Kisah ini mungkin hanya boleh terjadi di negara seperti Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya cuma polisi yang di amalkan mereka yang saya benci.Saya rasa saya seorang rakyat yang baik. Saya mempunyai pekerjaan yang bagus, membayar cukai setiap tahun dan saya mempunyai sebuah keluarga Anak sulung saya berusia 21 tahun kini dipenjara di Penjara Sungai Buloh kerana pemilikan sebahagian kecil ganja dan anak bongsu saya separuh buta dan bertaraf OKU, sakit semenjak lahir. Saya menghabiskan 3 bulan pertama hidupnya menjaganya di hospital. Keadaannya begitu teruk sehingga pakar mengatakan dia mungkin buta, pekak dan bakal lumpuh selamanya. Selama bertahun, perlahan lahan dia mula sembuh. Dia tidak lagi pekak atau lumpuh walaupun tak mampu untuk melihat dengan jelas. Tak apalah, yang penting dia hidup dan sihat bersama saya, saya sudah cukup bersyukur.
Saya penghidap hypokalimia. Ia bermakna
saya mempunyai paras potasium yang rendah dalam darah. Potasium adalah sejenis kompaun
yang amat diperlukan bagi memastikan saraf dan otot berfungsi dengan sempurna
terutamanya otot jantung.
Paras potasium bagi manusia normal
adalah lebih kurang 3.6 ke 5.2 millimoles per liter (mmol/L). Paras potasium
yang terlalu rendah (kurang dari 2.5 mmol/L) boleh mengancam nyawa dan
memerlukan rawatan segera. Saya menghidap penyakit ini sejak saya berusia 21
tahun.
Saya tak tahu pun penyakit seperti ini
wujud sehinggalah apabila saya bangun suatu pagi, saya dalam keadaan lumpuh.
Saya tak mampu untuk menggerakkan jaripun. Keluarga segera menghantar saya ke
HUKM dan disinilah saya di diagnos dengan penyakit ini.
Tiada
penawar untuk penyakit ini. Doktor saya selalu mengatakan pada saya, terimalah
hakikat yang saya akan membawa penyakit ini ke kubur. Tapi saya cuma seorang
gadis yang masih terlalu muda pada saat itu. Seorang gadis yang sukakan
aktiviti luar. Saya suka berenang. Saya suka menghabiskan masa dengan rakan
rakan berjalan dari satu kompleks perniagaan ke kompleks perniagaan yang lain
berjam jam melepak di kedai kopi. Saya suka menari. Penyakit ini menjadikan
saya tidak mampu untuk melakukan semua aktiviti yang saya suka. Terlalu banyak
aktiviti boleh menyebabkan saya lumpuh. Beberapa tahun selepas itu keadaan saya
semakin teruk. Saya kemudiannya di diagnos menghidap kencing manis yang serius.
Bacaan gula saya pernah naik lebih dari 18 dan saya mula mengambil insulin
untuk penyakit ini. 2 kali sehari, 38 unit setiap kali.
Tidak
lama selepas itu pakar memberitahu buah pinggang saya telah rosak. Menurutnya
sekiranya saya kehilangan 3% fungsi buah pinggang, saya akan terpaksa melalui
dialisis setiap hari. Saya di dalam kesakitan setiap hari. Saya hampir hampir
kehilangan keupayaan untuk berjalan dan bergantung dengan pil tahan sakit dan
satu satunya pil tahan sakit yang mampu di terima buah pinggang saya adalah
dehydrocodone. Saya mengambil 10 ke 12 pil sehari dan pil ini mempunyai kesan
yang amat buruk pada saya. Saya kehilangan deria rasa. Semua yang dimakan rasa
seperti kertas. Saya selalu dalam keadaan khayal kesan dari pil tahan sakit.
Saya tak dapat fokus pada satu satu perkara dan mudah marah. Pil ini tak
berkesan untuk menghilangkan kesakitan saya selain hanya menjadikan saya
separuh gila . Saya rasa badan saya berat dan sukar digerakkan kesan dari ubat
ini. Saya pada waktu itu berusia 28 tahun , mempunyai masalah kegemukan. Saya
mudah marah, insomnia adalah perkara biasa bagi saya dan saya telah kehilangan
semua harapan untuk hidup.
Setiap malam saya berdoa untuk mati.
“Saya sudah tak tahan lagi dengan penyakit ini”.
Suami saya adalah orang pertama yang
mencadangkan saya menggunakan ganja. Kali pertama saya menghisapnya, semua
masalah saya terasa hilang. Semuanya kelihatan amat tenang dan buat pertama
kali saya makan 2 pinggan nasi! Selepas makan saya tidur. Saya tidur untuk 12
jam yang berikutnya dan bangun berasa amat segar. Saya tak pernah menoleh ke
belakang selepas itu. Saya berhenti mengambil semua pil tahan sakit dan insulin
dan menggantikannya dengan ganja! Perlahan lahan saya mula berjalan dan kemudia
berlari. Berat saya 56 kg sekarang iaitu berat ideal saya dan sentiasa positif.
Tiada lagi saya yang mudah marah.
Tapi,
saya hidup di Malaysia. Kerajaan saya ada cara lain untuk mengawal mereka yang
memerlukan medikal kanabis seperti saya. Malah, kami berhadapan dengan hukuman
yang amat berat sekiranya tertangkap.
Suami saya sekarang adalah suami kedua
saya. Usia perkahwinan kami akan menginjak 10 tahun tak lama lagi tapi kami
gagal mempunyai anak disebabkan keadaan saya yang sakit dan bergantung pada
insulin ketika itu. Sehinggalah suatu pagi 3 tahun dulu, saya dapati diri saya
mengandung. Saya pergi ke HUKM untuk mengesahkan kandungan saya. Doktor doktor
pakar saya terkejut saya mengandung. Saya dimasukkan ke wad. Melihat pada fail
perubatan saya, mereka bercakap sesama sendiri ia mustahil untuk saya
mengandung. Ketika itulah hospital mengetahui saya sudah tidak lagi mengambil
ubat ubatan yang mereka berikan dan saya telah menggantikannya dengan ganja.
Pakar perubatan saya hampir tak percaya ganja membantu saya menjadi lebih
sihat. Menurutnya, apa yang saya lakukan ternyata berkesan untuk saya tapi dia
takkan mengakuinya di dalam fail perubatan saya cuma mengatakan saya
menggunakan ganja untuk membantu mengawal kesakitan. Kandungan saya berterusan
sehinggalah bulan ke 6.
Suatu malam saya mengalami pendarahan.
Suami berkejar membawa saya ke HUKM malangnya, jururawat yang bertugas pada
malam itu enggan merawat saya apabila melihat di dalam fail saya yang
mengatakan saya adalah pengguna medikal kanabis. Saya di dalam kesakitan tapi
jururawat itu masih enggan merawat saya dengan kata kata seperti “Kami tak
rawat penagih kat sini. Awak menipu, saya tak nampak pun kandungan awak”. Itu
antara kata katanya yang masih saya ingat. Dia mengatakan saya menipu dan dia
tak nampak pun kandungan saya sewaktu dia melakukan ujian ‘scan’. Suami saya
merayu jururawat itu supaya memanggilkan doktor pakar saya tapi dia enggan.
Akhirnya suami membawa saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam itu.
Malangnya ia sudah terlambat. Kami kehilangan bayi kami yang pertama selepas 7
tahun berkahwin malam itu.
Setahun
selepas itu kehidupan kami mula bergelora. Apabila ramai yang mengetahui saya
menggunakan ganja walaupun jelas ia untuk kegunaan medikal, saya dan keluarga
menjadi target mudah. Di negara ini, sekiranya ujian air kencing anda
mengandungi THC anda boleh dipenjara sehingga 2 tahun dan didenda sehingga RM 5
ribu. Ada yang kata, kencing kami perniagaan untuk mereka. Entahlah, anda
setuju?
Suami saya seorang pengurus di Western
Union Kuala Lumpur pada ketika itu. Dia baru mula bekerja dan kami menyewa di
sebuah hotel berdekatan tempat kerjanya ketika itu sementara mencari rumah sewa
yang sesuai di Kuala Lumpur. Suatu malam bilik hotel kami di serbu dan suami
saya ditangkap dan didakwa di bawah seksyen 39A(1) ADB yang membawa hukuman 3
sebatan sekiranya di dapati bersalah. Mungkin anda pernah melihat di dalam
filem di mana hamba abdi di ikat dan di rotan. Tapi itu di dalam filem. Kita
sekarang di tahun 2016. Bayangkan. Bagaimana perasaan anda bila mengetahui
orang yang anda sayang akan di ikat dan dirotan dengan kejam hanya kerana
ganja.
Perbicaraan berlangsung sehingga setahun
setengah. Suami saya akhirnya didapati tak bersalah bagi pemilikan tetapi
didapati bersalah memasukkan THC ke dalam air kencingnya. Ini bermakan 2 tahun
pengawasan di bawah AADK dan polis. Suami saya tak lagi dibenarkan meninggalkan
Kuala Lumpur tanpa kebenaran kedua badan ini. Dia melalui ujian air kencing
setiap bulan di AADK dan sekiranya air kencingnya positif THC dia
berkemungkinan di penjara sehingga 3 tahun.
Ketidakadilan ini harus dihentikan. Ini
adalah suatu bentuk penganiayaan kemanusiaan jadi saya tak berhenti melawan
ketidakadilan ini. Akhirnya kami berjaya mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Medikal marijuana tiba tiba menjadi viral di sini. Pengetahuan tentang medikal
marijuana mula berkembang di sini walaupun mengahadapi halangan bahasa.
Saya memulakan MalaysiaMedikalMarijuana
di facebook. Niat saya hanya untuk memberitahu orang ramai tentang medikal
kanabis. Saya cuba mengalih bahasa kajian kajian dari luar negara ke dalam
bahasa Malaysia dan berkongsi maklumat perubatan dan kajian di page ini. Saya
mahu orang ramai tahu bahawa terdapat penawar untuk kesakitan dan penderitaan
mereka. Malah kita sebenarnya telah ada penawar untuk kanser. Sejak sekian lama
hospital di Malaysia hanya mempunyai 2 pendekatan rawatan untuk penghidap
kanser; kemoterapi atau paliatif. Dalam erti kata lainnya, bersedia untuk di
racun atau balik ke rumah dan bersedia untuk mati! Tapi sekarang, kita telah
ada penawar untuk kanser tapi kerajaan ini menghalang penggunaannya.
Perasaannya pada saya seperti ia menghalang saya untuk terus hidup dan
berkeadaan sihat.
Page MalaysiaMedikalMarijuana ini malah
mendapat perhatian dari ahli parlimen di sini. Mereka membuat laporan polis
kepada kami. Mereka mengatakan kami menghasut anak anak muda untuk menghisap
ganja. Saya menafikan sekeras kerasnya pernyataah ini. Manusia berhak untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu tidak harus disekat. Saya tidak akan bertolak
ansur dengan penafian mereka tambahan pula apabila saya sihat kerana
menggunakan ganja.
Akhirnya kami sekeluarga berjaya
mendapat sebuah apartment di tengah Kuala Lumpur. Suami saya tidak lagi bekerja
dengan Western Union. Dia sekarang menguruskan 2 buag kantin. Pada masa ini
saya menggunakan ganja setiap hari. Saya membelinya dari pasaran gelap atau
lebih dikenali dengan perkataan ‘tokan’. Membeli dari ‘tokan’, saya amat sedar
dengan bahaya yang mendepani saya. Sekiranya saya tertangkap, saya mungkin
tidak akan pulang ke rumah untuk masa yang lama. Tapi apa pilihan yang saya
ada? Ganja memastikan saya terus sihat, kualiti hidup saya bertambah baik,
ganja adalah ubat tahan sakit saya dan ubat untuk menurunkan paras gula dalam
darah saya. 12 biji dehydrocodone, 4 biji Slow-K, 2 biji Aldecton dan 76 unit
insulin kesemuanya digantikan dengan ganja. Selera makan saya bertambah baik
begitu juga hubungan suami isteri. Kami adalah sebuah keluarga bahagia. Anak
sulung saya baru habis sekolah menengah dan kini membantu suami di kantinnya.
Suatu petang kira kira pukul 4 petang
rumah kami di serbu sekumpulan polis. Mereka berlapan. Saya masih ingat ia
adalah cuti sekolah. Saya dan suami sedang bersiap untuk berjumpa kawan. Anak
sulung saya sedang tidur di dalam biliknya sementara suami dan anak bongsu saya
menonton TV sementara menunggu saya bersiap. Mereka masuk ke rumah kami yang
tidak berkunci tanpa mengenalkan diri. Mereka menjawab soalan soalan suami saya
dengan penumbuk ke muka dan perutnya. Mereka mengejutkan anak sulong saya dan
kesemua kami di gari dan di bawa ke IPD Cheras. Malunya hanya tuhan yang tahu.
Rumah kami di tingkat 15 dan semua jiran jiran keluar untuk mengetahui apa yang
terjadi seperti kami sekeluarga penjenayah besar.
Di IPD Cheras mereka mengambil sampel air kencing kami. Suami saya
sekali lagi dipukul bila dia cuba melihat strip ujian air kencingnya. Dia amat
pasti kencingnya negatif tapi polis polis ini memukulnya berkali dan menafikan
haknya. Pegawai penyiasat tiba tak lama selepas itu dan dia agak terkejut
melihat satu keluarga dengan seorang anak yang separuh buta berada di dalam
lokap. Dia bertanya apa yang terjadi dan kenapa saya menggunakan kanabis.
Apabila mengetahui penyakit saya, dia berjanji untuk cuba membantu kami
sekeluarga. 3 dari kami, saya, suami dan anak sulong di dapati positif
THC. Polis mengatakan mereka menjumpai
kanabis di dalam bilik anak sulong saya dan mendakwa anak sulong dan suami saya
di bawah seksyen 39A(1) juga di bawah seksyen 6 untuk urin. Saya juga boleh di
dakwa di bawah seksyen 6 sementara anak bongsu saya tidak mempunyai kesan THC
di dalam urinnya. Walaupun begitu anak bongsu saya terpaksa di tahan reman
selama 3 hari bersama sama kami di IPD Dang Wangi.
Keluarga saya termasuk anak bongsu saya
yang separuh buta di tahan di IPD Dang Wangi. Anak bongsu saya tidak menghisap
rokok pun dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis penjenayah di dalam
reman. Mereka meletakkan saya ke dalam lokap wanita. Lokap itu lebih kurang
sebesar gelanggang tenis. Terdapat kira kira 50 wanita di dalamnya dengan
pelbagai warganegara yang dituduh melakukan ‘jenayah’. Kebanyakkannya adalah
pendatang dari Indonesia yang menunggu masa untuk dihantar ke depoh tahanan imigresen.
Terdapat sekumpulan wanita
dari Nepal yang bekerja sebagai penari.
Mereka amat cantik pada pendapat saya dan bekerja di sebuah kelab di Bukit
Bintang sebelum di tangkap. Bersebelahan kumpulan dari Nepal tadi, ada
sekumpulan wanita dari China yang bekerja sebagai GRO. Terdapat sekumpulan
wanita kulit hitam yang ditangkap semata mata kerana gagal menunjukkan visa.
Mereka menunggu saudara mara untuk datang membawa visa ke balai sebelum boleh
dilepaskan. Terdapat juga beberapa wanita tempatan yang kebanyakkannya penagih
dadah jenis methampethamine juga heroine.
Boleh dikatakan kebanyakkan wanita di
dalam lokap ini pengguna tegar methampethamine atau ‘ice’ juga di gelar ‘sejuk’
dan pengguna heroine tegar yang digelar ‘panas’. Anda tentu tak percaya dadah
jenis panas dan sejuk ini dengan mudah boleh didapati didalam lokap ini.
Terdapat beberapa tahanan lelaki ditugaskan untuk menjadi ‘runner’. ‘Runner’
ini akan berdiri di depan pintu lokap sambil menunggu pesanan. Harga bermula
dari RM50 untuk dadah ‘sejuk’ atau RM100 untuk dadah ‘panas’. Oh, ye, mereka
beri pemetik api percuma bila anda membeli. Selain dari dadah, anda juga boleh
meminta ‘runner’ membelikan anda rokok atau mencari telepon bimbit untuk anda
menghubungi keluarga. Seperti biasa, harga bermula dari RM50.
Suatu hari seorang anggota polis berdiri
di depan pintu lokap saya menunggu seorang tahanan yang menggunakan telepon
bimbitnya untuk menghubungi seseorang. Saya bertanya apa logiknya menjual dadah
dadah ini di dalam lokap. Menurutnya mereka terpaksa. Penagih penagih ini
menurutnya sekiranya tidak mendapat bekalan dadah mereka akan menjadi ‘gian’.
Kesan gian ini amat buruk, menurutnya. Tahanan tahanan ini akan mula menjerit,
meraung malah berkemungkinan mencederakan diri mereka sendiri. Saya faham
maksudnya tapi yang saya gagal faham adalah mengapa saya di situ. Di dalam
lokap yang penuh penagih itu sedangkan saya bukan penagih? Selama 3 hari di
dalam lokap saya tidak mengalami apa apa kesan ‘gian’. Saya tidak menggigil
gigil kegianan atau menjerit jerit meminta ganja. Saya hanya duduk di satu
sudut memerhatikan mereka menghisap dadah.
Yang kurang bernasib baik, tertangkap tanpa duit tapi penagih menjerit
dan meraung. Tiada katil di dalam lokap itu. Kami semua tidur beralaskan lantai
yang keras. Makanan yang diberikan di dalam lokap itu amat memualkan. Nasi
kepal dengan ikan sardin busuk goreng adalah makanan ruji. Saya hampir hampir
muntah sebaik makan ikan itu. Selama 3 hari saya tidak makan atau tidur dan
pada hari ke 3 pegawai penyiasat saya melepaskan saya dibawah jaminan polis,
katanya, dia mungkin mendakwa saya pada bila bila masa.
Pada hari ketiga, saya dan anak bongsu
saya dilepaskan sementara suami dan anak sulong saya dihantar ke Penjara Kajang
sementara menanti sebutan di bawah seksyen 39A(1) dan Seksyen 6. Jaminan bagi
akta 39A(1) di tetapkan rm 4 ribu dengan seorang penjamin manakal bagi Seksyen
6 jaminan di tetapkan RM 3 ribu setiap seorang dengan seorang penjamin.
Suami saya dibebaskan kerana urinnya
negatif sementara anak sulong saya di hantar ke Penjara Kajang dan dihukum
penjara 6 bulan.
Buat masa ini cerita saya berakhir di
sini. Semasa cerita ini ditulis, anak sulong saya telahpun melengkapkan hukuman
6 bulan penjaranya dan kini kembali pada kami. Suami saya masih belum mahu berhenti
untuk menjaga dan melindungi saya dari undang undang keras negara ini. Dan saya
masih bergantung pada ganja untuk kelangsungan hidup.
Tekanan ini menyebabkan stress tapi saya
masih belum mahu berhenti menyebarkan kebenaran sebenar pokok ganja. Ramai
rakan rakan saya yang sama sama memperjuangkan kebenaran ini telah ditangkap
dan sebahagiannya menghadapi pertuduhan di bawah akta 39B yang membawa hukuman
gantung. Mereka adalah wira dan wirawati saya yang tidak berhenti
memperjuangkan nyawa pesakit pesakit medikal kanabis, memperjuangkan kebebasan
kami sementara mereka di tawan..
Kisah ini turut di siarkan oleh Cannabis Culture.. -->>> http://www.cannabisculture.com/content/2016/05/23/struggle-medical-cannabis-patients-malaysia-part-one
Kisah ini turut di siarkan oleh Cannabis Culture.. -->>> http://www.cannabisculture.com/content/2016/05/23/struggle-medical-cannabis-patients-malaysia-part-one
Assalamualaikum..how can i get that thing? Can u help me? Hari2 suffers from heavy headache like maybe hypertension..if possible u can email me athiyahariffin@gmail.com..i try reach u on fb but the msg seems like didn't delivered to ur inbox..thanks!! 😊
ReplyDeleteHai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,
ReplyDeleteAfrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-
kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +1 (951) 483-2485
E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com
Mengenai Dr. Sunaj Edward
Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,
ReplyDeleteAfrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-
kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +1 (951) 483-2485
E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com
Mengenai Dr. Sunaj Edward
Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,
ReplyDeleteAfrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-
kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +1 (951) 483-2485
E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com
Mengenai Dr. Sunaj Edward
Hai, Kami sedang mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
ReplyDeleteWhataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj
Hai, Kami sedang mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
ReplyDeleteWhataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj
Hi, We're looking for kidney donors We are located in Indian, Canada, UK, Turkey, USA, Malaysia, South Africa,Jordan etc Very urgently. B+ve , O+ve and A+ve We pay $350,000.00 per kidney age should be more than 19 years. Interested person's should contact us via Email: sunajkidneyfundation@gmail.com
ReplyDeleteDr Sunaj
Get a quick and legit loan here at 2% low rate. For more details contact via : rolhy.xhol11@gmail.com Contact via Telegram +48732231402
ReplyDelete