FORBES ;NEVADA PEROLEH USD30 JUTA DALAM KUTIPAN CUKAI GANJA PADA ENAM BULAN PERTAMA JUALAN
Oleh Mona ZhangTerjemahan Ibnu Thohir
Industri Ganja negeri “perak” A.S. ini masih dalam keadaan bayi baru lahir, tapi pasaran kannabis sudah memghasilkan perolehan lebih dari USD30 juta hasil kutipan cukai bagi negeri tersebut setakat ini. Peruncit di Nevada telah menjual lebih daripada USD195 juta produk ganja dalam masa enam bulan pertama bagi pasaran pengguna dewasa.
Tidak seperti negeri lain (termasuk California, Maine dan Massachusetts) yang melegalisasikan pengunaan ganja rekriasi pada tahun 2016, Nevada telah melaksanakan programnya sepanjang enam bulan sebelum tahun baru. Negeri ini mengenakan cukai sebanyak 15% bagi jualan borong dan cukai 10% bagi jualan runcit. Cukai tersebut menghasilkan kutipan hampir USD3.7 juta dalam perolehan cukai bagi bulan Julai 2017-bulan pertama penjualan ganja rekriasi. Perolehan cukai mencapai puncaknya hampir USD5.84 juta pada Oktober 2017.
Negeri ini telah menunjukkan nilai jualan ganja jauh melebihi jualan kanabis di Colorado beberapa bulan pertama setelah pasaran dilegalkan.Syarikat penganalisis ganja, New Frontier, mengganggarkan penjualan ganja legal bagi negeri Nevada akan bernilai $622 juta menjelang tahun 2020.
Sebahagian besar kejayaan pasaran adalah disebabkan undang undang mesra pelancung di Las Vegas. Lapangan terbang antarabangsa McCarran, yang berada di Las Vegas, baru-baru ini menyediakan 20 kotak ganja “amnesty boxes” dalam premis mereka. Kotak-kotak tersebut adalah untuk para pelancong membuang kannabis dengan selamat sebelum menaiki penerbangan. Undang-undang tempatan juga melarang penggunaan ganja dalam kawasan lapangan terbang.
Walaupun ada dolak dalik politik dalam cara membahagikan wang hasil ganja, kerajaan negeri telah menghantar sebahagian besarnya untuk pendidikan. Negeri-negeri legal-ganja yang lain juga telah membuat perkara yang sama- di Colorado, cukai jualan borong ganja diketepikan untuk dana sekolah awam, sebagai tambahan pembiyaan bagi pemerhatian berkala, pencegahan ketagihan pemuda dan rawatan penyalahgunaan bahan kimia.
Kesemua hasil perolehan cukai tersebut telah menyebabkan beberapa negeri yang kekurangan aliran tunai mempertimbangkan untuk melegalkan penggunaan ganja.Potensi kanabis legal dalam membantu menyeimbangkan perbelanjaan (budget) telah menjadi kunci utama debat penglegalisasian di Connecticut. Walau Gabenor Negeri, Dannel Malloy, merupakan penentang legalisasi kannabis, namun beliau telah memasukkan kemungkinan legalisasi penggunaan rekriasi sebagai salah satu pilihan yang perlu dipertimbangkan untuk penyeimbangan budget.
Tetapi bagi para penggubal undang-undang yang mempertimbangkan reformasi kanabis sebagai wadah dalam membantu memenuhkan perbendeharaan negeri sepatutnya mempertimbangkan semula motivasi mereka. Andrew Freedman, czar ganja pertama Colorado (sekarang memiliki syarikat perunding sendiri) memberitahu wartawan pada 2016 dahulu bahawa potensi perolehan cukai tidak sepatutnya menjadi faktor dalam membuat keputusan legalisasi ganja. “Masyarakat sesungguhnya terlebih anggar akan apa yang boleh dibuat dengan duit ganja” katanya.
“pada akhirnya, debat tidak seharusnya kerana perolehan cukai”. 'Patutkah kita mengurangkan banduan terbabit ganja?' vs 'Adakah ini akan menambah beban kepada keselamatan negara?' - perkara inilah yang patut didebatkan.”
No comments:
Post a Comment