1.
9% dari pengguna ganja akan mengalami
ketagihan;berbanding 15% ketagihan pada pengguna kokain dan 24% ketagihan pada
pengguna heroin.
2.
Lebih ramai remaja menggunakan ganja di negeri
dimana ganja diharamkan berbanding dengan negeri yang melegalkan penggunaan
ganja.
3.
Perkataan ‘canvas’dikatakan berasal dari
perkataan ‘cannabis’. Menurut sejarah,kanvas suatu masa dahulu diperbuat dari
serat ganja.
4.
Dikatakan di US sahaja setiap tahun lebih kurang
750 ribu tangkapan berkaitan ganja tetapi tidak semua tangkapan berakhir dengan
hukuman penjara. Cuma 1% dari mereka yang ditangkap di penjara dan
kebanyakannya kerana kesalahan pemilikan secara haram.
5.
Pengguna tegar ganja berkemungkinan mendapat
penyakit yg sama seperti perokok;antaranya batuk dan masalah pernafasan
lainnya.
6.
Bob Marley dikuburkan bersama sama
gitarnya,sebuah bible dan sejambak bunga ganja.
7.
Saintis mendapati sebatian kemikal dalam ganja
mampu menghentikan beberapa jenis kanser yang agresif dari membiak.
8.
Thomas Jefferson dan George Washington menanam
hemp di lading mereka atas arahan colonial British.
9.
DMHP adalah sejenis ganja yang disentesis.
Dibuat oleh US Military, kesan ganja sintesis ini tahan berhari hari.
10.
Sewaktu berada di kolej, Barrack Obama adalah
ahli kepada kumpulan ‘Choom Gang’. Mereka adalah sekumpulan remaja yangg gemar
menghabiskan masa bermain bola keranjang sambil menghisap ganja.
11.
Semenjak tahun 2015,industri ganja adalah salah
satu industri yang berkembang pesat di US. Sekiranya keseluruhan 50 negeri
menghalalkan penggunaan ganja, industri ganja akan menjadi lebih besar dari
industri penghasilan makanan organic.
12.
‘Bhang” adalah sejenis susu kocak yg berasal
dari India dan bahan utamanya adalah ganja.
13.
Barang pertama yang dijual di internet adalah
ganja iaitu lebih 40 tahun yang lalu. Seorang pelajar dari Stanford menggunakan
Arapnet(internet paling awal)untuk membeli ganja dari rakan subahatnya di MIT.
14.
Ganja digunakan dengan meluas di US. Lebih
kurang 100 juta rakyat US pernah mencuba ganja sekurang kurangnya sekali dan
lebih kurang 25 juta rakyat US menghisap ganja pada tahun lepas.
15.
Menurut U.N,lebih kurang 158.8 bilion penduduk
dunia menggunakan ganja dan itu lebih kurang 3.8% dari penduduk bumi.
16.
Menurut salah satu survey yang dijalankan,
setiap hari lebih kurang 6 ribu rakyat US akan mencuba menggunakan ganja untuk
pertama kali.
17.
Perkataan marijuana berasal dari slang Mexican
untuk ganja dan dipercayai berasal dari perkataan ‘Mary’ dan ‘Jane’. 2
perkataan ini adalah slang yang selalu digunakan oleh askar2 Mexico pd
pelacur.Perkataan Marijuana mula digunakan di US pada tahun 1800.
18.
Lelaki lebih berkemungkinan untuk menggunakan
ganja berbanding perempuan.
19.
Penggunaan ganja di US adalah 3 kali lebih
tinggi dari purata penggunaan dunia.
20.
Berbagai kajian menunjukkan penggunaan alcohol
dan rokok adalah lebih merbahaya dari ganja. Ganja dikatakan paling kurang
merbahaya jika dibandingkan dengan kokain dan heroin.
21.
Bahan aktif utama di dalam ganja adalah THC.
Bahan ini menghasilkan kesan mind-altering.
22.
Biji ganja digunakan sebagai bahan makanan di
china semenjak 6000 B.C.
23.
Penggunaan ganja sebagai perubatan pertama kali
direkodkan pada 2737 B.C oleh Raja China Shen Nung. Dokumen di raja itu
menyatakan ganja dapat merawat rheumatism dan gout dengan berkesan.
24.
Sepanjang Pergerakan Kesederhanaan pada tahun 1890an,
ganja dicadangkan untuk menggantikan penggunaan alkhol. Ini kerana penggunaan
ganja tidak membawa kepada keganasan tidak seperti penggunaan alkohol.
25.
Pada October tahun 1937, Samuel Caldwell adalah
rakyat US pertama yg didakwa di bawah akta marijuana kerana gagal membayar
cukai. Dia didenda sebanyak seribu dollar dan kerja berat selama 4 tahun di
penjara Leavenworth.
26.
Paraguay dipercayai negara pengelua rganja
terbesar dunia.
27.
Agama Rastafari menganggap ganja sebagai sesuatu
yang suci.
28.
Dari tahun 1850an sehingga 1942, ganja
disenaraikan sebagai ubat untuk muntah2,rheaumatism dan sakit bersalin. Ganja
boleh didapati dengan mudah pada masa ini di mana mana kedai runcit dan
farmasi.
29.
Pada tahun 2003, Kanada menjadi negara pertama
yang membenarkan penggunaan ganja untuk mengawal kesakitan.
30.
Pada tahun 1996, California menjadi negeri
pertama yang membenarkan penggunaan medical ganja dengan perskripsi doktor.
31.
Perbezaan sangat besardi antara Hemp dan Ganja
adalah;Hemp tidak menghasilkan bahan psiko aktif seperti ganja iaitu THC.
32.
Tenaga yang diperlukan untuk menanam 2.2 paun
ganja secara indoor adalah bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk
menyeberangi US sebanyak 5 kali di dalam sebuah kereta yang bergerak dengan
kelajuan 44 batu segalon.
33.
Selepas kematian Tupac Shakur, rakan2 muziknya
mencampurkan abu Tupac dengan ganja dan menghisapnya.
34.
Perkataan biasa untuk ganja adalah reefer,pot,herba,marijuana,grass,old
man,yau,weed,dam,blanch,sinsemilia,bhang,usin,dagga,smoke,hash,tar dan oil.
35.
Ganja meningkatkan rentak jantung. Ini bermakna
penggunaannya agak berisiko kepada mereka dengan penyakit jantung.
36.
Seseorang perlu merokok lebih kurang seribu paun
ganja dalam masa 15 minit untuk mengakibatkan kematian mengejut. Dalam erti
kata lainnya, mati akibat terlebih penggunaan ganja adalah mustahil.
37.
Para pengkaji mendapati coklat juga menghasilkan
reaksi yang sama terhadap otak seperti ganja.
38.
Tali,kain layar dan gala kapal bersejarah
Mayflower adalah diperbuat dari serat hemp.
39.
Bendera pertama US diperbuat dari serat Hemp.
40.
Lebih 120 ribu paun serat hemp digunakan untuk
pembinaan kapal U.S.S Constitution,kapal perang tertua US Navy.
41.
Semenjak ganja di legalkan di Colorado,
kemalangan jalan raya menurun dengan drastic.
42.
Seattle bandarpertama yang menjual ganja di
dalam vending mesin. Mesin ini hanya menerima duit kertas dan syiling.
43.
2 lakaran awal deklarasi kemerdekaan US ditulis
di atas kertas hemp.
44.
Pengkaji mengesahkan ganja dapat membantu
penyakit fizikal dan juga mental termasuklah PTSD, kesakitan melampau dan
depresi.
45.
Penggunaan ganja adalah legal di Alaska semenjak
tahun 1975 dan masih legal sehingga ke hari ini.
Rujukan:
JackpotCity Hotel and Casino - MapYRO
ReplyDeleteJackpotCity Hotel and Casino in Las 과천 출장마사지 Vegas, NV is a 4-minute walk from JackpotCity Casino 김포 출장안마 and 12 minutes 구미 출장샵 by foot from Miracle 상주 출장마사지 Mile 양산 출장샵 Shops.