saya dibebaskan kerana urinnya negatif sementara anak sulong saya di hantar ke Penjara Kajang dan dihukum penjara 6 bulan.
Buat masa ini cerita saya berakhir di sini. Semasa cerita ini ditulis, anak sulong saya telahpun melengkapkan hukuman 6 bulan penjaranya dan kini kembali pada kami. Suami saya masih belum mahu berhenti untuk menjaga dan melindungi saya dari undang undang keras negara ini. Dan saya masih bergantung pada ganja untuk kelangsungan hidup.
Tekanan ini menyebabkan stress tapi saya masih belum mahu berhenti menyebarkan kebenaran sebenar pokok ganja. Ramai rakan rakan saya yang sama sama memperjuangkan kebenaran ini telah ditangkap dan sebahagiannya menghadapi pertuduhan di bawah akta 39B yang membawa hukuman gantung. Mereka adalah wira dan wirawati saya yang tidak berhenti memperjuangkan nyawa pesakit pesakit medikal kanabis, memperjuangkan kebebasan kami sementara mereka di tawan..

Kisah ini turut di siarkan oleh Cannabis Culture.. -->>> http://www.cannabisculture.com/content/2016/05/23/struggle-medical-cannabis-patients-malaysia-part-one

8 comments:

  1. Assalamualaikum..how can i get that thing? Can u help me? Hari2 suffers from heavy headache like maybe hypertension..if possible u can email me athiyahariffin@gmail.com..i try reach u on fb but the msg seems like didn't delivered to ur inbox..thanks!! 😊

    ReplyDelete
  2. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,

    Afrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-

    kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +1 (951) 483-2485

    E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

    Mengenai Dr. Sunaj Edward

    ReplyDelete
  3. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,

    Afrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-

    kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +1 (951) 483-2485

    E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

    Mengenai Dr. Sunaj Edward

    ReplyDelete
  4. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,

    Afrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-

    kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +1 (951) 483-2485

    E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

    Mengenai Dr. Sunaj Edward

    ReplyDelete
  5. Hai, Kami sedang mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  6. Hai, Kami sedang mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  7. Hi, We're looking for kidney donors We are located in Indian, Canada, UK, Turkey, USA, Malaysia, South Africa,Jordan etc Very urgently. B+ve , O+ve and A+ve We pay $350,000.00 per kidney age should be more than 19 years. Interested person's should contact us via Email: sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  8. Get a quick and legit loan here at 2% low rate. For more details contact via : rolhy.xhol11@gmail.com Contact via Telegram +48732231402

    ReplyDelete

Kutipan Cukai USD 30 juta Hanya Dalam 6 Bulan Pertama-Ganja Membantu Ekonomi Tempatan

FORBES ; NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN Oleh  Mona Zhang Terjemahan Ibnu Thohir ...